backup og meta

6 Khasiat Kunyit Hitam Untuk Wanita, Manfaat No. 2 & 3 Ramai Perempuan Cari!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/10/2023

    6 Khasiat Kunyit Hitam Untuk Wanita, Manfaat No. 2 & 3 Ramai Perempuan Cari!

    Merupakan salah satu daripada herba yang amat popular bagi orang lelaki, tahukah anda bahawa khasiat kunyit hitam untuk wanita juga ada banyak? Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, anda juga boleh klik di sini.

    Apa yang dimaksudkan dengan kunyit hitam?

    Sama seperti adik-beradiknya iaitu kunyit kuning dan oren, kunyit hitam (Curcuma Caesa) juga telah lama digunakan sebagai salah satu daripada herba yang amat popular dalam dunia perubatan tradisional.

    Berasal dari negara India, herba ini turut terkenal di benua Nusantara termasuk di Malaysia kerana ia sering kali digunakan dalam masakan orang kita ekoran rasa dan aroma yang dibawakannya.

    Ada 2 jenis bahan aktif di dalam kunyit hitam yang ramai pakar percaya bagus untuk tubuh badan manusia yakni:

    • Kurkumin – Sejenis kandungan bahan kimia yang larut di dalam larutan organik tetapi tidak larut di dalam air
    • Methoxyflavon – Sejenis kandungan bioaktif fitokimia yang amat unik dan sukar dijumpai dalam tumbuhan lain

    khasiat kunyit hitam untuk wanita

    Sumber: Health Jade

    Bukan itu sahaja, mungkin ada beberapa lagi bahan di dalam herba ini yang baik bagi kesihatan individu. Namun, ada juga orang percaya bahawa banyak manfaat kunyit hitam untuk wanita. Adakah ia benar?

    Ada banyak khasiat kunyit hitam untuk wanita!

    Mungkin ramai yang akan kata herba ini hanya mendatangkan manfaat kepada orang lelaki sahaja lebih-lebih lagi bagi membantu menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan dengan aspek seksualiti mereka.

    Benar, tetapi anda juga perlu tahu mungkin ada beberapa khasiat kunyit hitam untuk wanita seperti yang berikut:

    #1. Membantu melancarkan menstruasi wanita

    Pertama dan paling penting, kunyit hitam dipercayai mungkin boleh membantu melancarkan kitaran haid wanita yang tidak normal ekoran kandungan bahan-bahan aktif yang agak tinggi di dalam herba ini.

    Apa yang lebih menarik, ia turut dikatakan mampu menormalkan jumlah dan warna darah keluar ketika sedang datang bulan, selain melegakan sindrom pramenstruasi atau PMS seperti kekejangan pada perut.

    khasiat kunyit hitam untuk wanita

    Khasiat kunyit hitam untuk wanita #2. Awet muda

    Seperti mana yang kita tahu, herba ini mengandungi zat antioksidan yang tinggi. Ia memiliki peranan penting untuk melambatkan proses penuaan pada tubuh badan sekali gus menjadikan anda awet muda.

    Anda bakal dapat lihat kesannya melalui proses peremajaan kulit yang lebih cepat lantas memperbaiki sel kulit mati, mengurangkan kedutan dan kerutan serta menghilangkan bintik-bintik penuaan pada kulit.

    Khasiat kunyit hitam untuk wanita #3. Badan kurus

    Sehubungan di atas, wanita yang mengimpikan untuk mendapatkan tubuh badan langsing mungkin harus mengambil herba yang dipercayai amat baik bagi sistem penghadaman dan pencernaan lebih sihat ini.

    Dengan sistem-sistem di dalam usus dan perut yang lebih sihat, maka proses pembakaran atau pembuangan lemak di dalam tubuh anda bakal menjadi lebih bagus lagi justeru mencapai hasrat untuk badan kurus.

    #4. Membantu menstabilkan emosi dan mood

    Meskipun kedengaran agak klise, kunyit hitam dipercayai boleh membantu menstabilkan emosi dan mood wanita!

    Ini kerana kandungan bahan aktif di dalam herba ini mampu memicu penghasilan dan perembesan hormon dopamin sekali gus akan membuat wanita tidak lagi mengalami masalah ketidakstabilan emosi dan mood.

    #5. Bagus jika wanita ada masalah loya ketika hamil

    khasiat kunyit hitam untuk wanita

    Untuk pengetahuan anda semua, terdapat satu kajian melibatkan 10 jenis herba perubatan aromatik termasuk asam kerenda, kayu manis dan kunyit hitam berkaitan dengan masalah loya ketika wanita sedang hamil.

    Pada akhir kajian tersebut, didapati bahawa pengambilan ekstrak tumbuhan kunyit hitam ini mencatatkan peratusan paling tinggi dalam usaha untuk melegakan masalah di atas berbanding tumbuhan herba yang lain.

    #6. Akan membantu merawat masalah pada rahim?

    Akhir sekali, herba yang popular dengan kandungan curcumin ini dipercayai bagus untuk kesihatan rahim wanita!

    Menurut kajian terbitan jurnal National Centre for Biotechnology Information (NCBI), kunyit hitam akan membantu merawat masalah pada rahim wanita termasuk sista, endometriosis dan sindrom ovari polisistik (PCOS) efek daripada penurunan kadar hormon androgen gara-gara curcumin.

    Umumnya, khasiat kunyit hitam untuk wanita itu mungkin ada banyak namun ia kurang popular kerana lebih banyak penelitian diberikan kepada orang lelaki. Sedangkan, semua individu mampu mendapat manfaat baik.

    Konklusinya, wanita mungkin perlu belajar cara makan kunyit hitam dengan segera bagi mendapatkan manfaat di atas tadi. Pun begitu, kajian lanjutan masih perlu bagi memastikan dakwaan yang diperkatakan di atas.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan