Mengetahui jenis ikan yang tidak gatal dimakan dan sebaliknya adalah penting buat mereka yang perlu berpantang makan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Mengetahui jenis ikan yang tidak gatal dimakan dan sebaliknya adalah penting buat mereka yang perlu berpantang makan.
Apabila kita menyebut mengenai berpantang makan, pastinya akan ada yang terbayangkan makanan ibu yang sedang dalam pantang, betul tak?
Hakikatnya, bukan wanita selepas beranak sahaja yang perlu menjaga aspek pemakanan. Tetapi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan baru lepas menjalani pembedahan juga digalakkan untuk berpantang.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Menurut orang tua-tua, berpantang dalam aspek pemakanan ini adalah bagi mengelakkan masalah bentan yang melibatkan simptom seperti kekejangan otot, mengalami demam serta rasa menggigil kesejukan.
Manakala dalam istilah perubatan, bentan yang terjadi ini adalah merupakan komplikasi disebabkan jangkitan kuman.
Keadaan tersebut boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami simptom seperti demam, badan berasa lemah, sakit sendi serta pening kepala.
Namun bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti ekzema atau gatal kulit mahu pun alahan, mengetahui makanan yang tidak mencetuskan gejala amat penting.
Dalam kes ini, sebagai contoh, mengenal pasti ikan yang tidak gatal dimakan.
Ada kalanya sama ada kita sedar atau tidak, ada sesetengah jenis ikan boleh menyebabkan badan menjadi gatal dan perut berangin.
Secara teori saintifik, histamin yang berlebihan di dalam badan boleh mengakibatkan badan menjadi sensitif, mengalami keradangan dan bengkak.
Tetapi apa itu histamin? Histamin adalah bahan kimia yang dihasilkan tubuh. Ia dikeluarkan oleh sel darah putih ke dalam aliran darah apabila sistem imun melawan alergen berpotensi.
Pelepasan ini boleh mengakibatkan tindak balas alahan daripada pencetus alergik seperti debunga, kulat dan makanan tertentu.
Kesannya, ia mencetuskan tindak balas sistem imun dan mengembangkan gejala seperti cirit-birit, sesak nafas, sakit kepala atau kerengsaan kulit – yang memburukkan lagi masalah ekzema.
Jadi apakah jenis ikan yang tidak gatal dimakan ya?
Secara amnya, ikan yang boleh dimakan dan tidak menyebabkan kegatalan adalah jenis ikan berisi putih dan tidak mempunyai isi perut hitam.
Antara contohnya adalah seperti:
Baca juga:
Jika di atas merupakan senarai jenis ikan yang tidak gatal dimakan. Di bawah pula disenaraikan jenis ikan yang perlu dielakkan dimakan. Kenapa?
Ini kerana ikan-ikan tersebut dikategorikan sebagai ikan isi hitam yang mempunyai kandungan histamin yang tinggi.
Jika dimakan, terutamanya bagi penghidap ekzema, ia akan mencetuskan rasa kegatalan pada kulit. Sama juga keadaannya bagi mereka yang berpantang selepas bersalin.
Antara jenis ikan tersebut adalah:
Jadi buat mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif serta alahan seperti ekzema, buat sementara, elakkan pengambilan ikan yang disenaraikan ini. Sebaliknya pilihlah jenis ikan yang tidak gatal dimakan.
Kini anda sudah mengetahui jenis-jenis ikan yang sesuai dimakan terutamanya buat mereka dengan masalah kulit seperti ekzema.
Tetapi ketandusan idea untuk memasak? Jom kami kongsikan antara resipi enak yang boleh anda cuba di rumah.
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Semoga perkongsian di atas membawa manfaat buat mereka yang tidak pasti jenis ikan yang tidak gatal dimakan.
Namun sekiranya ada sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai keadaan diri anda, amat disarankan untuk mendapatkan rundingan doktor bagi lebih kepastian.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen