Dalam usaha untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih lagi cantik, wujud banyak cara individu boleh cuba melibatkan pelbagai rutin atau produk. Namun, tahukah anda tentang metode ‘pancut muka’ yang ramai percaya bagus untuk wajah? Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Penjagaan kulit muka & mitos popular berkaitan
Walaupun kita semua berada pada era teknologi maklumat yang cuma memerlukan satu klik bagi mendapatkan informasi penting, namun masih ada orang percaya dengan mitos-mitos tidak benar.
Khususnya bagi penjagaan kulit wajah, amat banyak petua diperkenalkan kepada masyarakat oleh individu tidak bertanggungjawab yang mungkin tidak akan berkesan malah berbahaya.
Contohnya pernah tular satu petua yang kata bahawa penggunaan ubat gigi pada kulit wajah boleh menyelesaikan masalah jerawat sedangkan ia cuma mitos dan punya kesan sampingan.
“Meskipun ubat gigi mungkin mampu mengeringkan jerawat di muka, ia turut akan mengeringkan kulit lantas meningkatkan risiko untuk ia mengelupas dan meradang,” jelas Pakar Dermatologi, Dr Sunirmal Sharkar.
Dalam erti kata lebih mudah, anda kena mengkaji setiap petua yang anda baca atau dengar agar ia tidak pula akan membawa kesan buruk kepada kulit wajah dan tubuh badan masing-masing.
Ramai orang percaya air mani bagus untuk wajah?
Kini, telah muncul pula satu mitos di media sosial yang kata tabiat pancut muka – merujuk kepada air mani boleh mendatangkan manfaat kepada kulit wajah dan ramai juga orang percaya.
Dalam konteks hubungan seksual, ada individu yang gemar pancut kat muka pasangan dengan air mani mereka untuk mendapatkan kepuasan dalam keintiman dan ini mungkin normal.
Apa yang mungkin tidak normal adalah kenyataan di mana mereka percaya jika ia akan membawa banyak manfaat terhadap kesihatan dan kecantikan kulit wajah buat diri atau pasangan.
Ini adalah angkara kepercayaan kukuh individu terhadap khasiat air mani pada wajah ekoran mereka yakin bahawa kandungan sperma, hormon, nutrien dan zat yang bagus bagi wajah.
Apa yang lebih menarik, ada orang yang sanggup memakai air mani sebagai masker di kulit muka!
Benarkah metode pancut muka itu akan berkesan?
Masker yang digunakan itu dikatakan baik untuk menyelesaikan masalah jerawat, mengurangkan kedut dan kerut serta melambatkan proses penuaan secara semula jadi. Adakah anda setuju?
Menurut laman web Healthline, dakwaan bahawa metode pancut kat muka itu ada manfaat untuk kulit wajah adalah satu mitos dan orang ramai disarankan supaya tidak mudah terpengaruh.
Menurut mereka lagi, masalah-masalah seperti jerawat, kedut, kerut, penuaan dan lain-lain harus dirawat dan dirujuk kepada pakar dermatologi agar tidak ada kesan negatif kepada individu.
Sebagai alternatif yang jauh lebih bagus, anda mungkin boleh cuba produk dengan bahan berikut:
- Asid hialuronik
- Asid salisilik
- Benzoil peroksida
- Gliserin
- Retinoid
- Vitamin C
Dalam erti kata lebih mudah, metode pancut ini tidak berkesan malah mungkin berbahaya pada individu!
Awas, ada banyak kesan buruk mungkin menimpa jika pancut muka!
Seperti mana kami katakan di atas, metode pancut muka atau menyapukan air mani pada kulit wajah itu sama sekali tiada manfaat kerana ia tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah kulit!
Apa yang jauh lebih membimbangkan adalah ramai pakar kulit berpendapat bahawa ia cuma akan meningkatkan risiko untuk sesetengah individu mengalami reaksi alergi melalui air mani.
Alasannya, air mani mengandungi protein yang mungkin boleh menjadi alergen terhadap individu sekali gus membuat mereka lebih terdedah dengan kondisi seperti ekzema atau dermatitis.
Dalam pada itu, air mani juga mungkin boleh menyebarkan virus atau bakteria penyebab penyakit kelamin seperti herpes, klamidia, gonorea serta lain-lain dari satu individu ke individu lain.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Penyakit Jangkitan Kulit: Jenis, Punca & Rawatan
- Awas, Ini 3 Jenis Penyakit Jangkitan Kulit Yang Disebabkan Oleh Makhluk Asing!
Amalkan rutin dan produk kulit yang sah sahaja
Kenapa individu perlu cuba metode pancut muka yang sudah pasti tiada manfaat ini sedangkan ada banyak lagi rutin kecantikan dan produk yang lain? Sebaiknya, amalkan rutin dan produk kulit yang sah sahaja.
Dengan langkah waspada yang jauh lebih baik, anda sudah tentu bakal mampu menemukan suatu resipi paling ideal dalam usaha untuk mendapatkan kulit bersih, cantik dan sihat.
Konklusinya, tidak perlu lagi membazirkan air mani anda untuk tujuan tidak bermanfaat ini. Ada sebab kenapa ia hanya wajar disalurkan pada alat kelamin dan bukan pada kulit wajah anda ya?