backup og meta

Apa Itu Dermaroller? Ketahui Bagaimana Ia Berfungsi Dan Bermanfaat Pada Kulit

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 29/09/2021

    Apa Itu Dermaroller? Ketahui Bagaimana Ia Berfungsi Dan Bermanfaat Pada Kulit

    Dermaroller, juga dikenali sebagai microneedling, adalah prosedur yang melibatkan alatan yang terdiri daripada jarum-jarum mikro sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan wajah.

    Teknik ini telah digunakan untuk membantu menghilangkan parut jerawat dan beberapa masalah kulit lain.

    Selain itu, ia juga menjadi sensasi di media sosial. Anda mungkin tertanya-tanya apakah manfaatnya dalam penjagaan wajah sehingga menjadikan ia satu trend kini.

    Jom ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

    Apakah fungsi microneedling?

    penggunaan dermaroller

    Dermaroller adalah sebuah alat khusus yang digunakan untuk membantu mengatasi pelbagai masalah kulit dengan cara merangsang pengeluaran kolagen.

    Alat ini berbentuk roller serupa roda yang permukaannya diliputi ratusan jarum yang sangat kecil.

    Ia juga dikenali sebagai terapi induksi kolagen. Rawatan ini dapat membantu mereka yang ingin mengurangkan penampilan parut jerawat dan tanda regangan.

    Selain itu, ia digunakan dalam prosedur anti penuaan tertentu, seperti masalah jeragat dan bintik-bintik gelap akibat sinaran matahari.

    Panjang jarum pada alat ini adalah berbeza-beza, namun, secara umumnya berukuran antara 0.25 mm shingga 1.5 mm.

    Kelebihan dermarolling

    Anda mungkin tertanya-tanya akan manfaat daripada penggunaan dermaroller terhadap kesihatan kulit.

    Antara kebaikan kaedah ini, adalah:

    • Mengurangkan kedutan dan kesan regangan
    • Mengurangkan parut jerawat dan perubahan warna kulit
    • Meningkatan ketebalan kulit
    • Membantu dalam meremajakan wajah
    • Bantu dalam meningkatkan penyerapan produk

    Di manakah bahagian tubuh yang boleh digunakan?

    Kaedah microneedling paling sering digunakan di bahagian tersebut:

    • Kawasan yang mempunyai parut jerawat
    • Kawasan yang berjeragat
    • Garis-garis halus dan kedutan
    • Liang pori besar
    • Pada beberapa jenis parut
    • Kawasan yang kurang keanjalan kulit
    • Kawasan tona kulit tidak sekata

    Selain daripada digunakan untuk penjagaan wajah, dermaroller kadang-kadang digunakan untuk merawat stretch mark di bahagian badan yang lain.

    Cara-cara penggunaan dermaroller

    penjagaan wajah

    Ikuti langkah-langkah ini dengan tepat untuk mengelakkan sebarang risiko dan jangkitan yang tidak diingini.

    #1: Cuci dermaroller terlebih dahulu

    Buang kuman pada alatan anda dengan merendamnya dalam cecair alkohol yang mempunyai 70% isopropil selama 5 sehingga 10 minit.

    #2: Cuci muka

    Bersihkan wajah anda dengan teliti menggunakan pembersih muka yang mengandungi pH seimbang yang lembut pada kulit.

    #3: Sapukan krim kebas, jika diperlukan

    Bergantung pada toleransi kesakitan anda, anda mungkin perlu menggunakan krim anestetik.

    Walau bagaimanapun, anda pasti menginginkan krim kebas terutamanya untuk penggunaan dermaroller yang mempunyai jarum berukuran 1.0 mm ke atas.

    #4: Golekkan dermaroller ke kawasan yang terjejas

    Teknik penggunaan dermaroller adalah sangat penting! Memisahkan wajah anda menjadi beberapa bahagian membuatkan keseluruhan proses lebih mudah.

    • Elakkan daripada terkena bahagian kulit yang lebih nipis, seperti di kawasan bawah mata
    • Golekkan alatan itu dalam satu arah 6 hingga 8 kali, bergantung pada toleransi dan sensitiviti kulit anda, dan pastikan untuk mengangkat roller selepas setiap golekan
    • Setelah digolek pada satu kawasan, anda boleh mulakan ke kawasan yang baru dan ulangi prosesnya dalam arah tegak lurus
    • Menjelang akhir keseluruhan prosedur ini, anda seharusnya golekkan ia pada setiap kawasan 12 sehingga 16 kali, 6 sehingga 8 kali secara mendatar dan 6 sehingga 8 kali secara menegak

    #5: Basuh muka anda dengan air

    Setelah selesai melakukan proses microneedling, bilas wajah anda dengan air sahaja.

    #6: Bersihkan dermaroller anda

    Bersihkan roller derma anda hanya dengan menggunakan sabun pencuci pinggan, larutkan campuran air sabun di dalam bekas, kemudian golekkan roller anda di dalam bekas tersebut.

    Kenapa guna sabun pencuci pinggan ? Ini kerana alkohol tidak akan mampu melarutkan protein yang terdapat dalam kulit dan darah.

    #7: Basmi kuman pada roller anda

    Bagi membuang kuman sekali lagi, rendam alatan tersebut dalam larutan alkohol yang mempunyai 70% isopropil selama 10 minit.

    #8: Teruskan rutin penjagaan kulit seperti biasa

    Anda boleh melakukan rutin penjagaan kulit asas seperti biasa selepas melakukan proses ini, namun bahan-bahan aktif seperti benzoil peroksida, asid salisilik, tretinoin, dan lain-lain harus dielakkan!

    Tip bagi mendapatkan hasil terbaik

    Mencuba tip dan amalan berikut dapat membantu meningkatkan hasil dermarolling anda:

    • Ambil suplemen vitamin A dan C pada bulan sebelum rawatan untuk meningkatkan pengeluaran kolagen
    • Gunakan pek ais selepas rawatan jika anda mengalami kesakitan
    • Sapukan serum kulit atau pelembap yang mengandungi bahan anti penuaan selepas rawatan
    • Gunakan pelindung matahari pada hari-hari setelah penggunaan, kerana kulit cenderung untuk terbakar dengan lebih mudah daripada kebiasaan
    • Ulangi rawatan 2 atau 3 kali seminggu
    • Jauhkan dari kawasan yang nipis seperti di sekitar mata
    • Jangan sekali-kali berkongsi alatan ini dengan orang lain

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 29/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan