Selain di muka, akne juga boleh tumbuh di setiap pelosok tubuh badan anda. Maka, tidak hairan jika ramai individu yang gemar mencari dan mencuba cara menghilangkan jerawat badan.
Kadangkala, anda mungkin hanya perlu ke dapur untuk menemukan bahan tepat. Jom terus baca!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Kenapa akne juga boleh muncul di badan?
Buat anda yang mungkin belum tahu, jerawat akan tumbuh akibat banyak faktor seperti genetik, hormon, penyakit, alahan, pakaian, ubatan serta salah cara dalam aspek penjagaan kulit.
Kebiasaannya, jerawat badan akan tumbuh di kawasan seperti dada, belakang, pinggang, perut serta punggung. Jika dibiarkan, maka wujud risiko muncul tompok hitam, parut dan keloid.
Selain faktor di atas tadi, jerawat juga boleh muncul di badan angkara jumlah minyak atau sebum yang berlebihan. Alasannya, folikel rambut di tubuh anda akan jadi tersumbat sekali gus memicu bakteria untuk hadir lantas membentuk jerawat.
Cara menghilangkan jerawat badan itu lebih sukar berbanding jerawat wajah kerana ia melibatkan kawasan yang lebih luas dan besar. Maka, individu perlu berusaha lebih untuk menyelesaikan masalah ini, jelas Pakar Dermatologi, Dr Debra Jaliman.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Ada Jerawat Di Belakang Badan? Ini Info Lengkap Tentangnya
- Kenapa Jerawat Muncul Pada Satu Badan? Untuk Cegah, Kena Tahu Punca Dulu!
- Ingat Muka Saja Yang Tumbuh Jerawat, Rupanya Badan Pun Boleh Kena, Ini Puncanya!
Persoalannya, bagaimana bahan di dapur itu boleh membantu merawat masalah jerawat badan secara semula jadi? Usah khuatir lagi, kami akan menyenaraikan bahan dan sebab ia efektif!
Ini cara menghilangkan jerawat badan natural!
Tidak dinafikan, kita semua digalakkan untuk mendapatkan rawatan serta ubatan klinikal dalam usaha untuk menyelesaikan masalah jerawat. Namun, tidak salah cuba cara tradisional berikut:
Cara menghilangkan jerawat badan #1. Timun
Turut popular digunakan sebagai masker untuk lingkaran gelap di bawah mata, siapa sangka jika sayuran ini juga bagus diletakkan pada badan dalam usaha untuk menghilangkan jerawat.
Keistimewaan ini mungkin disebabkan oleh kandungan magnesium, potasium, vitamin A, C dan K yang bagus untuk kulit. Selain masalah jerawat, isu kulit kering juga mampu diselesaikan.
Ia turut boleh diminum sebagai jus timun yang bagus untuk kesihatan sistem penghadaman anda.