Anda gusar memikirkan kenapa jerawat tumbuh di dahi? Seperti di bahagian wajah yang lain, pelbagai faktor boleh menjadi punca jerawat di dahi. Dalam artikel ini ada penjelasannya.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Anda gusar memikirkan kenapa jerawat tumbuh di dahi? Seperti di bahagian wajah yang lain, pelbagai faktor boleh menjadi punca jerawat di dahi. Dalam artikel ini ada penjelasannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Adakah benar jerawat yang tumbuh itu menandakan anda sedang dilamun cinta? Tetapi bagaimana pula kalau jerawat itu berada pada bahagian dahi, apakah maksudnya?
Ada kepercayaan mengatakan bahawa jerawat atau akne pada kawasan dahi ini bermakna terdapat banyak perkara bermain di fikiran, dalam erti kata yang lebih mudah, anda seorang yang banyak berfikir. Benarkah?
Hakikatnya itu adalah mitos semata-mata. Jadi apakah punca jerawat di dahi sebenarnya?
Apabila liang pori pada wajah anda tersumbat, ia boleh menjadi antara penyebab kenapa jerawat tumbuh di dahi mahupun mana-mana bahagian wajah lain.
Sebelum mengetahui apakah punca sebenarnya masalah akne pada bahagian dahi, ayuh kita ketahui apakah jenis jerawat yang cenderung muncul di kawasan berdekatan kepala ini.
Ia lebih dikenali sebagai bintik hitam dan bintik putih. Jerawat pada bahagian ini adalah disebabkan pori tersumbat, maka lebih banyak bintik putih akan kelihatan.
Selain bintik putih, jerawat berwarna merah juga sering muncul pada bahagian ini.
Keradangan papula – benjolan merah, dan pustula – benjolan merah dengan putih di tengah, kurang kerap terjadi berbanding komedo.
Secara teknikalnya bukan jerawat, milia juga boleh terbentuk pada dahi. Namun apakah perbezaan antara milia dan jerawat?
Jerawat terbentuk apabila lebihan minyak dan sel kulit mati menyumbat pori dan menghasilkan bakteria.
Manakala milia pula terjadi apabila keratin terperangkap di bawah permukaan kulit yang menghasilkan benjolan kecil menyerupai bintik putih.
Berikut penyebab kemunculan jerawat berlaku pada bahagian dahi:
Jerawat pada dahi berkongsi patogenesisnya dengan jerawat muka, iaitu hormon, keturunan dan persekitaran.
Seperti semua gejala jerawat, akne di dahi bermula dengan lebihan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum.
Minyak tambahan ini yang bertujuan untuk melindungi dan melembapkan kulit, boleh mengakibatkan penyumbatan pada permukaan kulit, sekali gus mewujudkan tempat pembiakan bakteria penyebab jerawat.
Ia melibatkan item seperti tudung, headband, malahan rambut sendiri yang boleh bersentuhan dengan dahi.
Selain itu, topi dan produk rambut yang mengalir ke kulit dahi juga boleh menjadi antara faktor penyumbang jerawat.
Memakai topi, bandana atau pengikat kepala, mahupun kerap menyentuh dahi turut menjadi pencetus masalah jerawat dahi.
Perkara yang sama berlaku kepada individu yang melakukan aktiviti melibatkan pemakaian topi keledar seperti menunggang basikal. Jerawat mekanikal boleh terjadi kesan pemakaian topi ini.
Jerawat mekanikal atau acne mechanica adalah lesi jerawat yang disebabkan oleh haba dan geseran daripada objek – seperti tali bra atau topi keledar, yang bergesel pada kulit.
Geseran itu merengsakan kulit dan mengganggu permukaan, yang boleh menyumbat liang pori dengan sel kulit mati dan akhirnya menyebabkan keradangan.
Produk gred makanan sebenarnya bermasalah untuk kulit berjerawat.
Penggunaan produk seperti minyak kelapa dan minyak zaitun pada kulit kepala dan rambut boleh menyebabkan kemunculan jerawat di dahi.
Ini kerana ia merupakan produk yang boleh dimakan dan cenderung mengakibatkan pertumbuhan mikroorganisma pada kulit.
Produk rambut jenis berminyak atau melekit boleh mengalir keluar daripada celahan rambut dan terkena dahi. Kesannya muncullah pomade acne.
Amat penting untuk mengetahui bahawa produk rambut boleh memburukkan lagi jerawat. Jadi pilihlah produk rambut yang bersesuaian, okay?
Baca juga:
Berpeluh amat baik untuk kulit kerana ia menyahtoksik badan dan berpotensi membuang bakteria.
Pun begitu, ia hanya akan dapat memperbaiki keadaan kulit berjerawat jika ia dibilas secepat mungkin dan tidak dibiarkan lama di atas permukaan kulit.
Berpeluh dengan banyak akan meningkatkan minyak dalam folikel. Sekiranya tidak dibasuh segera selepas berpeluh, boleh menyebabkan jerawat pada dahi semakin teruk.
Bahkan, membasuh dengan pencuci muka selepas berpeluh dapat menghilangkan kekotoran pada permukaan kulit. Jadi amalkan, okay? Khususnya jika anda perasan jerawat mula tumbuh.
Sel kulit mati boleh menjadi penyumbang kepada bakteria penyebab jerawat dalam liang pori tersumbat. Oleh sebab itu, pengelupasan (exfoliating) penting untuk kesihatan kulit. Melakukan pengelupasan kulit secara berkala membantu membuka pori tersumbat.
Walaupun liang pori tersumbat pada wajah anda tidak menghasilkan jerawat, tetapi menyingkirkan sel kulit mati boleh menghalang pembentukan yang tidak diingini dalam pori, punca kulit menjadi kasar.
Kenapa jerawat tumbuh di dahi? Ia bukanlah perkara luar biasa, khususnya ketika fasa akil baligh.
Namun dapat mengenal pasti faktor penyebabnya akan dapat membantu mengatasi masalah jerawat yang muncul.
Bagi jerawat ringan, ia biasanya boleh diatasi dengan penggunaan gel, sabun, losyen dan krim yang boleh dibeli di farmasi. Tetapi bagi jerawat teruk, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan ubat preskripsi yang lebih berkesan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen