backup og meta

5 Artis Korea Paling Cantik Ini Akhirnya Dedahkan Rahsia Kecantikan Mereka, Jom Tiru!

5 Artis Korea Paling Cantik Ini Akhirnya Dedahkan Rahsia Kecantikan Mereka, Jom Tiru!

Industri hiburan dari Korea Selatan benar-benar menjadi fenomena di seluruh dunia. Malah, yang paling dikagumi adalah kecantikan kulit artis korea wanita dan kelangsingan tubuh badan mereka, tidak kira lelaki atau wanita. Namun begitu, tahukah anda beberapa artis korea paling cantik sepanjang tahun 2023 ini?

Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui senarai artis korea wanita tersebut dan tip penjagaan kulit mereka.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

5 artis korea paling cantik

Berikut merupakan beberapa artis korea wanita paling cantik sepanjang tahun 2023 ini.

rutin kecantikan jisoo

Artis korea paling cantik #1. Kim Jisoo

Jisoo merupakan ahli kumpulan Blackpink dan telah memulakan kerjayanya pada tahun 2016.

Pelakon utama drama Snowdrop ini juga memiliki visual yang sangat cantik dan sepasang mata semula jadi, inline eyelids.

Menurut Jisoo, beliau memiliki kulit yang kering. Oleh itu, penjagaan kulitnya lebih tertumpu kepada kelembapan.

Kebiasaannya, beliau akan menggunakan sheet mask dua sehingga tiga kali dalam sehari bagi menjaga kesihatan kulitnya.

Song Hye Kyo, artis korea paling cantik no. 2

Siapa sahaja yang tidak mengenali Song Hye Kyo? Wajahnya yang cantik dan natural tanpa sebarang solekan boleh menawan hati sesiapa sahaja yang memandangnya.

Rahsia kecantikan selebriti ini ialah beliau sering menggunakan cleansing milk dan juga sentiasa melakukan eksfoliasi pada kulit wajah untuk mengangkat sel-sel kulit mati.

3#. Kim So-Hyun

Artis korea wanita cilik yang telah dewasa ini tidak pernah gagal mencuri hati peminatnya.

Beliau juga turut berkongsi tentang rutin kecantikannya iaitu dengan melakukan layering skincare seperti pencuci muka, toner, lotion, essence dan cream sebelum tidur.

4#. Bae suzy

Percaya atau tidak, Bae Suzy juga merupakan artis korea paling cantik sepanjang tahun 2023 ini. Penyanyi daripada kumpulan Miss A ini juga merupakan ‘cinta pertama’ buat para lelaki yang menggemari dunia k-pop.

Ternyata rahsia di sebalik kecantikan artis korea wanita ini ialah beliau akan menggunakan moisturizer dan serum sebelum mula bersolek bagi mengekalkan kelembapan kulit.

Artis korea paling cantik #5. Song Ji-Hyo

rutin kecantikan Song ji-hyo
Song Ji-Hyo

Sebut sahaja Song Ji-Hyo, pasti ramai akan mengenalinya kerana dahulu beliau satu-satunya ‘bunga’ di dalam rancangan Running Man.

Walaupun usianya sudah menginjak ke 40-an, namun aura kecantikannya masih terpancar.

Rahsia kecantikan artis drama korea wanita

Memiliki kulit yang cantik dan halus seperti artis korea sudah semestinya menjadi idaman buat setiap individu tidak kira lelaki atau perempuan.

Berikut merupakan beberapa cara untuk anda mendapatkan kulit yang cantik persis artis korea kegemaran anda.

#1. Gunakan sunscreen setiap hari

Sunscreen melindungi kulit daripada sinar UV.
Sunscreen melindungi kulit daripada sinar UV.

Sinaran matahari bukan sahaja akan mengeringkan kulit anda, tetapi ia juga boleh memberi kesan ketara pada pigmen dalam kulit anda.

Anda disarankan untuk memakai krim pelindung matahari yang mengandungi SPF 30 atau lebih tinggi setiap hari.

Gunakan sunscreen tersebut setiap dua jam dalam sehari untuk kekal terlindung dan mengelakkan selaran matahari.

#2. Pastikan kulit anda sentiasa lembap

Apabila usia anda semakin meningkat, kelenjar minyak dalam kulit anda akan menjadi kurang aktif. Ini juga boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering, menjadi sensitif dan lebih mudah mengalami iritasi.

Pelembap sebenarnya bertujuan untuk menghilangkan kendur dan memastikan kulit anda lembut dan sihat.

Anda disarankan untuk menggunakan pelembap dalam masa tiga minit selepas keluar dari bilik mandi untuk memastikan kulit sentiasa terhidrat.

#3. Jangan picit jerawat yang tumbuh

Jangan sesekali picit jerawat anda! Ini kerana ia akan menyebabkan muka anda terdedah kepada jangkitan dan meninggalkan lebih banyak parut jerawat lagi.

Anda boleh merawat jerawat dengan cara sapukan krim benzoyl peroksida secara nipis pada kawasan berjerawat.

#4. Basuh muka anda dengan bersih

Basuh muka anda semasa bangun, sebelum tidur dan selepas berpeluh dengan bersih.

Mencuci muka ketika bangun tidur dapat menghilangkan kotoran dan bakteria yang ada di wajah anda semasa tidur.

#5. Basuh muka dengan lembut

Pembersihan muka dengan lembut sebenarnya dapat membantu kulit anda untuk kelihatan terbaik.

Caranya adalah sapukan pembersih muka anda secara perlahan-lahan dalam gerakan membulat dengan hujung jari anda.

Kesimpulan

Anda boleh mencuba tip-tip tersebut untuk mendapatkan kulit yang cantik dan halus persis idola korea anda.

Perhatian!

Namun, dapatkan nasihatkan pakar kecantikan atau ahli dermatologi sekiranya anda mengalami masalah kulit yang serius.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Top 10 Skin Care Tips From A Dermatologist. https://health.clevelandclinic.org/skin-care-tips/. Diakses pada Oktober 26, 2023.

10 Skin Care Secrets For Healthier-Looking Skin. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-secrets/routine/healthier-looking-skin. Diakses pada Oktober 26, 2023.

Skin care: 5 Tips For Healthy Skin. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/skin-care/art-20048237. Diakses pada Oktober 26, 2023.

Do You Really Need A Skin Care Routine? https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/do-you-really-need-a-skin-care-routine. Diakses pada Oktober 26, 2023.

10 Skin Secrets Of Women Dermatologists. https://www.aarp.org/entertainment/style-trends/info-2022/dermatologist-skin-care-tips-secrets.html. Diakses pada Oktober 26, 2023.

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ingin Tahu Cara Atasi Rambut Gugur? Amalkan 12 Jenis Makanan Ini!

7 Punca Badan Naik Bintik-Bintik Merah, Jaga-jaga Dengan Sumber Air Mandian Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan