backup og meta

Rambut & Pakaian Punca Jerawat Pasir Muncul Di Muka? Ini 5 Tip Nak Hilangkannya

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

    Rambut & Pakaian Punca Jerawat Pasir Muncul Di Muka? Ini 5 Tip Nak Hilangkannya

    Apabila jerawat muncul di wajah gara-gara breakout, kita tentu sahaja rasa tidak selesa dan mungkin malu untuk keluar rumah bukan? Maka, anda perlu cepat temukan dan amalkan cara hilangkan jerawat pasir!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Apa yang dimaksudkan dengan kondisi ini?

    Seperti mana ramai sedia maklum, ada banyak jenis jerawat yang boleh berlaku di wajah atau tubuh badan individu.

    Jerawat pasir pula merupakan bintik-bintik yang bersaiz kecil dan banyak, yang belum berkembang sepenuhnya. Dalam istilah saintifik, masalah kulit ini dinamakan comedonal acne.

    Kebiasaannya, jerawat ini mungkin agak sukar untuk dilihat dengan mata kasar pada jarak yang jauh. Namun, anda mungkin dapat merasa teksturnya yang kasar ketika menyentuh dengan jari.

    Meskipun ia agak sama dengan masalah jerawat yang biasa, namun ada beberapa ciri khusus comedonal acne seperti berikut:

  • Bersaiz lebih kecil
  • Berjumlah lebih banyak
  • Mungkin menyimpan nanah atau lemak di hujungnya
  • Kulit di sekitar jerawat menjadi merah akibat kulit meradang
  • masalah jerawat pasir
    Mitos dan fakta mengenai masalah jerawat.

    Dalam pada itu, ia juga lebih biasa terjadi dan tersebar di permukaan wajah terutama di kawasan pipi atau dahi. Pun begitu, adalah tidak mustahil juga untuk ia tumbuh di bahagian badan lain.

    Cara hilangkan jerawat pasir klinikal

    Sebelum pergi lebih lanjut, anda perlu tahu punca masalah ini terlebih dahulu. Sebenarnya, punca semua jenis jerawat itu sama iaitu liang pori tersumbat angkara bakteria, minyak dan sel kulit mati.

    Pun begitu, ia turut berkaitan dengan faktor risiko iritasi gara-gara geseran atau tekanan berlebihan pada kulit!

    Cara hilangkan jerawat pasir yang moden dan terbukti secara klinikal seperti penggunaan ubat, krim atau losyen topikal pada kulit adalah sangat disarankan. Kebiasaannya, produk tersebut akan terkandung bahan-bahan berikut:

    • Benzoil peroksida
    • Asid salisilik
    • Asam alfa hidroksi
    • Sulfur

    Dalam pada itu, pengambilan antibiotik dari jenis doxycycline atau tetracycline mungkin akan turut diberikan dalam usaha untuk membunuh dan mengelak bakteria punca jerawat itu kembali.

    Cara hilangkan jerawat pasir tradisional

    Ada banyak cara hilangkan jerawat pasir tradisional atau petua orang lama yang popular untuk mengurangkan masalah jerawat. Antaranya dengan menggunakan gel lidah buaya, madu, lemon dan macam-macam lagi.

    Namun, anda mungkin harus lebih peka dan prihatin dengan rutin penjagaan muka seharian seperti di bawah ini:

    #1. Sebaiknya, cuci muka 2 kali dalam sehari dengan gentle cleanser

    cara hilangkan jerawat pasir
    Kepentingan mencuci muka dengan bersih sebelum tidur.

    Pertama dan paling penting, anda perlu mencuri masa untuk mencuci kulit muka sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari iaitu sekali sebelum masuk tidur dan sekali selepas bangun tidur.

    Ini penting untuk menanggalkan segala jenis bendasing termasuk bakteria punca jerawat pasir daripada kulit muka. Ia boleh dilakukan hanya dengan air atau dengan gentle cleanser (selepas itu bilas dengan air bersih).

    Untuk pengetahuan anda juga, kaedah skrub adalah antara cara hilangkan jerawat pasir yang berkesan selain mencuci muka dengan menggunakan gentle cleanser!

    Cara hilangkan jerawat pasir #2. Pakai produk sesuai

    Seharusnya, rutin penjagaan dan pembersihan kulit wajah harus diamalkan dengan produk-produk yang sesuai.

    Untuk mengetahui produk mana yang terbaik, kenali dahulu jenis kulit anda sama ada kering, sensitif, berminyak atau kombinasi. Ini penting untuk kalian memilih dan memakai produk paling ideal.

    Atau jika tidak, produk-produk yang kurang sesuai sudah pasti akan memberikan kesan negatif pada kulit anda. Sama ada ia akan merengsa, meradang atau tumbuh jerawat, kesannya sudah pasti sangat buruk.

    Cara hilangkan jerawat pasir #3. Awas dengan kandungan bahan kosmetik

    Dalam pada itu, penggunaan alat kosmetik juga perlu diberi perhatian sama dengan produk-produk kulit di atas.

    Kosmetik termasuk bedak asas, maskara, gincu dan lain-lain mungkin akan mencantikkan namun mungkin akan turut merosakkan terutama jika ia mengandungi bahan-bahan tidak sesuai untuk kulit.

    Pesanan paling utama, jangan terus tidur pada waktu malam dengan mekap! Sila pastikan anda sudah bersihkan dan hilangkan solekan dari kulit sebelum tidur untuk elak masalah pada kulit.

    #4. Jangan abaikan kebersihan rambut anda!

    cara hilangkan jerawat pasir
    Rambut yang kotor dan berminyak punca jerawat pasir tumbuh di dahi.

    Kadangkala, ramai yang terlepas pandang terhadap cara hilangkan jerawat pasir di dahi ini. Sedangkan, rambut yang kotor dan berminyak akan menjejaskan wajah terutama dahi dan pipi kerana kekotorannya itu mungkin boleh ‘menurun’.

    Jadi, jangan lupa syampu rambut sekitar 3-4 kali seminggu agar masalah jerawat pasir tidak berlaku dan berulang!

    #5. Pilih pakaian yang longgar dan licin

    Memastikan pakaian yang anda guna pada setiap hari itu longgar dan licin juga merupakan salah satu cara hilangkan jerawat pasir di pipi yang berkesan. Ini kerana geseran dan tekanan berlebihan pada kulit daripada fabrik adalah faktor utama isu kulit ini.

    Tidak cukup dengan itu, lihat juga pada lapik tilam, sarung bantal atau tuala mandi anda. Selain boleh mendatangkan iritasi, ia juga mungkin boleh jadi rumah kepada bakteria punca jerawat.

    Kesimpulan

    Ada banyak cara hilangkan jerawat pasir yang anda boleh cuba amalkan. Dapatkan informasi dan nasihat daripada pakar dermatologi jika kurang pasti ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan