Percaya tak bahawa anda boleh menggunakan ais batu pada kulit sebagai tip penjagaan kulit muka? Ia bukan sahaja mudah, bahkan dikatakan efektif untuk dijadikan sebagai rawatan kecantikan wajah.
Jom ketahui lanjut mengenainya dalam artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Apa kebaikan menggunakan ais batu?
Sapuan ais pada bahagian tubuh untuk tujuan kesihatan dikenali sebagai terapi sejuk atau cryotherapy. Ia digunakan secara rutin untuk merawat kecederaan lebam. Tujuannya adalah:
- Meredakan kesakitan dengan mengurangkan aktiviti saraf untuk sementara
- Mengurangkan bengkak dengan menurunkan aliran darah
- Mempercepatkan fungsi pemulihan dengan menggalakkan penyembuhan tisu lembut
Rawatan ais muka atau skin icing hanya disokong oleh bukti anekdot. Setakat ini tiada lagi penyelidikan klinikal yang menyokong penggunaan ais sebagai rawatan muka yang berkesan.
Umumnya, rawatan ais di wajah ini popular kerana ia mudah untuk dijelaskan, termasuklah:
- Ia murah
- Mudah dilakukan
- Terdapat bukti anekdot
- Mendapat liputan meluas di internet
- Ia semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia
- Dijadikan sebagai amalan logik dan masuk akal
Cara menggunakan ais sebagai rawatan kecantikan wajah
Untuk mencuba rawatan ini, anda perlu membalut beberapa ketul, 4-5 kiub ais dalam kain kapas lembut dan sapukan pada wajah dengan gerakan membulat selama 1-2 minit.
Urutan ini boleh dilakukan beberapa kali dalam sehari pada bahagian:
- Garis rahang
- Dagu
- Bibir
- Hidung
- Pipi
- Dahi
Manfaat sapuan ais batu ke muka
Air bersih sangat bermanfaat untuk kesihatan, terutamanya kulit. Ia membuang semua toksin daripada tubuh, ini termasuklah melalui penggunaan air batu.
Berikut adalah faedahnya untuk kulit wajah anda:
1. Menyembuh & mencegah jerawat
Sifat ais adalah antiradang yang membantu mengurang dan menyembuhkan jerawat. Ia menenangkan kulit, mengecilkan pori, dan mengurangkan pengeluaran sebum pada wajah – punca utama munculnya jerawat.
2. Ais batu menjadikan kulit lebih bersinar
Anda tidak perlukan produk yang mahal jika mahu kulit bersinar. Hanya sapukan ais pada muka untuk meningkatkan peredaran darah ke kulit dan menjadikannya cerah.
Selain itu, penggunaan ais juga dapat meningkatkan tahap oksigen dalam kulit dan membekalkan nutrien penting – vitamin.
3. Menyingkirkan lingkaran hitam untuk kecantikan wajah
Ais adalah ubat terbaik untuk masalah lingkaran hitam bawah mata.
Anda boleh merebus air mawar bersama jus timun dan bekukan campuran ini. Kemudian sapukan ais tersebut pada bahagian mata.
Tetapi anda harus bersabar dan mengulanginya beberapa hari untuk dapat melihat hasilnya.
4. Kurangkan mata sembap dengan sapuan air batu
Mata bengkak sering terjadi akibat kurang tidur atau mata stres, namun ais dapat membantu mengatasinya. Hanya sapukan ais pada kawasan terjejas dan bengkak akan hilang.
Anda boleh menambah kopi hitam pada kiub ais yang dapat menghilangkan bengkak mata dengan cepat.
Baca juga: