
Apakah yang menyebabkan dagu berlapis?
Dagu berlapis, juga dikenali sebagai lemak submental, adalah kondisi biasa yang berlaku apabila lapisan lemak terbentuk di bawah dagu anda.
Dagu sebegini juga sering dikaitkan dengan kenaikan berat badan, tetapi individu yang mempunyai berat badan berlebihan turut boleh memilikinya.
Selain itu, faktor genetik atau kulit yang lebih ‘longgar’ akibat penuaan juga boleh menyebabkan masalah ini.
Beberapa faktor yang berbeza bergabung dalam badan menghasilkan dagu yang berlapis.
Memahami faktor-faktor ia terjadi mungkin dapat membantu anda untuk memahami akan cara menghilangkan masalah itu sendiri.
- Faktor umur
Kulit boleh mulai kehilangan keanjalannya seiring pertambahan usia, yang boleh menyebabkan penampilan kulit yang kurang ketegangan atau kendur sehingga terjadinya masalah lemak di garis rahang ini.
- Diet dan berat badan
Walaupun kenaikan berat badan tidak selalunya menjadi penyebab dagu berlapis, ia turut dapat menyumbang kepada faktornya.
Makanan tinggi kalori, makanan yang diproses, dan kandungan lemak tidak sihat boleh mempengaruhi kenaikan berat badan dan masalah lemak di bahagian dagu.
- Faktor genetik
Genetik juga mungkin memainkan peranan pada mereka yang memiliki dagu berlapis.
Sesiapa sahaja yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah ini, masalah dagu yang berlapis lebih cenderung untuk terjadi dengan sendiri.
- Postur badan
Postur yang lemah dapat melemahkan otot leher dan juga dagu. Ini boleh menyebabkan dagu mulai berlapis dari masa ke masa, kerana kulit di sekitarnya akan hilang keanjalannya ketika otot tersebut tidak digunakan.
Sekiranya anda mempunyai masalah ini dan ingin menyingkirkannya, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan.
Senaman-senaman yang boleh diamalkan
Walaupun tidak ada bukti saintifik yang menyatakan latihan yang berfungsi untuk menghilangkan dagu berlapis, anda masih boleh mencuba beberapa cara berikut.
Berikut adalah 6 latihan yang dapat membantu menguatkan dan menegangkan otot dan kulit di kawasan berlemak tersebut.
- Latihan bola
Letakkan bola berukuran 9 sehingga 10 inci di bawah dagu anda. Kemudian, tekankan dagu anda ke bawah bola dan ulangi senaman ini 25 kali setiap hari.
- Straight jaw jut
Condongkan kepala anda ke arah belakang dan lihat ke arah siling. Kemudian, tolak rahang bawah anda ke hadapan untuk merasakan regangan di bawah dagu.
Kekalkan kedudukan rahang selama 10 kiraan dan rehatkan rahang anda serta kembalikan kepala anda ke posisi yang neutral.
- Regangan lidah
Melihat lurus ke depan, kemudian julurkan lidah anda sejauh mungkin dan angkatkan lidah ke atas dan ke arah hidung anda.
Seterusnya, tahan posisi ini selama 10 saat dan lepaskan.
- Regangan leher
Condongkan kepala ke arah belakang dan melihat siling. Kemudian, tekan lidah anda ke arah lelangit mulut anda.
Tahan posisi ini selama 5 sehingga 10 saat dan lepaskan.
- Bottom jaw jut
Bermula dengan mencondongkan kepala ke belakang dan lihat siling. Pusingkan kepala ke arah kanan dan gerakkan rahang bawah anda ke hadapan.
Kemudian, tahan posisi ini selama 5 sehingga 10 saat dan lepaskan. Ulangi proses tersebut dengan kepala anda berpusing ke belah kiri.
Mengurangkan dagu berlapis melalui diet dan senaman
Sekiranya dagu berlemak anda berpunca daripada kenaikan berat badan, penurunan berat dapat menjadikannya lebih kecil atau menghilangkannya secara total.
Cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan makan makanan yang sihat dan bersenam secara teratur.
Beberapa garis panduan pemakanan yang sihat adalah:
- Makan hidangan sayur setiap hari
- Makan 3 hidangan buah setiap hari
- Gantikan bijirin halus dengan bijirin penuh
- Elakkan makanan yang diproses
- Makan protein tanpa lemak, seperti ayam dan ikan
- Makan lemak sihat, seperti minyak zaitun, alpukat, dan kekacang
- Elakkan makanan bergoreng
- Makan produk tenusu yang rendah lemak
- Kurangkan pengambilan gula
- Amalkan kawalan porsi makanan
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.