backup og meta

Ini Cara Atasi Masalah Gegata Atau Urtikaria Di Rumah, Mudah & Berkesan!

Ini Cara Atasi Masalah Gegata Atau Urtikaria Di Rumah, Mudah & Berkesan!

Apa itu urtikaria? Urtikaria atau lebih dikenali sebagai gegata, adalah satu masalah kulit yang menyebabkan ruam gatal dan ketidakselesaan yang boleh menjejaskan keyakinan diri, terutamanya apabila ia kerap berlaku tanpa amaran. 

Walaupun ia tidak dikategorikan sebagai penyakit berbahaya, urtikaria tetap memberi impak besar pada kualiti hidup, terutama kepada mereka yang mengalaminya secara berulang. 

Namun, di sebalik persoalan apa itu urtikaria, ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa hidrasi yang betul memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit secara menyeluruh, termasuk membantu mengurangkan gejala urtikaria

Kulit yang terhidrasi dengan baik mampu melawan inflamasi, yang merupakan salah satu penyebab utama kemunculan ruam dan kegatalan pada kulit. 

Dalam hal ini, peranan air alkali bukan sahaja membantu mengekalkan tahap hidrasi yang optimum, tetapi juga berpotensi menyokong sistem imun dan mengurangkan inflamasi dalam badan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa itu urtikaria dan apa simptom urtikaria?

Gegata boleh menyebabkan kegatalan pada kulit.
Gegata boleh menyebabkan kegatalan pada kulit.

Urtikaria, atau lebih dikenali sebagai gegata, ialah keadaan kulit yang menyebabkan ruam gatal yang timbul dan merebak ke kawasan yang lebih besar pada tubuh 1

Walaupun ia tidak berbahaya, masalah ini boleh mengganggu aktiviti harian dan memberi kesan pada penampilan kulit anda. 

Apa simptom urtikaria? Simptom-simptom utama urtikaria termasuk ruam berbentuk jalur merah atau putih yang timbul di kulit, disertai dengan rasa gatal yang teruk. 

Ruam ini boleh muncul di mana-mana bahagian badan dan berubah saiz serta bentuk, serta berlaku tanpa amaran. 

Kulit yang meradang akibat urtikaria boleh memberi kesan kepada keyakinan diri, terutamanya apabila ia sering terjadi tanpa amaran. 

Ada juga persoalan, kenapa selalu kena gegata? Urtikaria atau gegata ini biasanya berlaku apabila tubuh bertindak balas terhadap alergen, menyebabkan pelepasan histamin dan bahan kimia lain ke dalam aliran darah 1

Antara punca utama yang boleh mencetuskan apa itu urtikaria termasuk jenis makanan tertentu (seperti makanan laut, kacang, atau susu), ubat-ubatan, gigitan serangga, tekanan emosi, perubahan suhu, serta jangkitan virus atau bakteria 1

Ini adalah antara sebab kenapa selalu kena gegata

Apakah kaitan antara hidrasi dan urtikaria?

Setelah mengetahui apa itu urtikaria, anda juga perlu tahu keperluan hidrasi terhadap urtikaria. 

Salah satu faktor utama dalam mengekalkan kesihatan kulit yang sihat dan cantik ialah hidrasi yang mencukupi. 

Kulit yang terhidrat dengan baik bukan sahaja lebih anjal, tetapi juga mampu melawan masalah kulit seperti kekeringan, kedutan awal, dan inflamasi atau keradangan. 

Contohnya, air alkali membantu menyeimbangkan tahap pH dalam badan dan menggalakkan hidrasi yang lebih efektif 2 3 4.

Kajian menunjukkan bahawa hidrasi dengan air alkali boleh menyokong sistem imun, membantu badan melawan alahan dan keradangan, iaitu salah satu faktor utama yang menyumbang kepada masalah kulit seperti urtikaria 5 6 7 8.

Bagaimana air alkali membantu mengurangkan keradangan?

Minum air alkali untuk mengurangkan keradangan dalam badan.
Minum air alkali untuk mengurangkan keradangan dalam badan.

Urtikaria sering terjadi akibat reaksi alergi yang menyebabkan inflamasi pada kulit. 

Inflamasi ini bukan sahaja menyebabkan rasa tidak selesa, malah memberi kesan pada tekstur dan penampilan kulit. 

Kajian terkini menunjukkan bahawa air alkali berpotensi untuk membantu mengurangkan keradangan dalam badan 7

Dengan mengurangkan inflamasi, mereka yang mempunyai masalah kulit seperti urtikaria mungkin akan merasai kesan yang positif, termasuk pengurangan kekerapan gegata atau apa itu urtikaria dan rasa gatal. 

Kulit yang kurang terdedah kepada keradangan juga kelihatan lebih sihat, lebih lembut, dan lebih cantik secara keseluruhan. 

Kajian menunjukkan bahawa air alkali, yang mempunyai sifat antioksidan dan mampu menyeimbangkan tahap pH dalam badan, boleh membantu mengurangkan radikal bebas yang sering menjadi pencetus kepada inflamasi 9 10

Inflamasi ini adalah salah satu sebab utama berlakunya urtikaria. 

Oleh itu, dengan menjaga hidrasi serta menyeimbangkan pH badan, air alkali boleh menjadi salah satu cara mudah namun efektif untuk menyokong kesihatan kulit, mengurangkan gejala urtikaria, serta memperbaiki kecantikan dalaman dan luaran.

Langkah-langkah untuk mengatasi urtikaria

Apakah cara hilangkan urtikaria? Selain daripada hidrasi dengan air alkali, terdapat beberapa langkah lain yang boleh anda ambil sebagai cara hilangkan urtikaria dan membantu mengurangkan gejala apa itu urtikaria 11:

  • Memakai pakaian yang longgar dan ringan untuk mengurangkan iritasi pada kulit dan sebagai cara hilangkan urtikaria
  • Elakkan menggaru kawasan yang terjejas, dan gunakan losyen penyejuk untuk melegakan kulit
  • Awasi makanan atau bahan yang mungkin mencetuskan alergi dan keradangan pada kulit juga salah satu cara hilangkan urtikaria

Walau bagaimanapun, untuk kes yang lebih serius, anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor memandangkan mereka boleh menasihatkan apa itu urtikaria dan cara merawatnya. 

Urtikaria juga boleh berpunca daripada cuaca.
Urtikaria juga boleh berpunca daripada cuaca.

Anda juga boleh mendapatkan penapis air seperti Panasonic Ultra Filtration Alkaline Ionizer TK-AS700 kerana mesin penapis ini berupaya menghasilkan air alkali yang bersih dan sihat. 

Penapis air Panasonic dilengkapi sistem penapisan lanjutan dengan membran Ultra yang mampu menyingkirkan 99.9% virus dan 99.999% bakteria.

Kaedah ini bukan sahaja menyokong hidrasi yang optimum, tetapi juga boleh membantu mengurangkan keradangan dalam jangka masa panjang.

Kesimpulan

Kini anda telah tahu apa itu urtikaria. Realitinya, penjagaan kulit tidak bergantung semata-mata pada produk kosmetik atau penjagaan kulit luaran. 

Kunci kepada kulit yang sihat dan berseri sebenarnya bermula dari dalam iaitu melalui hidrasi yang mencukupi. 


Penapis air alkali Panasonic mampu menyediakan air alkali berkualiti yang dapat membantu mengurangkan inflamasi, menyokong sistem imun, dan memberikan hidrasi yang lebih baik kepada kulit. 

Sekiranya anda berhadapan dengan masalah kulit seperti urtikaria, pastikan anda kekal terhidrat dengan air alkali kerana ia antara langkah mudah tetapi efektif untuk memperbaiki kesihatan kulit anda. 

Pastikan tubuh anda kekal hidrat dan rasai perbezaannya pada kulit anda.

Dapatkan penapis air alkali anda di sini!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Apakah itu urtikaria?. http://www.myhealth.gov.my/en/urtikaria/. Diakses pada Oktober 10, 2024. 
  2. Heil, D. (2010). Acid-base balance and hydration status following consumption of mineral-based alkaline bottled water. Journal of the International Society of Sports Nutrition, 7, 29 – 29. https://doi.org/10.1186/1550-2783-7-29. Diakses pada Oktober 10, 2024.
  3. Maszczyk, A., Anna, K., Tomasz, Z., Chycki, J., Adam, M., & Internationals, O. (2018). Anaerobic Performance and Acid-Base Balance in Basketball Players after the Consumption of Highly Alkaline Water. , 5, 134-139. https://doi.org/10.15436/2377-0619.18.1754. Diakses pada Oktober 10, 2024.
  4. Chycki, J., Zając, T., Maszczyk, A., & Kurylas, A. (2017). The effect of mineral-based alkaline water on hydration status and the metabolic response to short-term anaerobic exercise. Biology of Sport, 34, 255 – 261. https://doi.org/10.5114/biolsport.2017.66003. Diakses pada Oktober 10, 2024.
  5. Chen, J., Xu, Y., Kang, J., Zhao, B., Dai, X., Qiu, B., & Li, J. (2022). Effects of alkaline mineral complex water supplementation on growth performance, inflammatory response and intestinal barrier function in weaned piglets.. Journal of animal science. https://doi.org/10.1093/jas/skac251. Diakses pada Oktober 10, 2024.
  6. Ignacio, R., Joo, K., & Lee, K. (2020). Clinical effect and mechanism of alkaline reduced water. Journal of Food and Drug Analysis, 20, 394-397. https://doi.org/10.38212/2224-6614.2099. Diakses pada Oktober 10, 2024.
  7. Rias, Y., Kurniawan, A., Chang, C., Gordon, C., & Tsai, H. (2020). Synergistic Effects of Regular Walking and Alkaline Electrolyzed Water on Decreasing Inflammation and Oxidative Stress, and Increasing Quality of Life in Individuals with Type 2 Diabetes: A Community Based Randomized Controlled Trial. Antioxidants, 9. https://doi.org/10.3390/antiox9100946. Diakses pada Oktober 10, 2024.
  8. Reyes, F., Mamaril, A., Matias, T., Tronco, M., Samson, G., Javier, N., Fadriquela, A., Antonio, J., & Sajo, M. (2021). The Search for the Elixir of Life: On the Therapeutic Potential of Alkaline Reduced Water in Metabolic Syndromes. Processes. https://doi.org/10.3390/pr9111876. Diakses pada Oktober 10, 2024.
  9. Rubik, B. (2011). Studies and observations on the health effects of drinking electrolyzed-reduced alkaline water. , 153, 317-327. https://doi.org/10.2495/WS110291. Diakses pada Oktober 10, 2024.
  10. Trinh, T., Fadriquela, A., Bajgai, J., Sharma, S., Rahman, M., Goh, S., Khang, S., Khang, W., Kim, C., & Lee, K. (2021). Anti-Oxidative Effect of Weak Alkaline Reduced Water in RAW 264.7 Murine Macrophage Cells. Processes. https://doi.org/10.3390/pr9112062. Diakses pada Oktober 10, 2024.
  11. Hives. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8630-hives#management-and-treatment. Diakses pada Oktober 10, 2024.

Versi Terbaru

19/11/2024

Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Deodoran Punca Kulit Ketiak Gelap? Ini 5 Mitos Mengenai Ketiak Hitam!

Kenapa Badan Selalu Naik Bisul? Ini 6 Punca Bisul Sebenarnya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 5 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan