backup og meta

Pakai Sunscreen Tetapi Mengapa Kulit Masih Gelap? Ini 7 Kesalahan Sapu Pelindung Matahari!

Pakai Sunscreen Tetapi Mengapa Kulit Masih Gelap? Ini 7 Kesalahan Sapu Pelindung Matahari!

Dalam usaha untuk mengelakkan kulit terbakar dan terkesan dek panas cahaya matahari, anda wajar menggunakan pelindung matahari terutama ketika berada di luar rumah. Namun, jangan salah cara pakai sunscreen!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa yang dimaksudkan dengan sunscreen?

Sunscreen, sun cream atau sun block sebenarnya merujuk kepada satu benda yang sama iaitu pelindung matahari. Ia digunakan di atas permukaan kulit individu bagi melindunginya daripada bahaya sinaran ultra ungu.

Seperti ramai sedia maklum, paparan sinaran UVA atau UVB daripada cahaya matahari mampu merosakkan kulit dan mengakibatkan pelbagai masalah pada organ terbesar ini termasuk meningkatkan risiko kanser.

Walaupun dengan pemakaian suncreen, ia tidak dapat menjamin perlindungan seratus peratus terhadap kulit individu terutama jika digunakan dengan cara yang kurang tepat sekali gus membuatkan ia kurang berkesan.

Jadi, anda kena tahu kaedah, langkah, teknik dan waktu pemakaian sunscreen yang betul agar ia dapat membantu!

cara pakai sunscreen

Ramai yang salah dalam cara pakai sunscreen!

Malangnya, persoalan mudah seperti anda kena pakai sunscreen berapa kali sehari pun masih ramai yang belum tahu. Jika anda hanya pakai produk ini apabila hendak keluar rumah, ia mungkin masih tidak cukup.

Dalam pada itu, ada beberapa lagi kesilapan cara pakai sunscreen yang juga sudah jadi kelaziman seperti berikut:

#1. Tidak membaca label produk dengan betul

Pertama, majoriti individu mungkin kurang teliti dalam membaca label kerana menyangka kesemua produk pelindung matahari itu adalah sama sahaja. Tidak, ia berbeza bergantung kepada keperluan masing-masing.

Perkara paling penting yang anda perlu perhatikan dan pertimbangkan adalah kadar nilai SPF. Semakin tinggi nilai ini, maka tahap perlindungan juga semakin tinggi. Namun, bukan semua individu sesuai memakainya.

Contohnya jika anda memiliki jenis kulit kering, anda tidak boleh menggunakan terlalu tinggi kadar nilai SPF atau akan berlaku kesan buruk!

#2. Menggunakan sunscreen ketika cuaca panas

Memang benar nama produk ini pelindung matahari, tetapi bukan bermakna anda hanya perlu menggunakan ia ketika cuaca panas sahaja. Individu perlu menggunakannya sebelum keluar rumah lagi, sebaik-baiknya selepas mandi.

Sebenarnya, waktu pemakaian sunscreen yang betul adalah 15 minit sebelum keluar rumah agar ia dapat menyerap.

cara pakai sunscreen

#3. Menggunakan sunscreen pada kuantiti sedikit

Tidak ada pelindung matahari yang mampu melindungi kulit daripada ultra ungu sebanyak seratus peratus. Ia angkara produk ini berisiko untuk luntur atau hilang di saat anda sedang berpeluh atau kulit terkena air.

Sebaiknya, sapu sunscreen pada kuantiti yang ideal dan meliputi seluruh tubuh badan terutama bahagian yang terdedah.

#4. Menghindari bahagian tubuh badan tertentu

Ramai yang mungkin sangka pelindung matahari hanya penting untuk muka dan tangan sahaja. Padahal, kalian turut perlu mementingkan bahagian tubuh badan lain meskipun ia mungkin tertutup dengan pakaian.

Antara bahagian tubuh yang sering kali diabaikan adalah kawasan belakang telinga, leher, dada, kaki dan lain-lain. Pun begitu, tolong elakkan daripada gunakan sunscreen pada bibir kerana lip balm adalah alternatif yang lebih sesuai.

#5. Mencampurkannya dengan produk kosmetik lain

Logiknya, individu mungkin akan menggunakannya bersama dengan produk kosmetik lain seperti pencuci atau pelembap namun ia bukan cara pakai sunscreen yang betul. Penggunaan mekap dan pelindung matahari perlu dipisahkan!

Jika anda masih mahu menggunakan kedua-duanya, boleh! Pun begitu, pastikan anda sapukan ia secara berasingan, satu persatu supaya sapuan boleh menyerap.

cara pakai sunscreen

#6. Menggunakan suncreen yang tamat tempoh

Usah kalian fikir bahawa makanan sahaja yang ada tempoh baik ya? Pelindung matahari juga ada! Umumnya, produk-produk di pasaran mungkin hanya boleh bertahan dan berkesan dengan baik selama 3 tahun sahaja.

Berbalik kepada kesilapan pertama, individu wajar membaca label produk itu dengan teliti sebelum pakai sunscreen.

#7. Beranggapan ia beri perlindungan seratus peratus

Kesalahan cara pakai sunscreen yang terakhir adalah majoriti individu beranggapan bahawa ia akan memberikan suatu perlindungan seratus peratus dengan sekali pemakaian. Tidak, ia anggapan yang salah!

Hakikatnya, anda masih perlu mengelakkan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama dan terlampau banyak kerana ia masih berisiko untuk menembusi lalu merosakkan sel-sel kulit yang terkena UV.

Konklusinya, individu kena tahu cara pakai sunscreen yang betul agar kulit tidak gelap dan rosak gara-gara dek paparan sinaran UVA dan UVB. Untuk lebih pasti tentangnya, dapatkan informasi dan nasihat daripada pakar dermatologi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Common Sunscreen Mistakes, https://www.news-medical.net/health/Common-Sunscreen-Mistakes.aspx, Accessed Mar 9 2023.
  2. 5 Common Sunscreen Mistakes — And How To Avoid Them, https://www.aad.org/public/everyday-care/sun-protection/shade-clothing-sunscreen/common-sunscreen-mistakes, Accessed Mar 9 2023.
  3. The biggest sunscreen mistakes you are making, https://www.eehealth.org/blog/2017/05/the-biggest-sunscreen-mistakes-you-are-making/, Accessed Mar 9 2023.
  4. 10 Common Mistakes When Applying Sunscreen, https://www.ewg.org/news-insights/news/10-common-mistakes-when-applying-sunscreen, Accessed Mar 9 2023.
  5. Don’t Get Burned by These 8 Sunscreen Mistakes, https://www.michiganmedicine.org/health-lab/dont-get-burned-these-8-sunscreen-mistakes, Accessed Mar 9 2023.

Versi Terbaru

18/08/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ada Bisul Di Badan? Jangan Picit! Ini Cara Hilangkan Tanpa Tinggal Parut

5 Petua Hilangkan Jeragat Dengan Baking Soda, Jom Cuba!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan