backup og meta

WOW! Pakaian Pun Ada Perlindungan Matahari? Boleh Pakai Masa Keluar Rumah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 16/06/2021

    WOW! Pakaian Pun Ada Perlindungan Matahari? Boleh Pakai Masa Keluar Rumah!

    Pemakaian sunblock sudah kita ketahui adalah penting untuk mendapatkan perlindungan daripada sinar UV. Tetapi bagaimana pula dengan pakaian? Adakah ia juga menawarkan perlindungan matahari?

    Pakaian juga mempunyai fungsi yang sama penting dengan krim tabir suria dalam menghalang anggota tubuh terdedah kepada bahaya sinar UV.

    Berlainan dengan SPF yang terkandung dalam produk pelindung matahari, Ultraviolet Protection Factor (UPF) adalah istilah yang digunakan dalam menilai faktor perlindungan UV bagi pakaian.

    Artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai faktor perlindungan matahari yang diperolehi daripada pakaian, jadi teruskan membaca ya!

    Memahami UPF

    UPF menunjukkan berapa banyak sinaran UV (UVB dan UVA) yang membolehkan fabrik menembusi kulit.

    Sebagai contoh, kain UPF 50 menyekat sebanyak 98% sinar matahari dan membolehkan 2% daripadanya menembusi fabrik, sehingga mengurangkan risiko pendedahan terhadap UV dengan ketara.

    Tahukah anda, sebilangan besar kemeja yang diperbuat daripada material kapas memberi anda nilai perlindungan hanya kira-kira UPF 5?

    Sebilangan besar kain yang kita pakai adalah tenunan longgar yang membenarkan cahaya menembusi fabrik dan sampai ke kulit.

    Dengan pakaian yang dilindungi UPF, tenunannya adalah berbeza dan sering kali dibuat daripada kain khas untuk membantu membentuk penghalang terhadap sinar matahari.

    Manakala, cahaya UV dapat menembusi lubang mikro pada fabrik pakaian yang biasa atau bahkan boleh bergerak langsung melalui baju berwarna terang.

    Apa itu pakaian pelindung matahari?

    pakaian pelindung matahari

    Pakaian pelindung matahari adalah pakaian yang direka khas untuk menyaring sinar ultraviolet.

    Walaupun secara teknikal, semua pakaian dapat memberikan perlindungan daripada sinar UV, namun pakaian pelindung sinar matahari dengan UPF memberikan perlindungan yang lebih kuat.

    Sama seperti kandungan SPF pada produk kulit tabir suria, angka untuk pakaian UPF juga boleh berubah-ubah, dalam lingkungan antara 15 sehingga 50.

    Pun begitu, pakar menjelaskan bilangannya tidak berfungsi dengan cara yang sama seperti SPF.

    Sebagai contoh, UPF 50 akan hanya membenarkan 1/50 (2%) sinar UV untuk tembus, sementara t-shirt putih biasa hanya memberikan UPF 5 hingga 8.

    Sebilangan pakaian pelindung UV mempunyai penilaian berdasarkan faktor-faktor seperti ketumpatan dan struktur serat, seperti jumlah benang per inci, sementara item lain dirawat terlebih dahulu dengan bahan penyekat UV.

    Walaupun mempunyai fungsi yang sama, pemakaian baju pelindung matahari tidak membolehkan anda untuk tidak memakai krim tabir suria.

    Pakaian pelindung matahari lebih baik daripada sunblock?

    Anda mungkin beranggapan memakai baju pelindung UV adalah lebih senang berbanding pemakaian krim tabir suria yang perlu disapu beberapa kali setiap jam, yang mungkin dirasakan renyah.

    Namun, pemakaian sunblock masih wajib kerana baju pelindung matahari tidak akan dapat menutupi semua anggota tubuh yang terdedah seperti wajah, leher serta tangan.

    Justeru, dengan gabungan kedua-dua jenis pelindung dalam bentuk pakaian dan produk akan dapat memberikan perlindungan maksimum!

    Bagi menjawab persoalan sama ada pakaian ini benar-benar berfungsi sebagai pelindung matahari, jawapannya adalah ya!

    Dengan pemilihan jenis fabrik dan warna yang tepat, ia dapat memberikan anda pelindungan tambahan di samping pemakaian krim tabir suria.

    Bagaimana pula dengan daya ketahanan dan kitaran pemakaian pelindung matahari tersebut?

    Pakar menyatakan sama seperti fabrik lain, pakaian penghalang UV ini dijangka mampu bertahan antara 2 sehingga 3 tahun dan kualitinya akan mula merosot dengan penggunaan yang kerap.

    Tip memilih pakaian pelindung matahari

    pakaian pelindung matahari

    Ya, pakaian mampu melindungi anda daripada sinar matahari, tetapi tidak semua jenis fabrik dan warna dapat memberikan perlindungan yang sama.

    Nasib baik, anda mempunyai banyak pilihan di pasaran. Jika ingin membeli pakaian yang dapat melindungi anda daripada sinar bahaya UV dengan berkesan, ingatlah faktor-faktor ini:

    • Warna: Warna gelap atau terang menghalang sinar UV menyentuh kulit anda dengan menyerapnya berbanding membiarkannya menembusi kulit. Warna gelap menawarkan perlindungan yang lebih baik daripada pakaian berwarna cerah
    • Proses pembuatan: Fabrik tenunan yang padat, seperti denim, kanvas, bulu atau gentian sintetik, dapat lebih melindungi kulit berbanding fabrik yang tipis atau longgar. Kenal pasti sama ada fabrik pakaian jarang atau nipis dengan cara memeriksanya di bawah cahaya terang. Sekiranya anda dapat melihat cahaya menembusinya, maka sinaran UV juga pasti bakal dapat menembusi kain dengan mudah dan sampai ke kulit anda
    • Kandungan: Komposisi kain adalah sangat penting. Unbleached cotton mengandungi lignin semula jadi yang bertindak sebagai penyerap UV. Poliester berkilat dan bahkan sutera satin ringan juga boleh melindungi kerana ia memantulkan sinaran. Kain berteknologi tinggi yang dirawat dengan penyerap atau pewarna kimia UV turut menghalang penembusan sinar UV
    • Fitting: Pakaian yang longgar lebih sesuai. Ini kerana pakaian yang ketat akan meregang dan mengurangkan tahap perlindungan yang ditawarkan, serat saling menarik antara satu sama lain dan membiarkan lebih banyak cahaya UV untuk tembus
    • UPF: Sebilangan pembuat pakaian menyediakan label UPF, yang menunjukkan dengan tepat berapa banyak sinar matahari yang dapat dilindungi oleh pakaian tersebut
    • Coverage: Semakin banyak kulit anda ditutup pakaian, semakin baik perlindungan yang diperolehi. Justeru, pilih kemeja, seluar atau skirt yang panjang
    • Aktiviti: Tanpa mengira nilai UPF, jika pakaian anda diregangkan atau basah, ia akan kehilangan sebahagian daripada kemampuan pelindungnya dan akan menjadi lebih telus, menyebabkan kulit anda lebih terdedah terhadap sinar UV

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 16/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan