Anda perasan ada bisul muncul di tubuh tetapi anda tidak tahu apakah puncanya. Kata orang, bisul di punggung terjadi sebab duduk di atas bantal. Tetapi, sejauh manakah kebenaran dan cara menghilangkan bisul tersebut?
Anda pasti?
Anda perasan ada bisul muncul di tubuh tetapi anda tidak tahu apakah puncanya. Kata orang, bisul di punggung terjadi sebab duduk di atas bantal. Tetapi, sejauh manakah kebenaran dan cara menghilangkan bisul tersebut?
Ada yang menasihatkan agar mencungkil ‘mata’ bisul tersebut dan keluarkan nanah jika ingin merawatnya. Namun, adakah ini cara menghilangkan bisul yang benar-benar tepat?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan kulit, anda boleh klik di sini.
Dalam terma bahasa Inggeris, bisul disebut sebagai ‘boil’ atau ‘furuncle’. Bisul terbentuk disebabkan oleh jangkitan bakteria pada kawasan folikel rambut dan juga tisu di sekitarnya.
Ia lebih kerap berlaku di bahagian rambut kepala tetapi ia juga boleh berlaku di kawasan tubuh lain yang turut mempunyai rerambut.
Ini termasuklah di kawasan ketiak, punggung, leher, muka dan paha. Bisul juga dikatakan boleh terbentuk di kawasan punggung.
Apabila folikel rambut ini dijangkiti bakteria, ia akan mengalami keradangan. Biasanya, kawasan bisul akan mempunyai sedikit benjolan berwarna merah.
Setelah itu, ia akan dipenuhi dengan nanah dan menjadi semakin besar.
Semakin besar saiz bisul tersebut, maka anda akan berasa semakin sakit sehinggalah bisul pecah dan mengeluarkan lendiran di dalamnya.
Jjadi, bagaimanakah cara menghilangkan bisul ini?
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, punca bisul terbentuk adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria. Jenis bakteria yang biasa menyebabkan bisul ialah Staphylococcus aureus atau ringkasnya S. aureus.
Memandangkan bakteria ini dianggap sebagai bendasing oleh sistem imun tubuh, maka sistem imun akan bertindak melawan kemasukan bakteria S. aureus.
Disebabkan serangan daripada sistem imun ini maka bisul terbentuk pada kulit anda. Ia sebenarnya adalah sel-sel darah putih yang mati melawan serangan bakteria tersebut.
Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.
Lelaki
Wanita
Bisul akan biasa terbentuk pada kawasan yang mudah berpeluh atau mudah bergeser kerana di situ terdapatnya luka kecil atau calar akibat geseran yang berlaku. Sebab itulah bisul mudah terbentuk di kawasan punggung.
Antara tanda atau simptom tumbuh bisul ialah:
Semua individu berisiko untuk mendapat benjolan ini, namun bisul lebih mudah berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah atau menghidap sebarang keadaaan kesihatan yang memperlambatkan kesembuhan luka pada tubuh.
Sebagai contoh, penghidap penyakit diabetes atau ekzema mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan bisul.
Selain itu, mereka yang berhubungan dengan mereka yang dijangkiti benjolan ini turut berisiko untuk mendapat jangkitan bisul yang sama.
Kebiasaannya, bisul yang dialami akan pecah dan membaik dengan sendiri dalam tempoh masa 2 minggu.
Bagi bisul yang masih tidak pecah, anda disaran untuk menggunakan beberapa kaedah yang akan menggalakkan bisul tersebut untuk pecah dan sembuh.
Salah satu cara menghilangkan bisul adalah melalui penggunaan kompres hangat (warm compresses) yang akan membantu mempercepatkan bisul anda untuk ‘masak’.
Antara contoh kompres hangat adalah dengan menggunakan kain tuala yang direndam dengan air suam.
Selain itu, anda juga perlu mencuci tangan dan kawasan punca bisul tersebut dengan menggunakan sabun antibakteria bagi mengelakkan penyebaran jangkitan ke kawasan lain.
Namun, jika bisul yang wujud itu masih tidak pecah dan berasa sakit lebih dari 2 minggu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Bagi cara menghilangkan bisul yang dilakukan oleh doktor, anda mungkin akan diberikan ubat antibiotik dan juga sedikit pembedahan kecil bagi mengeluarkan nanah pada bisul tersebut.
Jangan sesekali memicit, mencucuk atau memotong bisul anda di rumah kerana ia hanya akan membuatkan bisul menjadi semakin parah.
Selain itu, anda juga mungkin akan mendapat parut yang agak besar jika prosedur tersebut dilakukan secara bersendirian.
Berjumpa sahaja dengan doktor yang akan membantu anda memecahkan bisul tersebut dengan menggunakan peralatan yang telah disterilkan. Ini merupakan cara yang terbaik dan selamat untuk hilangkan bisul tersebut.
Kini anda telah tahu cara menghilangkan bisul.
Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Boils. https://ufhealth.org/boils. Accessed on June 10, 2020.
Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA). https://www.cdc.gov/mrsa/. Accessed on June 10, 2020.
Boils and carbuncles. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/boils-and-carbuncles/symptoms-causes/syc-20353770. Accessed on June 10, 2020.
Boils. https://www.nhs.uk/conditions/boils/. Accessed on June 10, 2020.
Boil. https://dermnetnz.org/topics/boil. Accessed on June 10, 2020.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen