Pernahkah kalian mengalami situasi di mana bibir bengkak secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda amaran? Ia bukan sahaja akan menjengkelkan, malah turut menjejaskan dan menjatuhkan keyakinan diri individu!
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Pernahkah kalian mengalami situasi di mana bibir bengkak secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda amaran? Ia bukan sahaja akan menjengkelkan, malah turut menjejaskan dan menjatuhkan keyakinan diri individu!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Siapa sahaja yang tidak terkejut kalau bibir bengkak dengan tiba-tiba sahaja bukan? Situasi tersebut sudah tentu akan membuat individu rasa cemas dan takut apabila memandang wajah di depan cermin.
Di dalam dunia perubatan, pembengkakan pada bibir tidak mungkin muncul dengan begitu sahaja melainkan jika ada masalah yang bakal melibatkan perubahan struktur kulit di bahagian oral itu.
Kebiasaannya, bibir akan mula membengkak dan membesar ketika ada kerengsaan, keradangan atau kehadiran cecair dengan kuantiti sedikit berlebihan di dalam bahagian oral yang paling luar ini.
Masalah ini bukan cuma membawa perubahan pada aspek penampilan bibir bahkan juga memicu rasa gatal, sakit dan tidak selesa. Persoalannya, apa pula punca sebenar di sebalik masalah bibir bengkak?
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, pembengkakan tiba-tiba pada bibir itu tidak normal melainkan kalau betul ada terjadi apa-apa masalah yang melibatkan struktur kulit di bahagian terbabit.
Walaupun ia mungkin nampak tidak begitu serius, individu masih perlu tahu punca masalah ini agar ia tidak berlaku serta berulang kepada anda. Jadi, apa dia punca yang membuat bibir anda membengkak?
Pertama dan paling umum, kebengkakan bibir mungkin dipicu oleh reaksi daripada sistem imunisasi tubuh badan di mana ia dicetus gara-gara pengeluaran zat kimia (histamin) yang mungkin berlebihan.
Ada beberapa jenis alergen yang boleh menyebabkan masalah reaksi alergi berlaku, berikut adalah antara contohnya:
Perkara lain yang anda perlu tahu, alergen di atas juga tidak perlu terdedah secara terus kepada bibir untuk mencetuskan reaksi alergi. Ini kerana jika ia tersentuh di tempat lain juga akan turut menyebabkan perkara yang sama!
Kedua, kecederaan di dalam bentuk luka atau lebam pada bibir anda juga akan mengakibatkan kebengkakan ekoran ia merupakan antara kawasan yang penuh dengan aliran serta saluran darah.
Disebabkan itu pula, anda harus segera merawat bibir yang cedera dengan kompres dingin sebelum ia membengkak.
Ketiga, kekeringan akan menyebabkan bibir kurang mendapatkan kelembapan yang cukup, sekali gus mengakibatkan masalah mata ikan atau ulser. Kesannya, kuman lebih mudah masuk lalu menyerang bibir individu.
Bagi mengelakkan kemasukan kuman serta kebengkakan bibir, gunakan produk seperti jeli petroleum atau lain-lain.
Merupakan kondisi di mana individu mengalami pembengkakan di bawah kulit akibat pelbagai faktor risiko, ia kerap menyerang kawasan bibir sekali gus membuat ia nampak membesar dan membengkak.
Walaupun ia tidak berbahaya dan boleh hilang dalam 1 ke 2 hari tanpa meninggalkan kesan, tetapi gejala seperti kegatalan dan kesakitan sudah tentu akan menjejaskan kehidupan penderita Angioedema.
Sekiranya bibir anda sudah membengkak dan membesar, usah bimbang kerana kami ada beberapa cara mudah dan cepat yang anda boleh lakukan dalam usaha untuk hilangkan masalah ini seperti berikut:
Kadangkala, cara-cara di atas ini turut mungkin tidak mampu menyelesaikan masalah anda ekoran pembengkakan itu sudah berada di tahap yang serius. Justeru, segera jumpa doktor untuk maklumat dan nasihat lebih lanjut.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen