backup og meta

Apakah Maksud Kulit Yang Sihat & Cantik? Ini Rahsia Untuk Mendapatkannya!

Apakah Maksud Kulit Yang Sihat & Cantik? Ini Rahsia Untuk Mendapatkannya!

Kulit yang sihat dan berseri mencerminkan kesihatan yang baik. Dan tidak sukar sebenarnya untuk anda memiliki kulit idaman! Apa yang paling penting adalah anda perlu memahami pengetahuan umum tentang penjagaan kulit muka dan mengamalkannya dengan kerap dalam rutin harian anda. 

Dalam mengupas erti kulit yang sihat, banyak aspek harus diambil kira seperti pemakanan, penjagaan kulit, penghidratan dan semestinya kondisi kesihatan yang mungkin anda alami. 

Oleh itu, artikel ini akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai fungsi, jenis dan kondisi kulit yang sering berlaku dan penjagaan kulit muka yang disarankan pakar untuk mendapatkan kulit yang sihat

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Apakah Fungsi Kulit? 

Sebelum anda mendalami dengan lebih lanjut apa ertinya kulit yang sihat, mari kita fahami dahulu kepentingan fungsi kulit1 terhadap kesihatan: 

  • Kulit berfungsi sebagai benteng pertahanan pertama menentang patogen seperti virus dan bakteria. 
  • Ia melindungi tubuh daripada trauma fizikal dengan menyerap unsur kejutan. 
  • Kulit berfungsi meregulasi suhu badan. Peluh adalah salah satu cara menyejukkan badan apabila berada di persekitaran yang panas. 
  • Bertindak melindungi tubuh daripada sinar UV berbahaya 
  • Membantu mengenal pasti suhu, tekstur, kesakitan dan lain-lain. 
  • Ia menghasilkan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang sihat. 

Kenali 5 Jenis Kulit Ini & Produk Yang Bersesuaian Dengannya

Kulit yang sihat

Kenali 5 jenis-jenis kulit2 yang berbeza ini untuk memahami maksud di sebalik kondisi kulit yang sihat.

#1 Kulit Berminyak 

Jika anda mempunyai kulit yang berminyak, ini bermakna kelenjar minyak di dalam kulit anda bertindak lebih aktif daripada sepatutnya. Salah satu cara mudah untuk mengenalpasti kulit berminyak adalah dengan melihat jika ada lapisan minyak nipis yang akan kelihatan di permukaan kulit sepanjang hari. 

Tambahan pula, individu dengan kulit berminyak juga cenderung mempunyai liang pori yang lebih besar dan sering mengalami masalah kulit seperti jerawat atau bintik hitam3.

Baca juga:

#2 Kulit Kering

kulit yang sihat 

Kulit kusam antara tanda kulit kering yang disebabkan oleh sel kulit mati yang meliputi permukaan kulit. Malah, golongan kulit kering juga cenderung mempunyai liang roma kecil yang hampir tidak kelihatan. 

Bukan itu sahaja, kulit yang kering juga sering terasa tegang dan cenderung mengalami iritasi. Tetapi usah khuatir, antara regimen penjagaan kulit muka yang terbaik untuk mengatasi masalah kulit kering adalah penggunaan pelembap muka yang tepat4. 

#3 Kulit Kombinasi 

Pakar mendefinisikan kulit jenis kombinasi sebagai sebahagian daripada kulit wajah yang kering, manakala sebahagian lagi adalah berminyak. Sebagai contoh, bahagian kulit di kawasan pipi kelihatan kering, namun dahi dan hidung kelihatan berminyak. 

Keadaan kulit ini juga boleh jadi berminyak ketika musim panas dan menjadi kering ketika musim sejuk.

#4 Kulit Sensitif

Untuk pengetahuan anda, golongan yang berkulit sensitif cenderung mengalami masalah keradangan. Disebabkan itu, mereka harus menggunakan produk yang lembut memandangkan kulit sensitif mudah mengalami kemerahan dan kerengsaan5

#5 Normal

Berbeza dengan jenis-jenis kulit lain, sesetengah pakar dermatologi berpendapat bahawa sebenarnya tiada definisi perubatan untuk kulit normal.

Apa maksudnya? Maksudnya, jenis-jenis kulit ini boleh jadi berbeza-beza mengikut individu. Di samping itu, kulit beberapa individu juga mampu bertahan dengan lebih banyak anasir luar yang mengotorkan, tanpa bertindak balas secara berlebihan. 

Walau bagaimanapun, penjagaan kulit muka bagi semua jenis kulit yang dinyatakan di atas ini tidaklah perlu serumit yang disangka. Ini kerana secara amnya, terdapat urutan yang ideal untuk mendapatkan kulit yang sihat lagi berseri.  Untuk memastikan kulit wajah anda sentiasa sihat dan bersih, jangan lupa untuk melakukan regimen penjagaan kulit wajah asas yang lengkap. 

Tiga langkah rutin penjagaan kulit muka asas yang harus diamalkan oleh semua individu adalah mencuci dengan pembersih muka, memakai pelembap wajah dan menggunakan pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF 30 pada waktu siang.

Ayuh kita lihat dengan teliti langkah-langkah rutin penjagaan ini:

Langkah Pertama:

Skin Cleanser 

Pencuci muka terbaik bukan sahaja dapat mengembalikan kelembapan kulit, malah juga membantu membersih tanpa menanggalkan minyak semula jadi kulit. Kulit yang sihat memerlukan pencuci muka yang tepat!

Tetapi bagaimana ingin memastikan jenis pencuci muka yang dipilih itu mampu mengembalikan kelembapan kulit? Jawapannya dengan memilih penjagaan kulit yang diyakini keberkesannya, serta sesuai untuk kegunaan semua jenis kulit.

Gunakan Skin Cleanser atau pencuci muka yang tangkas dalam membersih dan menanggalkan kekotoran, minyak dan segala bendasing yang terlekat pada kulit muka sambil menghidrat secara aktif, tanpa menghakis pelindung semula jadi kulit. 

Langkah Kedua: 

Moisturising Cream 

Regimen penjagaan muka yang lengkap dan terbukti berkesan tidak melupakan kepentingan pelembap wajah dalam mengunci kelembapan di dalam kulit untuk kulit yang lebih sihat.

Berita baiknya, Moisturising Cream bukan sahaja boleh bertindak sebagai pelembap wajah, malah ia juga boleh digunakan untuk badan! Ini terbukti amat bersesuaian untuk digunakan seisi keluarga dan semua jenis kulit. 

Gunakan Moisturising Cream yang mengandungi emolien dan humektan. Produk seperti ini boleh memastikan kulit mendapat hidrasi yang berpanjangan, malah membantu kulit menjadi lebih halus, lembut dan sihat. 

Langkah Ketiga:

Sunblock Dengan SPF 50+          

Langkah terakhir yang harus disertakan dalam regimen penjagaan muka harian adalah penyapuan losyen pelindung matahari. Sunblock dengan SPF 50+ adalah pilihan tepat untuk memberi perlindungan menyeluruh terhadap sinaran UV. 

Produk jenis ini juga ada yang dapat membantu mencegah pigmentasi kulit dan penuaan kulit pramatang.

Semoga penerangan ini dapat membantu para pembaca di Hello Doktor memiliki kulit yang sihat. 

Teruskan pembacaan tentang penjagaan kulit badan dan wajah yang tepat di laman web Hello Doktor.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Principles of dermatological practice:  https://dermnetnz.org/cme/principles/functions-of-the-skin. Accessed on May 14, 2022. 
  2. Jenis-Jenis Kulit Wajah Dan Cara Merawatnya: https://www.academia.edu/42691916/Jenis_-_Jenis_Kulit_Wajah_Da n _ Cara_Merawatnya?auto=download Accessed on May 14, 2022. 
  3. Acne.https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/symptoms-causes/syc-20368047#:~:text=Acne%20is%20a%20skin%20condition,affect%20s%%2020people%20of%20all%20age. Accessed on May 14, 2022.
  4. The Importance of Moisturizing: https://www.utmedicalcenter.org/the-importance-of-moisturizing/ Accessed on May 14, 2022.
  5. Understanding the Ingredients in Skin Care Products. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/10980-understanding-the-ingredients-in-skin-care-products. Accessed on May 14, 2022.

Versi Terbaru

16/08/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Hati-Hati Kalau Nak Ambil Pil Jerawat Ini, Kena Tahu Kesan Sampingannya Dahulu!

Perempuan Ada Misai, Banyak Bulu: Ini Sebab Hormon Testosteron Tinggi, Apa Puncanya?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 16/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan