backup og meta

Kaum Adam Nak Jaga Kulit Muka? Mudah Je La, Tapi Kena Kenal Jenis Kulit Dulu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 21/02/2023

    Kaum Adam Nak Jaga Kulit Muka? Mudah Je La, Tapi Kena Kenal Jenis Kulit Dulu!

    Kulit setiap individu adalah berbeza-beza baik lelaki mahupun wanita. Rutin penjagaan kulit muka lelaki dan wanita harus disesuaikan mengikut masalah dan jenis kulit.

    Kulit lelaki biasanya lebih berminyak, berbulu, dan tebal. Oleh itu, rutin penjagaan kulit muka lelaki haruslah dipilih berlatarkan keperluan kulit seseorang individu.

    Selain itu, kaum Adam lebih cenderung untuk mengalami masalah kulit seperti jerawat, mungkin kerana kekurangan pengetahuan dalam pemilihan produk muka yang bersesuaian dan jenis kulit yang dimiliki.

    Justeru, artikel ini akan menerangkan cara-cara penjagaan wajah yang bersesuaian mengikut jenis kulit dan cara memilih produk dengan betul bagi pembaca lelaki di luar sana.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda juga boleh klik di sini.

    Sebelum tahu cara penjagaan kulit muka lelaki, kenal jenis kulit!

    Kulit setiap individu adalah berbeza dan memerlukan jenis serta tahap penjagaan wajah yang berlainan.

    Menurut American Academy of Dermatology (AAD), terdapat 5 jenis kulit:

    • Kulit normal: Bebas cela dan minyak, tidak sensitif terhadap produk yang mengandungi pewarna atau pewangi tiruan
    • Kulit berminyak: Muka sering kelihatan berminyak dan berkilat
    • Kulit kering: Kulit boleh terasa kasar, kering atau sering mengelupas
    • Kulit gabungan (combination): Kulit kawasan T-zone yang berminyak, manakala bahagian lain lebih kering
    • Kulit sensitif: Kerengsaan senang berlaku akibat pemakaian produk tidak bersesuaian. Kulit cenderung menjadi gatal atau sensasi seakan terbakar

    penjagaan kulit muka lelaki

    Rutin penjagaan kulit muka lelaki

    Untuk menjaga kulit dengan betul, setiap individu termasuk golongan lelaki harus mengikuti rutin asas penjagaan wajah ini:

    AAD turut mengesyorkan agar setiap orang memilih produk muka berdasarkan jenis kulit masing-masing.

    Selain itu, pemilihan produk yang lembut dan selamat seperti menggunakan produk yang bebas minyak dan bukan komedogenik amat disarankan.

    Produk muka bersifat bukan komedogenik secara umumnya tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat yang boleh membuat masalah jerawat.

    Rutin untuk penjagaan kulit wajah berminyak atau berjerawat

    Individu kulit berminyak cenderung untuk mempunyai masalah jerawat jika tidak mengamalkan cara melicinkan kulit muka lelaki yang betul.

    penjagaan kulit muka lelaki

    Mereka yang mempunyai kulit jenis ini harus mencari produk bebas minyak yang tidak akan menyumbat liang pori.

    Selain itu, pastikan untuk sentiasa melembapkan muka dengan memakai pelembap yang khusus buat kulit berminyak untuk membantu mengelakkan pengeluaran minyak berlebihan.

    Usah takut untuk memakai pelembap walaupun kulit anda sudah berminyak, kerana sebenarnya kulit cenderung untuk mengeluarkan minyak dan sebum secara berlebihan sekiranya anda tidak memakai pelembap muka.

    Bagi individu yang mengalami masalah kulit berjerawat pula, anda boleh menambah produk-produk ubat anti jerawat pada rutin penjagaan kulit muka lelaki.

    Pakar juga mengesyorkan untuk mengambil langkah-langkah berikut bagi merawat kulit yang berjerawat:

    Rutin untuk kulit kering atau sensitif

    Individu yang mempunyai kulit sensitif harus sentiasa berhati-hati dengan produk kulit yang mereka gunakan, kerana produk yang tidak bersesuaian mampu merengsakan kondisi kulit.

    Kebanyakan produk di pasaran mengandungi pewarna tiruan, pewangi, atau bahan-bahan lain yang boleh merengsakan kulit.

    Bagi golongan berkulit kering, mereka harus memastikan untuk melembapkan kulit secara berkala.

    Mereka juga mungkin ingin melakukan langkah-langkah tambahan, seperti:

    • Elak penggunaan air panas semasa mencuci muka
    • Elakkan sabun yang mengeringkan
    • Menepuk kulit sehingga kering, jangan lap secara kasar
    • Menggunakan pelembap setelah usai mencuci muka
    • Minum banyak air

    penjagaan kulit muka lelaki

    Rutin untuk kulit jenis kombinasi

    Mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi mungkin mengalami kesukaran dalam mencari produk yang bersesuaian kerana sebahagian wajah berkulit kering, manakala sebahagian lagi berminyak.

    Justeru, apa yang boleh dilakukan adalah dengan mencuba kedua-dua rutin penjagaan kulit muka lelaki bagi kulit kering dan berminyak.

    Kemudian, perhatikan rutin mana yang paling sesuai dengan kondisi kulit anda, dan kekal dengan rutin penjagaan wajah tersebut.

    Rutin untuk kulit lelaki yang matang

    Pakar mengesyorkan mereka yang lebih berusia untuk mengambil langkah tambahan dalam rutin mereka bagi membantu mengurangkan kesan-kesan penuaan. Ia turut merangkumi:

    • Menggunakan pelembap wajah
    • Mengelakkan atau mengurangkan tabiat merokok
    • Mengehadkan pendedahan cahaya matahari dan memakai sunblock serta pakaian yang menutupi badan
    • Menggunakan produk anti penuaan

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 21/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan