backup og meta

Tak Boleh Lebih 3x Basuh Wajah? Ini Cara Cuci Muka Berjerawat Yang Betul

Tak Boleh Lebih 3x Basuh Wajah? Ini Cara Cuci Muka Berjerawat Yang Betul

Kebanyakan individu mungkin hanya akan lakukan tanpa hiraukan cara cuci muka dengan betul kerana ia telah dianggap sebagai rutin harian yang biasa.

Pun begitu, anda mungkin tidak boleh amalkan ia secara semberono sahaja tanpa sebarang panduan lebih-lebih lagi jika kulit muka penuh dengan jerawat.

Di saat masalah jerawat itu tiba, bagaimana cara cuci muka yang betul? Jom teruskan membaca!

Tentang masalah jerawat pada kulit wajah…

Untuk pengetahuan anda, jerawat atau acne vulgaris adalah kondisi kulit di mana folikel rambut tersumbat dengan sel kulit mati atau minyak lalu meradang.

Ia mungkin boleh terjadi di mana-mana bahagian pada tubuh badan individu namun lebih cenderung untuk menyerang muka, dada, bahu dan belakang badan.

Meskipun jerawat adalah perkara biasa dan boleh terjadi kepada semua orang, namun ia kebiasaannya akan menyerang remaja yang sedang dalam proses akil baligh.

Terdapat beberapa jenis jerawat yang mungkin boleh berlaku bergantung kepada faktor risiko individu:

  • Bintik putih – akibat liang yang tersumbat
  • Bintik hitam – akibat liang yang terbuka
  • Papula – benjolan kecil, merah dan lembut tanpa nanah
  • Pustula – benjolan kecil, merah dan lembut dengan nanah
  • Sista – benjolan besar, sakit dan keras di bawah kulit
  • Nodul – benjolan besar, sakit dan keras di atas kulit

cara cuci muka

Walau apapun jenisnya, anda tidak boleh pandang enteng masalah jerawat dan ambil tahu punca, risiko, ubatan serta rawatan agar ia dapat diatasi dengan segera.

Bagaimana cara cuci muka yang berjerawat?

Disebabkan breakout, ramai individu yang cenderung untuk cuci muka banyak kali atau langsung tidak melakukannya kerana khuatir ia akan memburukkan lagi keadaan.

Sebenarnya, cara cuci muka dengan betul jika ada masalah jerawat merupakan antara kunci utama untuk mengelakkan kondisi kulit ini daripada menjadi lebih buruk.

Menurut ramai pakar dermatologi, mereka yang bermasalah kulit ini perlu cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari – pagi sekali dan malam sekali.

Untuk lebih tepat, anda perlu cuci muka setiap kali selepas bangun tidur dan sebelum masuk tidur untuk membuang kotoran, solekan dan minyak pada wajah.

Pun begitu, anda mungkin harus membuat cucian yang ketiga sekiranya kulit anda terlalu banyak dengan bendasing namun jangan lebih daripada angka itu.

Terlalu kerap cuci muka punca ia lebih teruk!

cara cuci muka

Penting untuk kita semua tahu bahawa cuci muka lebih daripada 3 kali dalam masa sehari sebenarnya lebih teruk berbanding tidak cuci muka langsung.

Ini kerana ia hanya akan membuat kulit lebih teruk ekoran minyak semula jadi pada kulit mungkin akan tertanggal yang sangat penting dalam kesihatan kulit anda.

Selain itu juga, ia mungkin akan menguraikan ‘acid mantle’ yang merupakan lapisan pelindung semula jadi dan terhasil daripada minyak, peluh dan bakteria baik.

Bukan itu sahaja, kulit anda juga berisiko menjadi lebih kering, merah, rengsa dan radang terutamanya jika teknik cucian yang anda amalkan adalah skrub.

Ketahuilah bahawa skrub dengan kuat dan kerap tidak akan menghilangkan jerawat sebaliknya membuat masalah ini lebih teruk lalu menggalakkan breakout.

Jerawat bukan akibat kulit wajah yang kotor!

Mungkin masih ramai yang beranggapan bahawa jerawat adalah disebabkan oleh kulit muka yang kotor dengan pelbagai bendasing sedangkan ia bukanlah halnya.

Kebanyakan individu yang mempunyai amalan cucian kulit muka dengan tertib masih berisiko mengalami breakout kerana wujud banyak faktor risiko di sebaliknya.

Buat anda yang mungkin belum tahu, punca jerawat yang utama adalah akibat jangkitan bakteria Propionibacteria acnes selain hormon, diet dan lain-lain lagi.

Disebabkan itu, anda perlu tahu dan buat cara cuci muka dengan betul jika ada masalah jerawat!

Benarkah sekadar cuci muka itu tidak cukup?

cara cuci muka

Ya, memang benar bahawa dengan amalkan cara cuci muka yang betul itu tidak cukup untuk mengelakkan daripada masalah pada kulit wajah itu berlaku dan berulang.

Ini kerana anda juga mungkin akan memerlukan bantuan produk kulit yang terbaik bagi menghilangkan kotoran, solekan serta minyak berlebihan pada kulit wajah.

Produk-produk ini juga sudah pasti akan membantu menghalang liang pori tersumbat dan terjejas sekali gus mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit muka.

Untuk kes breakout ringan atau sederhana, anda mungkin perlu produk yang terkandung ramuan seperti salicylic acid dan benzoyl peroxide serta lain-lain.

Bagi kes breakout yang lebih berat pula, produk di pasaran mungkin kurang dapat membantu, sebaliknya anda perlu dapatkan ubatan dan rawatan doktor.

Konklusinya, cara cuci muka yang betul itu adalah sangat penting untuk penjagaan wajah yang lebih sihat dan cantik!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Face Washing 101, https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/care/face-washing-101, Accessed Nov 11 2021.
  2. Face Wash. https://mamaearth.in/blog/face-wash-benefits/Accessed Nov 11 2021.
  3. Face Washing: Do’s & Don’ts, https://vitalrecord.tamhsc.edu/face-washing-dos-donts/, Accessed Nov 11 2021.
  4. By the way, doctor: Is not washing your face good for your skin?, https://www.health.harvard.edu/newsletter_article/is-not-washing-your-face-good-for-your-skin, Accessed Nov 11 2021.
  5. Should you avoid washing your face to keep your skin looking young?, https://ro.co/health-guide/washing-your-face-young-skin/, Accessed Nov 11 2021.

Versi Terbaru

08/09/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Jerawat Dah Surut, Tapi Kena Hadap Kesan Parut Pula! Ini Cara PANTAS Hilangkan Parut Akne

Kulit Naik Jerawat Apabila Bertukar Produk? Sabar! Kenal Pasti Puncanya Dahulu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan