backup og meta

Jangan Bergantung Pada Antibiotik Jerawat, Ada Risiko Yang Harus Anda Tahu!

Jangan Bergantung Pada Antibiotik Jerawat, Ada Risiko Yang Harus Anda Tahu!

Walaupun antibiotik jerawat sering disarankan, Dr. Joan Tamburro, Pakar Dermatologi Pediatrik di Cleveland Clinic memberi amaran, mengambil terlalu banyak antibiotik dalam jangka masa panjang boleh memudaratkan!

Mengapa beliau berkata begitu? Jom ikuti kupasan artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkan di sini.

Antibiotik ini untuk jangka panjang tidak bagus?

Antibiotik untuk jerawat bernanah cukup berkesan untuk masalah ini dan sering digunakan sebagai rawatan Miss J.

Ia juga selalu dipreskripsikan selama berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun, kerana jerawat adalah kondisi kulit yang kronik.

Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor bimbang akan penggunaannya, kerana laporan peningkatan kadar rintangan bakteria terhadap antibiotik.

Pakar kesihatan memberi amaran, mengambil antibiotik ini secara berlebihan dan berpanjangan hanya akan mengakibatkan kesan negatif berbanding positif.

Penggunaan antibiotik ini dalam jangka masa panjang bakal mencetuskan rintangan antibiotik, yang menjadikan badan anda tidak lagi sensitif kepada antibiotik itu.

Apabila ini berlaku, antibiotik yang sebelum ini akan membunuh bakteria, atau menghalangnya daripada membiak, tidak lagi berfungsi.

Hari ini, pakar menyatakan, anda tidak lagi boleh mengambil antibiotik oral selama lebih dari 2 atau 3 bulan berturut-turut.

antibiotik jerawat

Antibiotik jerawat sahaja tidak mencukupi untuk merawat masalah ini, kata Dr Tamburro. Jerawat adalah kondisi kompleks yang melibatkan 4 faktor:

  1. Keradangan: Peningkatan jumlah bakteria bakal memicu keradangan. Jerawat akan menembusi lapisan kulit yang lebih dalam, lantas membentuk nodul atau sista yang besar.
  2. Liang pori tersumbat: Apabila folikel rambut yang dipenuhi dengan minyak, bakteria dan sel kulit mati tersumbat, whiteheads dan blackheads boleh terbentuk.
  3. Pertumbuhan bakteria: Bakteria sememangnya sudah hidup di kulit kita, tetapi pertambahan minyak akan menyebabkan mereka untuk lebih membiak.
  4. Pengeluaran minyak (sebum) berlebihan: Biasanya semasa akil baligh, peningkatan hormon menyebabkan kelenjar untuk mengeluarkan lebih banyak minyak.

Tambah Dr. Tamburro lagi, antibiotik bantu mengawal pertumbuhan bakteria, tapi tiada gunanya jika faktor-faktor lain tidak ditangani.

Antara rawatan baik selain antibiotik untuk jerawat

Antara pilihan rawatan yang disyorkan oleh pakar dermatologi, merangkumi:

  • Mencuci kulit dengan benzoil peroksida atau asid salisilik: Benzoil peroksida membunuh bakteria pada kulit dan membantu menyingkirkan minyak (sebum) berlebihan dan sel kulit mati. Asid salisilik pula berfungsi untuk mengecilkan liang pori
  • Retinoid topikal: Krim berasaskan retinoid (vitamin A) bantu mengurangkan pembentukan whiteheads dan blackheads
  • Antibiotik topikal: Antibiotik dalam bentuk topikal yang disapu terus ke kulit dapat mengawal bakteria dan keradangan

antibiotik jerawat

Kebiasaannya, rejim penjagaan kulit berjerawat dimulakan dengan pencucian wajah dan kemudian dilapisi dengan retinoid topikal.

Antibiotik dalam bentuk topikal pula hanya akan ditambahkan sekiranya 2 jenis rawatan di atas tidak mencukupi.

Pakar turut menekankan kepentingan untuk menggunakan antibiotik topikal dengan benzoil peroksida.

Benzoil peroksida membunuh bakteria dengan cara yang berbeza daripada antibiotik.

Justeru, kombinasi ini dapat mengurangkan risiko pembentukan bakteria tahan antibiotik.

Jika hendak diikutkan, antibiotik jerawat oral sering dipreskripsikan bagi kes-kes yang teruk.

Walau bagaimanapun, penggunaan antibiotik pada kulit menyebabkan kesan sampingan yang lebih sedikit berbanding yang ditelan dan beredar ke seluruh badan anda.

Secara umumnya juga, antibiotik jerawat topikal dapat digunakan lebih lama berbanding jenis oral, kata Dr. Tamburro.

Bagaimana pula jika rawatan biasa tidak berkesan?

antibiotik jerawat

Untuk jerawat kronik yang tidak bertindak balas terhadap rawatan biasa, ada pilihan lain:

  1. Isotretinoin: Retinoid dalam bentuk oral ini dapat mengecilkan ukuran kelenjar minyak.
  2. Terapi hormon: Sesetengah wanita mengalami masalah jerawat akibat penghasilan androgen (hormon lelaki) yang berlebihan. Mereka juga mungkin mengalami haid yang tidak teratur dan rambut menipis. Estrogen dan progesteron berdos rendah (pil pencegah kehamilan) boleh membantu!
  3. Diet rendah glisemik: Beberapa kajian menemui kaitan antara pengambilan jerawat dan gula. Mengurangkan pengambilan gula juga dapat membantu merawat masalah kulit yang meradang. Diet ini boleh dimulakan dengan mengelakkan minuman/makanan bergula secara berlebihan.

Masalah jerawat, usah dibiarkan!

Ya, jerawat yang berlaku di usia remaja mungkin dianggap normal, dan semakin muda usia saat akne terjadi, semakin awal ia akan menghilang.

Pun begitu, mereka yang lambat akil baligh mungkin akan mengalami jerawat hingga ke usia 20-an.

Harus anda fahami, pembentukan Miss J turut dipengaruhi oleh beberapa faktor lain selain perubahan hormon.

Rejim penjagaan kulit, tabiat dan kebersihan diri yang lemah, pemakanan serta penggunaan kosmetik menjadi antara faktor lain yang boleh memicu akne.

Jerawat biasanya akan mereda dengan sendirinya, tetapi rawatan harus dilakukan jika ia sampai mengganggu penampilan dan keyakinan diri.

Selain itu, jerawat perlu dirawat untuk mencegah daripada meninggalkan kesan parut serta perubahan warna kulit.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diagnosis and treatment acne. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/diagnosis-treatment/drc-20368048/ Accessed Mar 23, 2021
  2. Antibiotics for acne. https://dermnetnz.org/topics/antibiotics-for-acne/Accessed Mar 23, 2021
  3. Rawatan jerawat. http://www.myhealth.gov.my/rawatan-jerawat/ Accessed Mar 23, 2021
  4. What is antibiotic resistance. http://www.nps.org.au/medicines/infections-and-infestations/antibiotics/for-individuals/what-is-antibiotic-resistance/ Accessed Mar 23, 2021
  5. Antibiotics. https://www.aad.org/public/diseases/acne/derm-treat/antibiotics/ Accessed Mar 23, 2021

Versi Terbaru

05/12/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Pesakit Kencing Manis Kena Tahu, Ini Kaitan Nilai GI Makanan Dengan Diabetes!

Rintangan Terhadap Antibiotik Semakin Meningkat


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan