backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Anda Sudah Hilang Minat Dengan Seks? AWAS, Ia Mungkin Tanda Penyakit Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/06/2020

    Anda Sudah Hilang Minat Dengan Seks? AWAS, Ia Mungkin Tanda Penyakit Ini!

    Normal untuk seorang manusia mempunyai perkara yang digemari dan tidak disukai. Sebagai contoh, ada yang gemar muzik rock dan filem seram namun ada yang tidak.

    Kenapa? Ini kerana minat setiap orang adalah berbeza mengikut individu. Namun ada satu perkara yang mungkin diminati oleh semua orang secara total iaitu seks.

    Siapa sahaja yang tidak minat dengan seks? Nanti dulu, sebenarnya ada golongan yang tidak minat untuk berhubungan intim walaupun bersama pasangan tercinta!

    Mereka ini mungkin salah seorang yang menghidapi penyakit ini. Jom ikuti artikel untuk tahu lebih lanjut!

    Apakah penyakit yang dimaksudkan?

    kegelisahan jejaskan hubungan seks

    Sekiranya anda langsung tidak berminat dengan segala perkara berkaitan dengan seks, anda mungkin menghidapi penyakit yang dikenali dengan nama sexual anorexia.

    Anda pasti tahu apa itu anorexia bukan? Ya, ia adalah satu gangguan yang mengakibatkan anda tidak boleh atau tidak mahu langsung melakukan sesuatu perkara.

    Contohnya, wujud anorexia nervosa yang membuat anda tidak berminat langsung untuk makan atau minum kerana takut gemuk. Kesannya, tubuh badan anda akan kurus melidi dan tidak sihat.

    Samalah juga kesnya dengan sexual anorexia ini. Ia akan menyebabkan lelaki atau wanita yang menghidapinya, hilang minat terhadap seks.

    Lebih membimbangkan, penderita mungkin cenderung untuk berasa takut atau marah setiap kali topik berkaitan berhubungan intim diutarakan.

    “Seseorang yang mempunyai kondisi ini akan sangat obses untuk mengelak seks. Obsesi ini akan mula mendominasi dan menghantui sepanjang hidup mereka jika gagal atau lambat mendapatkan rawatan’, jelas Pakar Psikoterapi Dr Sanja Rozman.

    Apa punca sebenar sexual anorexia?

    seks sebar virus korona

    Terdapat beberapa faktor penyebab penyakit ini yang boleh dikategorikan kepada 2 aspek iaitu fizikal dan mental.

    Faktor fizikal termasuklah:

    • Ketidakseimbangan hormon
    • Baru lepas melahirkan anak
    • Sedang menyusukan bayi
    • Pengambilan ubatan
    • Kepenatan yang melampau

    Faktor mental pula termasuklah:

    • Pernah dicabul atau dirogol
    • Berfikiran negatif terhadap seks
    • Pemahaman agama yang ekstrim
    • Pergaduhan dengan pasangan
    • Masalah komunikasi

    Dalam pada itu, terdapat satu lagi punca sebenar sexual anorexia yang merangkumi kedua-dua aspek fizikal dan mental iaitu ketagihan pornografi.

    Disebabkannya, anda mungkin akan hilang minat untuk berhubungan intim lagi kerana sudah jemu atau bosan dengan aksi di kamar tidur.

    Selain itu, terlalu banyak melancap ketika menonton video lucah juga boleh jadi punca mati pucuk. Kesannya, seks akan menjadi satu tabu bagi anda.

    Apa yang boleh dilakukan?

    seks

    Jika anda mengesyaki diri sudah mula tidak berminat untuk berhubungan intim bersama pasangan tercinta, segera dapatkan diagnosis daripada pakar.

    Namun ia mungkin agak sukar dikesan kerana ia turut melibatkan aspek emosi. Jadi, berjumpalah dengan doktor, kaunselor dan pakar psikologi untuk membantu anda.

    Untuk lebih kepastian, lakukan ujian darah untuk melihat ketidakseimbangan pada hormon tubuh badan anda.

    Sekiranya sudah sah anda menghidapi sexual anorexia, ini yang kalian perlu lakukan:

    • Pengambilan ubatan – suntikan hormon testosteron dan estrogen adalah sangat penting untuk meningkatkan libido individu
    • Pengamalan terapi – adalah sangat penting untuk penderita stabil dari segi emosinya untuk menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi

    Akhir kata, penyakit ini sangat berbahaya kerana ia boleh memusnahkan kehidupan rumah tangga pasangan suami isteri.

    Oleh itu, segera bertindak jika kalian rasa diri sudah atau kian menghidapinya okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan