Setiap kali berbicara mengenai klimaks seorang wanita, ia sering sahaja akan dikaitkan dengan rangsangan pada bahagian faraj. Adakah hanya itu punca kepuasan seks bagi kaum Hawa? Bagaimana dengan puting payudara wanita?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Setiap kali berbicara mengenai klimaks seorang wanita, ia sering sahaja akan dikaitkan dengan rangsangan pada bahagian faraj. Adakah hanya itu punca kepuasan seks bagi kaum Hawa? Bagaimana dengan puting payudara wanita?
Hakikatnya, kalian perlu tahu bahawa alat kemaluan wanita bukanlah satu-satunya bahagian pada tubuh badan yang boleh membuat wanita itu klimaks. Terdapat juga orgasma puting payudara!
Ya, semestinya ada yang tidak tahu mengenai perkara ini. Jadi, mari sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui apa itu orgasma puting payudara dengan lebih mendalam lagi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Puncak syahwat seorang wanita adalah berbeza dengan lelaki.
Bagi lelaki, terkeluarnya air mani dari lubang zakar itu adalah petanda utama yang menunjukkan si dia telah puas.
Bagi wanita pula, terdapat beberapa mekanisma yang berbeza.
Pertama, adalah dengan terpancutnya air mani dari lubang faraj (squirt) – agak sama seperti lelaki.
Selain itu, mereka juga sebenarnya boleh mencapai kepuasan seks melalui puting payudara wanita. Bagaimana?
Tubuh badan manusia mempunyai jutaan sistem saraf dengan fungsi masing-masing.
Bahagian puting pada buah dada wanita mempunyai ratusan sistem saraf menjadikannya sensitif terhadap rangsangan!
Jika dirangsang, bahagian puting ini akan menghantar isyarat kepada genital sensory cortex yang seterusnya menyebabkan wanita itu berada dalam puncak syahwat.
Ia adalah bahagian sama pada otak yang turut aktif apabila faraj terangsang secara seksual.
Dalam erti kata yang lebih mudah, rangsangan pada puting payudara adalah sama fungsinya dengan rangsangan pada faraj.
Ini kerana rangsangan pada kedua-dua bahagian ini akan mengaktifkan bahagian dalam otak yang berfungsi mengawal orgasma seorang wanita.
Kadangkala, penetrasi zakar ke dalam faraj sahaja kurang mencukupi bukan?
Jadi, apa kata anda minta bantuan pasangan untuk merangsang buah dada anda bagi mendapatkan klimaks puting payudara.
Ini caranya:
Sama seperti bersukan atau bersenam, pernafasan adalah aspek yang terpenting untuk anda titikberatkan sebelum memulakan sesuatu.
Ia sama juga ketika anda sedang berasmaradana dengan pasangan.
Ya, mungkin agak sukar untuk mengawal pernafasan tatkala tubuh badan anda sedang diratah oleh encik suami.
Namun, anda perlu cuba untuk kekal tenang dan kawal nafas anda dengan tertib.
Ia adalah langkah pertama untuk membolehkan anda mencapai orgasma puting payudara wanita.
Sebagai permulaan, jangan terus tarik tangan pasangan untuk memaksa mereka menerkam payudara anda. Sebaliknya, lakukannya dengan perlahan-lahan.
Langkah pertama adalah dengan minta pasangan gunakan satu jari untuk menyentuh buah dada anda.
Kemudian, minta mereka menggerakkan jari dengan gerakan bulatan mengelilingi kawasan areola.
Perlahan-lahan, minta mereka beralih masuk ke kawasan puting.
Setelah sampai ke destinasi impian itu, minta pasangan bermain dengan puting secara lembut sehingga sensasi geli bercampur sedap itu merasuki tubuh badan anda secara maksimum.
Selepas puas menggunakan satu jari, tibalah masa untuk kalian melakukan sesuatu yang lebih ekstrem.
Anda boleh minta pasangan untuk meraba, meramas dan memicit payudara anda dengan tekanan yang sedikit kuat!
Ini bertujuan membolehkan anda melayani kenikmatan ketika disentuh pada bahagian yang merupakan zon erotik terhebat selain faraj.
Jika tidak cukup, mungkin anda boleh gunakan tangan sendiri untuk membantu.
Jika anda sudah terasa tubuh badan seakan terapung di awangan dek kenikmatan, sila teruskan kepada langkah terakhir ini.
Akhir sekali, sila fokuskan pada puting buah dada anda.
Anda boleh minta pasangan menggunakan tangan untuk mencubit puting anda dengan perlahan atau kuat, bergantung kepada kemahuan anda.
Atau, anda juga boleh minta pasangan menggunakan mulut mereka untuk menjilat atau menghisap puting anda itu.
Jika mahu menggigit juga boleh, cuma pastikan tidak terlalu kuat sehingga menimbulkan kesakitan.
Lakukan ini sehinggalah anda berasa tubuh badan anda puas secara seksual. Jika belum, mungkin boleh cuba ulang langkah pertama lagi sekali?
Kesimpulannya, orgasma puting payudara wanita itu memang wujud dan tidak mustahil untuk anda mendapatkannya jika kena caranya.
Jadi, gunakanlah tip kami ini untuk kehidupan seks yang lebih sihat dan sejahtera okay!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen