backup og meta

Isteri Ada Masalah Sukar Terangsang Ketika Seks? Mungkin Boleh Cuba Urutan 'Yoni' Ini!

Isteri Ada Masalah Sukar Terangsang Ketika Seks? Mungkin Boleh Cuba Urutan 'Yoni' Ini!

Pernah terdengar atau terbaca tentang urutan yoni? Jika belum tahu, maka artikel ini adalah tepat buat anda!

Seperti mana yang kita semua sudah tahu, seks adalah antara perkara terpenting dalam kehidupan suami isteri.

Tanpa aktiviti hangat ini, maka akan hambar dan tidak bermaknalah kehidupan di kamar tidur buat kalian berdua.

Persoalannya, apakah yang boleh dilakukan sekiranya anda atau pasangan sukar terangsang tatkala projek asmara berlangsung? Tahu cara memikat hati wanita untuk bersetubuh?

Mungkin kalian boleh cuba sejenis urutan yang dinamakan sebagai urutan yoni. Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut lagi!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Apa itu urutan yoni?

Tahu cara memikat hati wanita untuk bersetubuh?

Sebelum itu, wajarlah untuk kita semua tahu apa definisi sebenar urutan ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, ‘yoni’ adalah perkataan sanskrit yang membawa maksud ‘faraj’.

Ia adalah sejenis urutan khusus buat wanita untuk membuat anda lebih selesa dengan tubuh badan dan mengetahui apa yang membikin kalian terangsang ketika seks.

Sesuai dengan namanya, urutan ini berfokuskan khas kepada bahagian alat sulit wanita dan boleh dilakukan berseorangan atau bersama pasangan.

Berminat untuk melakukannya? Ketahuilah ia membawa banyak manfaat!

Apa manfaat urutan ini?

Urutan yoni ini membenarkan anda sebagai seorang wanita mempelajari tubuh badan kalian untuk mengetahui apa yang terbaik dari aspek seksual.

Ya, mungkin manfaat ini juga boleh didapati melalui aktiviti penetrasi zakar ke dalam faraj itu sendiri namun ia hadir dengan tekanan yang tinggi.

urutan yoni
Urutan boleh melegakan badan.

Sekiranya anda mengalami trauma seksual lantas membuat anda tertekan semasa bersenggama, maka urutan ini adalah sangat sesuai.

Ini kerana urutan yoni boleh merangsang faraj anda secara seksual selain bahagian tubuh badan lain yang juga merupakan zon erotik seperti:

Kesannya? Wanita yang ada masalah sukar terangsang ketika seks ekoran tertekan mungkin mampu mencapai orgasma dengan mudah!

Ia antara cara memikat hati wanita untuk bersetubuh.

Apa yang lebih penting, urutan ini bukan sahaja berfokuskan kepada aspek seksual malahan emosi juga.

Jika dilakukan secara bersama, maka hubungan anda dan pasangan akan lebih terjalin dengan ikatan yang kuat.

Jom teruskan ikuti artikel ini untuk tahu cara melakukannya.

Bagaimana untuk melakukan urutan yoni?

Bagaimana cara memikat hati wanita untuk bersetubuh? Apakah cara merangsang wanita yang sudah menopause?

Ketahuilah bahawa urutan ini adalah berbeza bergantung kepada individu itu sendiri.

Sekiranya anda atau pasangan baharu sahaja mahu memulakannya, teknik-teknik berikut adalah bagus untuk digunapakai:

Cupping

  1. Pegang faraj dengan tangan membentuk seakan sebentuk sudu.
  2. Perlahan gerakkan tangan anda dengan pergerakan membulat.
  3. Perlahan tekankan tangan anda kepada bahagian bukaan faraj.
  4. Gunakan tapak tangan untuk mengurut keseluruhan faraj.

Circling

  1. Gunakan hujung jari untuk menyentuh klitoris.
  2. Lakukan pergerakan membulat mengikut arah jam dan lawan jam berulang kali.
  3. Lakukan sentuhan ini daripada bulatan kecil kepada bulatan besar dan ulang semula.
  4. Berikan tekanan lemah, sederhana dan kuat menggunakan jari jemari anda.

Pushing & pulling

urutan yoni
Antara tanda-tanda penyakit radang pelvik.
  1. Perlahan tarik klitoris ke bawah menggunakan jari.
  2. Perlahan kawal jari anda ke atas dan ke bawah dengan tekanan yang sama.
  3. Ulang proses ini dari awal hingga akhir.

Tugging

  1. Perlahan picit klitoris menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
  2. Perlahan cubit klitoris ke atas dan lepas.
  3. Perlahan cubit bibir faraj ke atas dan lepas.
  4. Lakukan proses ini secara berulang dengan lembut.

Tapping 

  1. Gunakan satu jari atau lebih untuk menyentuh klitoris.
  2. Gentel klitoris dari kiri ke kanan.
  3. Gentel klitoris dari bawah ke atas.
  4. Lakukan proses ini secara berulang dengan lembut.

Rolling

  1. Pegang klitoris menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
  2. Perlahan lagakan klitoris ini di antara dua jari anda.
  3. Ulang proses ini secara perlahan.
urutan yoni
Urutan faraj boleh merangsang wanita.

Kesemua teknik yang kami nyatakan ini boleh anda lakukan secara berseorangan atau bersama pasangan tercinta.

Adakah selepas melakukan urutan ini kalian boleh terus berasmara? Terpulang kepada anda!

Ia akan bikin seks lebih hangat & sensasi!


Konklusinya, urutan ini wajar dilakukan buat wanita terutamanya mereka yang ada masalah sukar terangsang ketika beraksi di ranjang atau sukar mendapatkan tanda isteri puas.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vaginal Massage Therapy. http://vaginalmassagetherapy.org/. Accessed 6 August 2020.
  2. How to do perineal massage: a step-by-step guide. https://www.nct.org.uk/pregnancy/worries-and-discomforts/common-discomforts/how-do-perineal-massage-step-step-guide. Accessed 6 August 2020.
  3. I got a yoni massage weird news. https://www.okwhatever.org/topics/naughty/i-got-a-yoni-massage-weird-news. Accessed 6 August 2020.
  4. The Kālī Practice: Revisiting Women’s Roles in Tantra. https://doi.org/10.1057/9780230119925_7. Accessed 6 August 2020.
  5. What is Masturbation. https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/sex/masturbatio.  Accessed 6 August 2020.

Versi Terbaru

26/09/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan