Sudah menjadi lumrah buat seorang wanita, mereka suka dibelai, disayang, dimanja dan diberi perhatian sepenuhnya oleh lelaki. Tapi tak sangka pula, sebenarnya ikatan perkahwinan dan seks banyak memberi manfaat buat si isteri! Anda tahu apa khasiat air mani?
Sebenarnya, kajian mendapati telan air mani suami mampu membahagiakan seorang wanita!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Adakah perbuatan telan air mani lelaki normal?
Sebelum berbincang tentang khasiat air mani suami untuk kesihatan isteri, jom semak dulu adakah perbuatan telan air mani suami ketika bersenggama ini normal atau tidak.
Jawapannya normal dan kebanyakan suami isteri pasti melakukannya. Ini kerana perbuatan seks oral adalah satu teknik yang sering diamalkan dalam kehidupan seks pasangan.
Oleh itu, jika anda yang merupakan seorang wanita gemar minum air mani suami, usah khuatir. Bukan anda seorang sahaja yang mempunyai hobi unik seperti itu.
Adakah telan air mani suami selamat dilakukan?
Adakah perbuatan ini selamat? Untuk pengetahuan anda, ia adalah selamat dan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan negatif malah ada banyak khasiat air mani.
Komponen yang membentuk air mani boleh ditelan dan dicerna dalam perut dengan cara atau proses yang sama makanan dan minuman dihadam.
Namun, ia mungkin akan memberi efek kepada mereka yang mempunyai alahan terhadap air mani. Buat anda yang masih belum tahu, sesetengah individu sebenarnya alah terhadap air mani dan keadaan ini dikenali sebagai human seminal plasma hypersensitivity (HSP).
Apa rasa air mani?
Untuk pengetahuan anda, cecair yang terkandung dalam air mani dihasilkan dari rembesan organ reproduktif lelaki. Ia mengandungi fruktosa, enzim, potasium, zink, phosphorylcholine, prostaglandin, asid sitrik dan asid amino.
Air mani juga sebenarnya mengandungi sperma.
Rasa air mani
- Air mani yang normal mempunyai rasa yang masin, manis, masam atau pahit, bergantung kepada individu
- Rasa tersebut akan berubah bergantung kepada diet makanan dan minuman yang akan mengubah komposisi air mani
Khasiat air mani yang ramai tidak tahu
Persoalannya, adakah benar khasiat air mani dalam merawat kemurungan? Jawapannya, ia bukan mitos atau auta dan menurut pelbagai kajian yang pernah dijalankan, manfaat air mani memang ada.
Menurut kajian yang diterbitkan Psychology Today, air mani lelaki mengandungi pelbagai nutrien yang boleh diserap masuk ke dalam aliran darah individu yang menelan air mani.
Berikut adalah kandungan zat yang terdapat dalam air mani seorang lelaki:
- Zat endorfin, estrone, prolaktin, estrogen, oksitosin, prostaglandin, tirotropin dan serotonin: ia berfungsi meningkatkan mood individu
- Kortisol: ia berfungsi mengurangkan tekanan
- Melatonin: ia berfungsi memudahkan individu untuk tidur
- Hormon perangsang folikel dan luteinizing: ia berfungsi menghilangkan stres dan menggalakkan ovulasi
- Imunosupresan: ia berfungsi menghalang sistem imun tubuh badan wanita dari membunuh sperma
Khasiat air mani bukan sahaja ia boleh membantu merawat kemurungan, air mani lelaki juga sebenarnya boleh mendatang beberapa manfaat kesihatan yang lain, termasuklah:
3 khasiat air mani yang lain
#1. Mengurangkan risiko kanser
The Journal of American Medical Association mendedahkan kekerapan ejakulasi sperma mempunyai kaitan dalam pengurangan risiko kanser prostat bagi lelaki.
Sebenarnya, terdapat banyak kebaikan mengeluarkan air mani setiap hari. Semakin kerap anda mengeluarkan air mani, lebih rendah risiko kanser prostat di kemudian hari.
Selain itu, penyerapan air mani melalui dinding faraj juga dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser payudara bagi wanita.
Ini kerana dalam air mani terkandung bahan anti kanser seperti glikoprotein dan selenium yang terdapat di dalam sperma lelaki.
#2. Menurunkan tekanan darah
Khasiat air mani yang seterusnya adalah ia mampu menurunkan tekanan darah bagi wanita yang mengambil air mani ini. Bukan itu sahaja, ada juga kajian yang menyatakan ia mampu merendahkan risiko praeklampsia!
Khasiat air mani pada wajah #3. Melambatkan proses penuaan
Ada mitos mengatakan bahawa terdapat khasiat air mani lelaki untuk wajah wanita. Ia sebenarnya bagus untuk disapu pada kulit muka wanita sebagai rahsia kulit awet muda. Adakah ini benar atau sekadar mitos?
Meskipun ia kedengaran agak janggal dan kelakar bunyinya, namun ia mungkin masih ada benarnya.
Terdapat lebih 200 jenis protein, vitamin dan mineral dalam air mani lelaki khususnya zink – agen antioksidan yang membantu melambatkan proses penuaan.
Konklusi
Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat air mani untuk wanita jika ia ditelan atau diserap melalui hubungan seks termasuklah membantu merawat kemurungan yang dialami.
Pun begitu, ia masih memerlukan kajian lanjutan kerana ia belum benar-benar terbukti sehingga mampu dijadikan sebagai salah satu daripada sumber untuk sektor perubatan.
Namun, air mani juga keburukan air mani yang lain seperti alahan, penyebaran penyakit kelamin, membangkitkan rasa loya atau muntah, mendatangkan sakit kepala ataupun membangkitkan trauma. Jadi, sila kenali diri anda terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk menelan air mani suami, ya?
[embed-health-tool-ovulation]