home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Chlamydia: Bagaimana Cara Untuk Rawat & Apa Akan Jadi Jika Tidak Rawat?

Chlamydia: Bagaimana Cara Untuk Rawat & Apa Akan Jadi Jika Tidak Rawat?

Apakah itu bakteria chlamydia trachomatis?

Chlamydia adalah sejenis penyakit jangkitan kelamin disebabkan oleh bakteria Chlamydia Trachomatis.

Anda terdedah kepada risiko untuk mendapat jangkitan ini jika anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (sama ada melalui faraj, dubur, atau oral) dengan orang yang dijangkiti, baik lelaki mahupun perempuan.

Ini kerana bakteria bergram negatif ini hanya mampu membiak di dalam sel-sel manusia.

Tambahan lagi, bakteria ini juga merupakan punca buta yang boleh berjangkit dan penyakit jangkitan kelamin bawaan bakteria yang paling lazim.

Dianggarkan sekitar 84 juta manusia menghidapi jangkitan mata akibat Chlamydia dan sekurang-kurangnya 8 juta kes buta atau cacat penglihatan.

Bilangan kaum wanita yang menghidap jangkitan ini dikatakan tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kaum lelaki.

Kaum wanita berusia antara 15 tahun hingga 19 tahun adalah kumpulan umur yang mempunyai prevalens jangkitan bakteria Chlamydia Trachomatis yang paling tinggi.

Bakteria ini dapat mengakibatkan penyakit dalam tiga bentuk; penyakit yang membabitkan sistem genitourinari (bentuk yang paling lazim), sistem respiratori (paru-paru) dan juga okular (mata).

bakteria Chlamydia Trachomatis

Bagaimana untuk tahu jika terjangkiti?

Lazimnya, mereka yang sudah dijangkiti baketria Chlamydia Trachomatis tidak mempunyai sebarang simptom atau merasa diri mereka sakit.

Justeru, mereka berupaya untuk menjangkiti orang lain kerana menyangkan diri mereka bersih.

Tanda-tanda atau simptom (jika ada) hanya muncul selepas tempoh satu atau dua minggu selepas pendedahan.

Perlu diingati, simptom dan tanda jangkitan Chlamydia mirip simptom dan tanda jangkitan Gonorrhea.

Memandangkan Chlamydia tidak hanya berlaku di bahagian kelamin dan sistem urinari (sistem genitourinari) sahaja, terdapat simptom-simptom lain yang berkaitan dengan lokasi dan sistem yang dijangkiti.

Antara tanda-tanda dan simptom utama yang dialami seseorang yang telah dijangkiti bakteria ini adalah:

  • Rasa sakit sewaktu kencing
  • Rasa sakit di bahagian bawah abdomen
  • Wujud lendiran keluar daripada kemaluan
  • Rasa sakit sewaktu melakukan hubungan kelamin (untuk kaum wanita)
  • Mengalami pendarahan yang tidak teratur (untuk kaum wanita)
  • Rasa gatal pada bahagian faraj (untuk kaum wanita)
  • Rasa sakit pada bahagian testis (untuk kaum lelaki)
  • Rasa sakit, keluarnya lendiran dan juga pendarahan daripada dubur

Bagi kaum lelaki, mereka lazimnya akan mengalami keradangan salur kencing (urethritis) manakala kaum wanita pula lazimnya akan mengalami masalah keradangan dinding pangkal rahim mereka (endocervicitis).

Simptomnya juga boleh mirip simptom jangkitan salur kencing (kencing kotor).

Seseorang yang menghidapi jangkitan ini juga mungkin akan perasan noda limfa di sekitar bahagian kangkang mereka membengkak.

Ini disebut sebagai lymphogranuloma venereum.

Jangkitan mata berlaku dalam bentuk konjunktivitis atau trachoma yang boleh berlaku baik dalam orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Jika anda perasan salah satu (atau lebih) simptom-simptom dan tanda-tanda di atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor anda.

bakteria Chlamydia Trachomatis

Sekiranya anda mengetahui pasangan seks anda mengalami salah satu (atau lebih) simptom-simptom dan tanda-tanda di atas, anda dan pasangan seks anda turut perlu berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan juga rawatan, walaupun salah seorang tidak mempunyai simptom.

Bagaimana untuk mendiagnosis chlamydia?

Jangkitan bakteria Chlamydia Trachomatis boleh didiagnosis melakukan ujian berasaskan DNA menggunakan sampel air kencing atau sapuan faraj pesakit.

Contoh ujian-ujian makmal berasaskan DNA yang digunakan untuk menganalisa sampel-sample tersebut adalah ujian amplifikasi asid nukleik (NAATs), ujian reaksi rantaian polymerase (PCR), Chlamydia Rapid Test dan juga strand displacement amplification (SDA).

Selain itu, ujian lain yang mampu untuk memberikan diagnosis jangkitan Chlamydia adalah ujian kultur sel.

Memandangkan bakteria ini hanya mampu membiak di dalam sel, untuk melihat kewujudan bakteria ini dalam sampel, ianya akan dikultur di dalam sel binatang atau embrio telur ayam.

Namun, kaedah ini adalah sangat rumit, memakan masa dan tenaga serta ia juga mungkin tidak disediakan di banyak tempat.

Justeru, kaedah ini kini semakin jarang digunakan berbanding kaedah yang berasaskan DNA yang lebih cepat dan mampu untuk menghasilkan keputusan yang tepat.

Bagaimana cara untuk mengubatinya?

Lazimnya, seseorang yang mempunyai jangkitan Chlamydia akan diuji juga untuk jangkitan kelamin yang lain.

Ini kerana seseorang itu turut berupaya untuk mempunyai lebih daripada satu jangkitan bakteria dalam satu masa, selain daripada Chlamydia.

Justeru, rejim rawatan yang akan digunakan bergantung kepada usia pesakit, beban penyakit (berapa jangkitan yang ada) dan juga lokasi jangkitan.

Lazimnya, ubat antibiotik yang digunakan untuk merawat jangkitan bakteria ini adalah azithromycin, doxycycline, erythromycin dan juga ofloxacin.

Pasangan anda juga akan dirawat bagi mencegah jangkitan semula di masa hadapan.

Perhatian perlu diberikan sekiranya penghidap itu sedang mengandung kerana ada ubat yang tidak boleh diberi.

Bagaimana jika tidak mengubatinya?

bakteria Chlamydia Trachomatis

Chlamydia yang tidak dirawat boleh membawa kepada kesan-kesan kesihatan yang serius, khususnya berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif.

Dalam sesetengah wanita, apabila mereka tidak menerima rawatan awal dan mencukupi untuk membunuh bakteria ini, sekitar 50% daripada mereka akan terus diajngkiti dan progres kepada jangkitan kronik, dengan tempoh melebihi 1 tahun.

Liciknya bakteria ini, ia mampu untuk mengelak daripada sistem imun badan pesakit dan bergerak naik ke atas, ke bahagian dalaman organ dan salur reproduktif.

Pendedahan berterusan saluran Fallopian kepada bakteria ini (termasuk antigen yang dihasilkannya) akan membawakan pembentukan parut dan juga masalah integriti struktur saluran Fallopian.

Ia juga mampu untuk mengakibatkan kesan yang sama kepada organ-organ dalaman pelvis, membawa kepada penyakit keradangan pelvis.

Justeru, dalam kalangan wanita, ia boleh merosakkan sisterm pembiakan wanita sekaligus membawa kepada masalah kehamilan ektopik, dan juga masalah untuk hamil.

Walaupun seseorang itu berupaya untuk hamil, dengan jangkitan oleh bakteria ini, perkembangan bayi yang sihat sepanjang proses tersebut tidak dapat mencapai tahap yang optimum dan mereka terdedah kepada risiko jangkitan mata apabila bersalin.

Lelaki hanya mengalami sedikit komplikasi dan walaupun jangkitan boleh merebak ke buah zakar dan menyebabkan kesakitan, ia jarang memberi kesan kepada kesuburan lelaki.

Selain itu, chlamydia yang tidak dirawat dipercayai meningkatkan risiko seseorang mendapat HIV.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chlamydia-trachomatis/home/ovc-20315305
  2. https://www.aafp.org/afp/2012/1215/p1127.html
  3. https://www.acog.org/womens-health/faqs/chlamydia-gonorrhea-and-syphilis
  4. https://www.cdc.gov/std/chlamydia/stdfact-chlamydia.htm. Accessed April 24, 2017
  5. https://medlineplus.gov/ency/article/001345.htm
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 06/08/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung