backup og meta

5 Sebab Kenapa Air Mani CAIR, Adakah Ia Akan Beri Kesan Kepada Kesuburan?

5 Sebab Kenapa Air Mani CAIR, Adakah Ia Akan Beri Kesan Kepada Kesuburan?

Jika bercakap tentang air mani cair, kebanyakan lelaki akan berasa segan dan malu kerana ia adalah antara topik yang dianggap tabu dalam kalangan masyarakat kita. 

Disebabkan itu, mereka yang mengalami masalah ini akan memilih untuk mendiamkan diri sahaja tanpa tampil mendapatkan apa-apa rawatan.

Untuk pengetahuan anda, kecairan air mani dialami oleh ramai lelaki namun, mereka tidak mahu mengakuinya. Ramai pula yang percaya ia mungkin akan menjejaskan kesuburan si lelaki

Adakah ia benar? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda juga boleh klik di sini.

Punca dan cara elak air mani cair

air mani cair
Tanda lelaki subur.

Terdapat beberapa punca yang mungkin akan menyebabkan keadaan ini berlaku, termasuklah:

#1. Air mani cair kerana oligospermia

Punca utama kecairan air mani adalah kekurangan sperma dalam air mani, atau lebih dikenali sebagai kondisi oligospermia. Antara penyebab kepada kondisi ini termasuklah:

  • Varicocele
  • Tumor
  • Jangkitan kuman
  • Ketidakseimbangan hormon

Jadi, jika anda mengesyaki kondisi ini terjadi kepada anda, sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan kesuburan.

#2. Ejakulasi terlalu kerap punca air mani cair dan kuning

Untuk pengetahuan anda, organ reproduktif lelaki memerlukan masa sekurang-kurangnya 48 jam atau 2 hari untuk menghasilkan sperma yang normal dan sihat. Oleh itu, ejakulasi yang terlalu kerap mungkin akan menyebabkan kecairan air mani.

Ejakulasi yang terlalu kerap mungkin disebabkan kekerapan anda melakukan hubungan seks bersama pasangan atau melancap. 

Tanpa disedari, ia adalah punca utama air mani cair. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan keadaan ini menjadi lebih keruh.

Jadi, anda perlu merancang perlakuan seks anda bersama pasangan. Cuba rancang aktiviti seks bersama pasangan di kamar tidur. 

Selain itu, hentikan perbuatan beronani. Untuk apa anda lakukannya jika anda sudah berkahwin? Seharusnya, anda salurkan dan puaskan nafsu syahwat anda bersama pasangan, bukannya seorang diri sahaja!

#3. Air mani cair kerana usia

air mani cair
Punca air mani lelaki menjadi cair.

Menurut petua orang lama, semakin kita tua, semakin kita berpengalaman dalam melakukan hubungan kelamin. Ya, ia mungkin ada benarnya. 

Namun, dalam konteks air mani, ia mungkin sedikit terpesong dan tidak boleh diguna pakai.

Ini kerana apabila seseorang lelaki itu semakin meningkat usia, ia akan membawa kepada beberapa masalah kesihatan serta kekurangan tenaga dalaman. 

Dengan tahap kesihatan yang semakin merosot, sudah pasti air mani yang dihasilkan juga akan menjadi kurang sempurna.

Dalam erti kata yang lebih mudah, sistem reproduktif lelaki mungkin akan menjadi kurang efektif apabila semakin berusia lantas mungkin menyebabkan air mani cair dan kuning. 

Seumpama sebuah mesin yang telah usang, kuantiti dan kualiti satu penghasilan produknya sudah pasti juga akan merosot, bukan?

Namun, peningkatan usia bukanlah satu perkara yang boleh kita halang atau ubah. Apa yang boleh kita lakukan adalah cuba untuk jalani kehidupan semasa usia tua dengan lebih sihat. 

Sekiranya anda ada sebarang kebimbangan mengenai air mani anda yang semakin cair apabila meningkat usia, sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan pakar.

#4. Air mani cair kerana obesiti

Bukan sahaja isu obesiti atau kegemukan akan mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau penyakit jantung, malah ia juga mungkin akan mengakibatkan kemerosotan air mani lelaki.

Buat anda yang belum tahu, obesiti akan menjejaskan kualiti dan kuantiti air mani lelaki.

Disebabkan itu, ia berkemungkinan besar akan menyebabkan masalah air mani cair, lantas membawa kepada masalah ketidaksuburan.

Jadi, sila kawal berat badan anda dari sekarang. Ia bukan sahaja mampu membuat air mani menjadi lebih pekat dan sihat, malah ini juga usaha untuk anda memerangi pelbagai lagi masalah kesihatan lain, seperti yang telah dinyatakan di atas.

#5. Gaya hidup tidak sihat

ciri ciri air mani subur
Masalah sperma yang menjejaskan kesuburan lelaki.

Apakah maksud gaya hidup tidak sihat yang diperkatakan? Contohnya adalah menghisap rokok, meminum alkohol, diet tidak seimbang serta kurang melakukan senaman.

Untuk pengetahuan anda, kesemua contoh gaya hidup sedentari di atas boleh menyumbang kepada penghasilan air mani yang tidak sihat dan sempurna.

Ini sekali gus akan mengakibatkan masalah kecairan air mani bagi kalangan kaum lelaki.

Maka cuba ubah gaya hidup anda dari sekarang. Sebagai seorang suami dan bakal bapa, anda perlu menjadi contoh yang baik. 

Oleh itu, berhentilah merokok dan hadkan pengambilan minuman beralkohol. Dalam masa yang sama, ajak dan ajar pasangan anda untuk mengamalkan pemakanan yang sihat serta bersama-sama melakukan senaman.

Bagaimana cara mengatasi air mani cair?

Kesimpulan

Ramai lelaki yang mengalami masalah air mani ini akan beranggapan bahawa ia adalah normal sedangkan ia tidak.
Ia mungkin akan menjejaskan kesuburan anda lantas menyukarkan usaha anda untuk membuat pasangan hamil.
Anda mahu ini terjadi? Jika tidak, sila ubah gaya hidup anda dan segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi mengenai masalah ini yang anda mungkin hadapi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Low sperm count. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/low-sperm-count/symptoms-causes/syc-20374585. Accessed on February 4, 2020.
  2. What is Male Infertility?. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/m/male-infertility. Accessed on February 4, 2020.
  3. Male fertility problems. https://www.rcog.org.uk/en/patients/fertility/male-problems/. Accessed on February 4, 2020.
  4. Azoospermia. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15441-azoospermia. Accessed on February 4, 2020.
  5. Male Infertility. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17201-male-infertility. Accessed on February 4, 2020.

Versi Terbaru

05/03/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

6 Sebab Air Mani Jadi Berketul, Cuba 'Check' Pemakanan Anda!

Wahai Lelaki, Ini 7 Punca Air Mani Berwarna Merah Seakan Bercampur Dengan Darah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan