Kata orang, suami isteri selepas kahwin kena semakin lama semakin intim, terutamanya dalam bab kenikmatan hubungan seksual selepas kahwin. Jangan waktu awal sahaja hangat, kemudian semakin hambar.
Jadi, bagaimana anda yang baru sahaja berkahwin dan berkeluarga kecil dapat terus menjalani kehidupan seksual yang bahagia?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
Penting untuk hangatkan hubungan seksual selepas kahwin
Sebelum mendirikan rumah tangga, individu mungkin pernah berimaginasi dan berfantasi tentang kehidupan seksual terutama di saat malam pertama sebagai pasangan suami isteri.2
Pada hari, bulan dan mungkin tahun terawal, segalanya berjalan dengan sangat berjaya. Namun, semuanya bakal berubah menjadi sedikit hambar jika anda tak buat sesuatu untuk hangatkan aksi di ranjang dengan pasangan.1
Untuk pengetahuan anda semua, adalah normal untuk aktiviti di kamar tidur bertukar ‘suram’ gara-gara pelbagai faktor. Masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja!
Ada beberapa alasan yang boleh memicu pasangan suami isteri muda menjadi ‘sendu’ di ranjang, antaranya seperti berikut:3
- Kebosanan
- Terlalu sibuk dan letih dengan kehidupan
- Ekspektasi yang tidak kesampaian
- Kurang yakin dengan tubuh badan sendiri
- Rasa tidak selesa atau sakit ketika seks
- Pergaduhan dan konflik
- Perancangan keluarga
Akibatnya, hubungan seksual selepas kahwin itu mulai hambar walau usianya masih belum terlalu lama. Wujudkah faktor lain yang boleh mempengaruhi masalah ini?
Hubungan seksual selepas kahwin mula menurun gara-gara ada anak?
Menurut kajian bergenerasi bermula tahun 2008 sehingga 2014 di Nepal, majoriti individu memilih untuk berkahwin sekitar umur 20 ke 30 tahun dengan usia 25 sebagai angka yang paling ideal.4
Di negara kita bahkan seantero dunia juga mungkin sependapat dengan angka ini kerana ia merupakan usia di mana tubuh badan manusia sedang berada dalam kondisi paling sihat dan kuat.
Ini bermaksud pada usia sekitar 30 tahun dan ke atas, anda mungkin sudah mempunyai seorang, dua atau lebih anak bukan?
Pertambahan jumlah ahli keluarga dengan kehadiran cahaya mata di awal usia perkahwinan boleh menimbulkan masalah lain.5 Individu mungkin akan mengalami penurunan tahap libido atau nafsu syahwat.
Selain kehadiran anak dan faktor-faktor seperti di atas tadi, diet serta gaya hidup yang tidak sihat juga boleh menyumbang kepada kejatuhan keinginan seksual lantas menjejaskan kehidupan di ranjang!
Pasangan suami isteri muda, jangan takut untuk mencuba!
Dalam usaha untuk merancakkan hubungan seksual selepas kahwin dan mempunyai anak, ada banyak perkara yang anda boleh terokai untuk memberi kenikmatan semasa beraksi di bilik tidur.
Memandangkan terdapat pelbagai kekangan dari segi posisi, lokasi dan segenap hal yang berkaitan dengan seks ia sudah tentu bukan perkara mudah.6
Namun, jangan jadikan itu alasan. Perkara baru seperti penggunaan alatan atau mainan seks boleh membantu membuat hubungan kalian lebih rancak.6 Kenapa harus takut mencuba sedangkan anda tahu ada usaha yang akan berhasil?
Cara-cara di bawah ini boleh membantu anda untuk mendapatkan hubungan seksual selepas kahwin di usia muda yang lebih hangat dan intim:
#1. Manfaatkan sex toy
Pertama dan paling menarik, anda dan pasangan boleh cuba memanfaatkan alat mainan seks atau sex toy di dalam aktiviti seksual kalian yang mungkin belum pernah menggunakan cara ini.7
Permainan seperti dildo, vibrator, cock ring, butt plug dan lain-lain bukan sahaja akan menyemarakkan keintiman bahkan memberikan satu kelainan buat anda dan pasangan.7
Tidak perlu terlalu risau dengan risiko jangkitan, kecederaan atau kemalangan kerana kini telah wujud produk tahap premium yang sihat dan selamat digunakan buat pengguna baru seperti anda!
#2. Gunakan alat kontraseptif
Ada pasangan suami isteri muda yang mungkin khuatir dengan risiko kehamilan jika melakukan hubungan seksual selepas kahwin dengan terlalu kerap.
Khusus bagi mereka yang sedang merancang, penggunaan alat kontraseptif seperti kondom akan sangat membantu.8 Dengan produk yang berkualiti dan berkesan, tiada apa yang kalian perlu risaukan.
Penggunaan kondom yang berduri, berperisa atau sensitif boleh menghangatkan lagi aksi anda di ranjang! Tentunya mengujakan pasangan di bilik tidur, selain tidak perlu risau tentang risiko hamil.
#3. Gunakan cecair pelincir
Bagi melengkapkan usaha-usaha di atas, anda dan pasangan boleh menggunakan cecair pelincir yang sudah tentu akan memudahkan segala urusan di dalam projek asmara kalian.9
Dengan produk yang diperbuat daripada bahan asas dan asli H20, ia sudah tentu sihat serta selamat untuk digunakan selain bebas daripada risiko terkena alergi, infeksi atau kecederaan seksual.
Tidak hanya itu, pelincir yang bergred tinggi turut mampu membantu mencegah masalah seks yang terlalu ‘kering’ pada alat kelamin, lantas menghidupkan lagi ‘suasana’ atas katil.9
Apa yang lebih penting, cecair pelincir daripada Durex juga akan membantu mengurangkan risiko kebocoran kondom sekali gus mengelakkan kehamilan di luar jangkaan.
Durex, jenama utama untuk kehidupan seksual anda
Persoalannya, dari mana kalian boleh mendapatkan produk-produk yang boleh menambah keterujaan hubungan seksual selepas kahwin di usia muda ini? Tidak lain dan tidak bukan, jawapannya adalah Durex!
Syarikat gergasi yang sudah lama bertapak dan berkhidmat sebagai pengeluar peralatan seks utama ini mempunyai pelbagai produk termasuk sex toy, kondom dan cecair pelincir yang tinggi kualiti.
Dengan produk dan cara penggunaan yang tepat, anda yang baru sahaja berkahwin dan berkeluarga kecil tidak perlu risau lagi memikirkan cara untuk tambah keseronokan aktiviti seksual di kamar tidur kalian berdua.6
Maka, manfaatkan dan gunakan produk seperti ini untuk rancakkan projek asmara anda dan pasangan!
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang bagaimana Durex boleh membantu hubungan intim anda.
[embed-health-tool-ovulation]