Setiap pasangan suami isteri tentu sahaja mendambakan hubungan seks nikmat dalam usaha mengekalkan kehangatan dan keharmonian rumah tangga. Persoalannya, bagaimana cara untuk kalian mendapatkannya?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Setiap pasangan suami isteri tentu sahaja mendambakan hubungan seks nikmat dalam usaha mengekalkan kehangatan dan keharmonian rumah tangga. Persoalannya, bagaimana cara untuk kalian mendapatkannya?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
Sebenarnya, seks bukan sahaja penting bagi suami isteri menyalurkan nafsu syahwat dengan cara yang betul, bahkan ia juga mustahak untuk individu memanjangkan zuriat dan keturunan masing-masing.
Dalam pada itu, hubungan intim atau kelamin turut merupakan salah satu bentuk terapi diri dalam usaha mengekalkan kesihatan fizikal dan mental supaya sentiasa kekal di tahap yang terbaik lagi terjamin.
Sehubungan di atas, aktiviti seksual di ranjang wajar dipertingkatkan kualiti atau kuantiti agar dapat menyemarakkan lagi perhubungan pasangan suami isteri. Namun, tidak ramai yang tahu bagaimana caranya bukan?
Untuk pengetahuan anda semua, seks nikmat tidak sukar untuk dicapai dan diulang kembali pada masa hadapan kelak.
Apa yang mungkin anda dan pasangan perlukan hanya amalkan seks dengan berpandukan kepada dua perkara penting.
“Seks yang hebat bukan sahaja mementingkan kepuasan malah juga keseronokan dan kegembiraan. Caranya, anda dan pasangan perlu ada komunikasi, kerjasama dan inisiatif yang baik supaya hubungan di kamar tidur itu mampu dijalani serta dinikmati pada tahap maksimum,” jelas Pakar Seks, Dr Logan Levkoff.
Baca lagi artikel berkaitan:
Ya, tentu sahaja wujud aspek utama di dalam hubungan seks dengan pasangan yang kalian mesti ambil tahu. Ada dua perkara penting untuk membuat aktiviti di ranjang sentiasa kekal menarik iaitu:
Pertama dan paling penting, anda dan pasangan wajar mengamalkan hubungan seksual yang sihat dari sudut kualiti serta kuantiti. Maksudnya, cara kelakuan dan tahap kekerapan aktiviti seksual itu perlu tepat.
Menurut ramai pakar, seks itu tidak hanya melibatkan aktiviti penetrasi zakar ke dalam faraj sahaja malah juga tingkah laku seperti pelukan, ciuman atau sentuhan yang bakal merangsang nafsu syahwat individu.
Dari sudut kekerapan pula, ramai pakar serta pasangan itu sendiri turut percaya bahawa sekali hubungan penetrasi di dalam seminggu sudah memadai namun ia tetap bergantung kepada individu masing-masing.
Kemudian, hubungan seks sudah tentu wajar bebas daripada sebarang jenis penyakit khususnya kondisi infeksi kelamin (STD/STI) agar ia tidak menjejaskan atau membahayakan kesihatan diri anda atau pasangan.
Dalam erti kata lebih mudah, aktiviti seksual itu hanya akan menjadi nikmat jika anda mampu membuat ia lebih sihat!
Apa yang dimaksudkan dengan kata selamat di dalam seks? Sesungguhnya, keselamatan itu wajar dilihat serta dinilai dari sudut kontraseptif di mana kalian perlu fikir persediaan bagi menimang cahaya mata.
Kalau anda sudah bersedia dan mahu ada anak, maka boleh buat seks seperti biasa sahaja. Berbeza pula jika anda tidak bersedia, alat dan kaedah kontraseptif seperti kondom adalah antara ikhtiar yang wajar kalian pertimbangkan.
Selain itu pula, ketahuilah seks nikmat kadangkala boleh mencederakan fizikal terutama jika anda mengamalkan seks ganas, bahaya atau luar tabii termasuk dari segi posisi, lokasi serta metode yang agak luar biasa.
Kadangkala, aktiviti seksual juga mungkin memberi kesan kepada mental yakni emosi anda atau pasangan. Bayangkan situasi di mana hubungan itu dibuat tanpa rela atau paksa, ia bakal membinasakan fikiran kalian.
Mungkin masih tidak salah untuk anda bereksperimen dalam berhubungan, syaratnya jangan pula sampai berlebihan!
Sebagai pasangan suami isteri yang mendambakan hubungan seks nikmat, pastikan dua syarat di atas – kesihatan dan keselamatan itu tidak akan diabaikan dan diberi perhatian lebih hebat lagi oleh kalian berdua.
Konklusinya, seks perlu ada komunikasi, kerjasama dan inisiatif baik supaya hubungan kalian kekal sihat serta selamat!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen