Sebilangan wanita mungkin ingin tahu cara mengeluarkan air mani daripada faraj selepas melakukan hubungan seks, sama ada atas sebab kebersihan atau bagi mencegah kehamilan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Sebilangan wanita mungkin ingin tahu cara mengeluarkan air mani daripada faraj selepas melakukan hubungan seks, sama ada atas sebab kebersihan atau bagi mencegah kehamilan.
Namun, apabila air mani telah memasuki serviks melalui saluran faraj, tidak ada cara yang terbukti secara saintifik dapat mengeluarkannya.
Namun, terdapat beberapa cara untuk membersihkan faraj dan kawasan di sekitarnya dengan selamat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Faraj adalah saluran fleksibel yang menghubungkan bukaan faraj ke serviks.
Orang sering keliru antara faraj dengan vulva, yang merupakan bahagian luar alat kelamin wanita.
Faraj bersifat self-cleaning (membersih sendiri), jadi kaum Hawa tidak perlu membersihkannya segera setelah melakukan hubungan seks.
Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan faraj selepas hubungan seks.
Cara paling mudah mencuci kawasan faraj adalah dengan membilas secara lembut menggunakan air suam.
Persatuan Kesihatan Seksual Amerika (ASHA) mengesyorkan untuk menggunakan sabun tanpa pewangi di sekitar kawasan faraj.
Sebaiknya, elakkan sabun yang wangi kerana boleh menyebabkan kegatalan dengan mengganggu tahap pH vagina anda.
Sebilangan orang mungkin ingin mengeluarkan air mani daripada faraj mereka selepas melakukan hubungan seks dengan harapan dapat mencegah kehamilan.
Air mani adalah gabungan cecair yang mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, dan sperma.
Sperma adalah sel pembiakan lelaki, dan apabila ia bergabung dengan telur wanita, ia boleh menyebabkan kehamilan.
Secara saintifiknya, air mani memasuki rahim dalam beberapa minit selepas ejakulasi dan sperma boleh hidup di dalam faraj sehingga 7 hari.
Sebaik sahaja sperma memasuki rahim, tidak ada cara yang terbukti secara saintifik dapat membuangnya semula.
Walaupun beberapa bukti menunjukkan ada cara untuk mengeluarkan air mani daripada faraj, namun masih tiada bukti saintifik untuk menyokong tuntutan ini.
Beberapa cara mengeluarkan air mani yang dicadangkan termasuklah:
Namun begitu, ada beberapa kaedah yang menunjukkan cara mengeluarkan air mani daripada faraj.
Sekiranya seseorang wanita berusaha untuk mengeluarkan air mani daripada farajnya untuk mencegah kehamilan, mereka harus segera menghubungi atau mendapatkan khidmat nasihat doktor.
Doktor mungkin dapat memberikan pil kontraseptif kecemasan, seperti pelan B, yang juga disebut sebagai morning after pill, berfungsi dengan cara menghentikan ovari daripada melepaskan telur.
Pil ini boleh diambil sehingga 5 hari selepas melakukan hubungan seks, tetapi mengambilnya dengan lebih awal adalah lebih berkesan dan efektif.
Bagi para wanita yang tidak mahu hamil, terdapat beberapa cara untuk mencegah kehamilan.
Kini anda telah tahu cara mengeluarkan air mani.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen