backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

5

Tanya Doktor
Simpan

Suami Terlepas Nak Tarik Keluar Zakar Semasa Bersetubuh, Adakah Morning After Pill Boleh Bantu?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 10/07/2023

    Suami Terlepas Nak Tarik Keluar Zakar Semasa Bersetubuh, Adakah Morning After Pill Boleh Bantu?

    Alang-alang dah makan pil perancang kecemasan, selamat ke jika ingin terus melakukan hubungan seks tanpa perlindungan selepas itu?

    Eh jangan! Rancang kehamilan anda dengan bijak! Jangan terlampau bergantung kepada pil kontraseptif kecemasan terlalu kerap.

    Jika anda ingin tahu lebih lanjut, jom ikuti artikel yang kami sediakan di bawah!

    Bila masa yang sesuai anda patut makan pil kontraseptif?

    Pil perancang kecemasan ataupun dikenali juga sebagai Plan B atau morning after pill merupakan pil yang diambil wanita setelah melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

    Kadangkala, situasi kecemasan seperti kondom bocor ataupun tidak sempat ‘tarik keluar’ berlaku ketika melakukan hubungan seks.

    Ketika inilah penting untuk isteri mengambil pil perancang kecemasan bagi mengelakkan daripada mengalami kehamilan yang tidak dirancang.

    Seperti namanya, morning after pill haruslah diambil selepas melakukan hubungan seksual.

    Namun, ada juga yang bertanya sama ada pil perancang masih berkesan jika masih melakukan hubungan seks tanpa perlindungan selepas makan pil kontraseptif.

    Jom, ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah!

    Boleh ke lakukan aktiviti seksual tanpa perlindungan selepas makan morning after pill?

    pil perancang kecemasan

    Pertama sekali, anda haruslah faham bagaimana pil kontraseptif kecemasan berfungsi.

    Anda perlu tahu bahawa kebanyakan pil yang dijual di pasaran mengandungi levonorgestrel, sejenis hormon yang membantu untuk hentikan atau melambatkan ovulasi.

    Oleh itu, lebih cepat anda mengambil pil kontraseptif kecemasan, lebih berkesanlah pil tersebut untuk mengelakkan anda daripada mengandung.

    Tetapi, apa akan jadi jika anda ambil pil selepas bersenggama?

    Sekiranya anda masih melakukan hubungan seksual selepas mengambil pil kontraseptif kecemasan, anda akan mengurangkan kadar keberkesanan pil tersebut.

    Selain itu, anda perlu ingat sperma boleh kekal berada di dalam badan wanita selama 5 hari selepas anda berhubungan seks.

    Oleh itu, jika ovulasi berlaku selepas 5 hari, dan anda telahpun bersenggama selepas makan pil perancang, tinggi kemungkinan untuk anda mengandung walaupun telah mengambil pil kontraseptif kecemasan!

    Selain itu, anda tidak patut keliru antara pil kontraseptif kecemasan dan pil pengguguran.

    Pil kontraseptif kecemasan tidak akan membuatkan anda gugur. Oleh itu, ia tidak berkesan diambil jika anda telah mengandung.

    Morning after pill hanya akan menghalang kehamilan jika anda mengambilnya selepas melakukan hubungan seksual.

    Oleh itu, jika anda bersetubuh tanpa sebarang perlindungan selepas makan pil, ia sudah tidak mampu menghalang anda daripada mengandung.

    Anda terpaksa mengambil semula pil tersebut jika tidak mahu mengandung. Ataupun, anda boleh beralih kepada penggunaan IUD sebagai salah satu kaedah kontraseptif kecemasan lain.

    Ambil pil kontraseptif kecemasan hanya sekali dalam sebulan!

    Morning after pill hanya boleh diambil sekali dalam satu kitaran haid. Pil perancang kecemasan akan mengganggu kitaran haid anda jika diambil terlalu kerap.

    Pil perancang kecemasan juga boleh menyebabkan anda datang haid terlalu awal atau lambat sedikit pada kitaran yang akan datang.

    Selain itu, period pain yang bakal anda rasa juga mungkin akan jadi lebih teruk.

    Walau bagaimanapun, mengambil pil perancang lebih dari sekali tidak akan mempengaruhi kesuburan ataupun kebolehan seorang wanita untuk mengandung di masa hadapan.

    Namun, itu tidak bermakna anda boleh mengambil pil ini berkali-kali ya!

    Pastikan anda lebih selamat ketika melakukan hubungan seks

    pil perancang kecemasan

    Jika anda dan pasangan gemar untuk melakukan hubungan seks tanpa sebarang perlindungan, mungkin sudah tiba masanya anda cuba kaedah kontraseptif yang lain selain kondom dan juga pil untuk rancang kehamilan.

    Ada banyak kaedah lain yang boleh dicuba untuk rancang kehamilan seperti suntikan depo-provera, implant hormon, tampalan hormon, gegelang hormon dan juga pengunaan IUD.

    Kesemua kaedah di atas ada baik dan buruknya yang tersendiri. Tetapi, ia lebih baik daripada bergantung 100% pada pil kontraseptif kecemasan semata-mata.

    Walau bagaimanapun, anda mungkin masih perlu memakai kondom jika mahu elakkan jangkitan STD.

    Disebabkan ada terlalu banyak pilihan untuk kontraseptif, anda mungkin akan rasa bingung dan keliru.

    Berbincanglah dengan doktor jika kurang pasti dengan kaedah kontraseptif mana yang sesuai dengan gaya hidup anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 10/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan