Pengalaman pakai kondom adalah antara cara untuk mencegah kehamilan. Tetapi kalau salah pakai, ia tidak berkesan. Jadi, inilah cara memakai kondom yang patut anda tahu. Jangan tersilap lagi ya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Kondom yang disukai wanita, berguna?
Penggunaan kondom 1 kaedah terbaik yang berfungsi sebagai pelindungan diri. Ia adalah salah satu bentuk kawalan kelahiran yang paling mudah dan biasa digunakan.
Kondom juga cara paling popular bagi mencegah jangkitan penyakit kelamin (STD).
Menggunakan kondom dengan betul setiap kali anda melakukan hubungan seks adalah 1 cara untuk mengurangkan risiko kehamilan dan STD.
Malahan, melalui cara memakai kondom yang betul dan konsisten, anda boleh mencapai sehingga 98% keberkesanan untuk mencegah kehamilan.
2 jenis alat kontraseptif ini
Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 2 jenis kondom:
- Kondom luaran untuk lelaki – disarungkan pada batang zakar.
- Kondom dalaman untuk wanita – diletakkan dalam salur faraj.
Sudah tentu kondom yang popular dan mudah didapati adalah kondom untuk lelaki. Ia perlu diletakkan pada zakar yang tegang sebelum aksi bersetubuh bermula.
Anda mungkin tidak pernah melihat atau langsung tidak pernah tahu tentang kewujudannya, tetapi kondom wanita sememangnya ada.
Bagi cara penggunaannya pula, ia perlu diletakkan di dalam saluran faraj dan boleh dimasukkan beberapa jam sebelum bersama pasangan.
Di sini, anda boleh mengetahui cara penggunaan kondom wanita yang betul. Tetapi bagaimana pula cara memakai kondom lelaki?
Tip cara memakai kondom lelaki yang betul
Untuk memastikan langkah pencegahan kehamilan berkesan, anda perlu memakai kondom saat zakar mengalami ereksi.
Tetapi pastikan zakar anda tidak menyentuh kawasan kemaluan pasangan – vulva, faraj, anal, punggung atau bahagaian paha atas jika anda belum memakai alat pencegah kehamilan ini.
Atau anda mungkin berdepan dengan kemungkinan berlakunya kehamilan mengejut, sedangkan kalian berdua masih belum bersedia untuk menimang zuriat.
Berikut 7 cara memakai kondom yang betul bagi mencegah kehamilan:
- Kondom mampu bertahan lama. Tetapi sebelum menggunakannya, pastikan anda menyemak tarikh luput yang dicetak pada pembungkus atau kotak. Pastikan anda mengoyakkan pembalut kondom dengan berhati-hati agar alat ini tidak terjejas. Elak menggunakan gigi atau gunting.
- Pastikan kondom tersedia untuk digulungkan dengan cara yang betul. Gelung kondom patut berada di luar dan kelihatan seperti topi kecil. Anda boleh lepaskan gulungnya sedikit bagi memastikan ia berada pada kedudukan luar-dalam yang betul. Jika sudah pakai dalam keadaan terbalik, tanggalkan dan gunakan yang baru. Jangan guna semula!
- Pegang bahagian hujung kondom dan letakkan pada kepala zakar. Tinggalkan sedikit ruang pada bahagian atas sebagai tempat mengumpulkan air mani.
- Untuk cara memakai kondom yang betul, buka gulungan kondom ke bawah batang zakar hingga ke pangkal. Jika perlu titikkan beberapa titis pelincir, sama ada berasaskan air atau silikon pada bahagian hujung kondom sebelum membuka gulungan. Boleh juga tambah pelincir pada bahagian luar kondom selepas memakainya pada zakar. Penggunaan pelincir menjadikan aktiviti seks lebih baik dan mencegah kondom daripada terkoyak.
- Nikmati seks anda dengan pelbagai posisi kegemaran kalian!
- Selepas ejakulasi, pegang tepi bahagian kondom dan tarik zakar daripada faraj pasangan. Anda perlu menarik zakar keluar sebelum ia menjadi lembut dan tidak tegang. Ini kerana ia berisiko menjadikan kondom longgar dan air mani boleh keluar.
- Tarik kondom dengan berhati-hati. Pastikan anda berada jauh daripada pasangan agar tidak berlaku pertumpahan air mani. Buangkan kondom di dalam tong sampah. Jangan buang di dalam tandas atau boleh berlaku penyumbatan!
Cara memakai kondom betul – jangan guna semula
Walaupun anda tahu cara memakai kondom yang betul, tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda mengguna semula kondom yang telah digunakan.
Gunakan kondom yang baharu setiap kali anda ingin bersama pasangan. Bahkan jika ingin bertukar aksi seks, daripada seks anal kepada seks faraj, pastikan anda menukar kondom.
Malahan jika kondom itu masih baru tetapi sudah melepasi tarikh luputnya, jangan berani mengambil risiko untuk memakainya.
Ini kerana ia meningkatkan kemungkinan untuk berlaku kehamilan. Inilah sebab kenapa pakai kondom tapi mengandung.
Jika zakar hilang ereksi atau menjadi kurang tegang semasa memakai kondom, ia adalah 1 perkara biasa.
Seandainya anda melalui situasi tersebut, tanggalkan kondom untuk lelaki tersebut. Apabila zakar kembali tegang, gunakan kondom baharu.
[embed-health-tool-ovulation]