Si dia tidak mahu pakai kondom masa seks? Tidak mengapa, ada cara pakai kondom wanita yang boleh dicuba. Ini penting terutama jika anda ingin elak hamil dan mencegah jangkitan penyakit kelamin.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Si dia tidak mahu pakai kondom masa seks? Tidak mengapa, ada cara pakai kondom wanita yang boleh dicuba. Ini penting terutama jika anda ingin elak hamil dan mencegah jangkitan penyakit kelamin.
Kondom wanita atau Femidon, boleh membantu mencegah jangkitan penyakit kelamin (STD) temasuklah HIV semasa bersetubuh.
Kondom ini juga boleh dimasukkan ke dalam dubur untuk seks anal bagi melindungi jangkitan STD (seks jenis ini diharamkan bagi mereka yang beragama Islam).
Jika kondom untuk lelaki adalah jenis luaran, kondom wanita pula dikenali sebagai kondom dalaman yang turut berfungsi sebagai alat pencegah kehamilan (kontraseptif) yang dapat mencegah kehamilan.
Untuk menggunakannya anda perlu tahu cara pakai kondom wanita yang betul. Bagaimana?
Sebelum anda mengetahui cara pakai kondom wanita yang betul, jom ketahui apa sebenarnya yang dikatakan dengan Femidon ini.
Umumnya, kondom ini akan dimasukkan ke dalam saluran faraj atau dubur. Ia akan bertindak sebagai ‘dinding penghadang’ yang mencegah kemasukan cecair badan dan air mani ke dalam uterus.
Jika kondom lelaki dihasilkan daripada bahan lateks, kondom wanita pula diperbuat daripada bahan plastik lembut yang disebut sebagai nitril.
Mesti anda tertanya-tanya kenapa perlu anda memakainya sedangkan ada kondom untuk lelaki yang lebih mudah untuk digunakan.
Memang betul apa yang anda fikirkan itu, tetapi bagaimana jika si dia tidak mahu memakainya?
Adakah anda rela membiarkan diri berdepan risiko kehamilan mengejut atau sebarang penyakit jangkitan kelamin?
Penggunaan kondom ini dikatakan sangat berkesan untuk mengurangkan risiko kehamilan.
Bahkan dengan cara pakai kondom wanita yang betul, ia memberikan perlindungan terbaik untuk mencegah jangkitan penyakit kelamin (STD) seperti gonorrhea atau sifilis.
Jika anda menggunakan kondom, pastinya anda boleh menikmati hubungan seks tanpa perlu risaukan sebarang risiko kehamilan, apatah lagi saat kalian belum bersedia untuk menimang zuriat.
Berikut disenaraikan apa yang boleh dan patut dielakkan semasa pemakaian kondom wanita ini, iaitu:
Kaedah masukkan dan keluarkan kondom wanita
Baik kondom lelaki atau kondom wanita, kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, iaitu mengelakkan kehamilan dan juga mencegah jangkitan penyakit kelamin.
Sebelum menggunakan kondom, berbincanglah dengan pasangan. Pastikan mereka tahu bahawa ini adalah kaedah perlindungan terbaik untuk kalian berdua.
Sebaiknya lakukan perbincangan sebelum melakukan seks.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen