backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

6

Tanya Doktor
Simpan

5 Perkara Punca Pil Perancang Tidak Berkesan, #4 Mungkin Anda Tidak Percaya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman Ā· Dokter Umum Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid Ā· Disemak pada 2 minggu lalu

    5 Perkara Punca Pil Perancang Tidak Berkesan, #4 Mungkin Anda Tidak Percaya!

    Jika ditanyakan pada pasangan suami isteri, pasti semua mahu anak, kan? Pun begitu, tidak semua bersedia untuk memiliki anak, justeru menggunakan pelbagai kaedah kontrasepsi ketika beraksi di kamar tidur. Tapi, anda tahu tak cara makan pil perancang?

    Antara kaedah merancang keluarga yang paling biasa dipraktikkan oleh pasangan suami isteri adalah penggunaan kondom dan pengambilan pil perancang.

    Ya, kedua-dua teknik ini mempunyai tahap keberkesanan yang agak tinggi sehingga 99% namun pengambilan pil perancang mungkin boleh jadi kurang berkesan.

    Kenapa? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui cara makan pil perancang pertama kali!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Apa itu pil perancang kehamilan?

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, wajarlah untuk kita belajar serba sedikit tentang perkara ini terlebih dahulu.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, pil perancang kehamilan adalah sejenis pil yang digunakan untuk menghalang atau mencegah kehamilan luar jangkaan dari berlaku.

    cara makan pil perancang
    Manfaat pengambilan pil perancang.

    Ia berfungsi dengan cara menghentikan proses ovulasi yang berlaku dalam tubuh badan wanita.

    Jika wanita tidak mengalami proses ini, maka mustahil untuk sperma dan telur melalui proses persenyawaan.

    Bukan itu sahaja, pil ini juga berupaya melikatkan mukus yang terdapat pada serviks wanita.

    Mukus ini seterusnya akan menghalang sperma dari berenang memasuki telur lalu menyekat proses persenyawaan.

    Jenis pil perancang kehamilan

    • Combined pills ā€“ mengandungi 2 hormon iaitu estrogen dan progestin
    • Progestin-only pills ā€“ mengandungi 1 sahaja hormon iaitu progestin

    Akan tetapi, cara makan pil perancang ini boleh jadi kurang berkesan akibat beberapa faktor. Jom sama-sama kita kupas!

    Cara makan pil perancang salah punca kurang berkesan?

    Menurut ramai pakar perancang keluarga, pil ini mempunyai tahap keberkesanan yang sangat tinggi iaitu sehingga 99%.

    Pun begitu, angka ini boleh turun kepada 91% atau kurang lagi bergantung kepada cara makan pil perancang yang anda amalkan.

    Ini didalangi oleh beberapa faktor termasuklah:

    #1. Terlepas atau terlambat makan ubat perancang

    Menurut Profesor Obstetrik dan Ginekologi Fahimeh Sasan di Icahn School of Medicine, punca utama pil ini kurang berkesan adalah kerana tidak diambil setiap hari.

    Adakah terlepas 1 biji pil bermaksud anda pasti akan hamil? Tidak, namun ia akan meningkatkan risiko terutamanya jika pil yang anda terlepas itu adalah yang pertama.

    Ini bermaksud wanita tidak seharusnya terlepas dari ambil pil pada minggu pertama kerana ketika inilah telur akan mula dihasilkan untuk proses persenyawaan.

    Selain itu, terlambat mengambil pil ini juga boleh menurunkan tahap keberkesanannya. Oleh itu, jangan sesekali terlepas atau terlambat mengambilnya okay!

    #2. Mengambil ubatan lain bersama pil perancang

    Cara makan pil perancang supaya berkesan adalah mengambilnya tanpa ubatan lain.

    cara mengambil pil perancang yang betul
    Jenis pil perancang kehamilan di farmasi.

    Berikut merupakan senarai beberapa ubatan yang boleh mengganggu tahap keberkesanannya:

  • Antibiotik untuk tuberkulosis atau meningitis
  • Anticonvulsants atau penstabil mood
  • Antifungal
  • Antidepresan
  • Ubatan HIV
  • Ubatan diabetes
  • Ubatan hipertensi arteri pulmonari
  • Ubatan untuk merawat keloyaan
  • Ubatan untuk merawat kegelisahan
  • Jadi sila berjumpa doktor jika kalian terpaksa mengambil ubatan-ubatan ini serentak dengan ubat perancang kehamilan.

    #3. Mengambil suplemen lain bersama ubat perancang

    Sama seperti ubatan, beberapa suplemen juga boleh menurunkan tahap keberkesanan pil ini seperti:

    • Vitamin A
    • Vitamin C
    • Potassium
    • St. Jonhā€™s Wort
    • Soy Isoflavones

    Mungkin tidak salah untuk mengambil suplemen cuma pastikan anda telah berbincang dengan doktor terlebih dahulu ya?

    #4. BMI yang tidak stabil

    Terkejut bukan?

    Indeks jisim badan (BMI) yang terlebih akan mengakibatkan metabolisme tubuh badan terjejas lantas menyerap sebarang ubatan dengan lebih cepat.

    Kesannya, ia mungkin terbuang dengan lebih cepat dari tubuh badan melalui sistem perkumuhan yang seterusnya menurunkan tahap keberkesanannya.

    Disebabkan itu, ubat perancang kehamilan mungkin kurang sesuai buat individu dengan BMI melebihi 27. Sila berjumpa doktor untuk berbincang alternatif kontraseptif yang terbaik.

    pil perancang kehamilan
    Kenali jenis pil perancang yang sesuai dengan anda.

    #5. Menghidapi penyakit tertentu

    Penyakit tertentu seperti penyakit Crohn dan penyakit radang usus (IBD) boleh mengganggu penyerapan sebarang ubatan yang diambil secara oral.

    Menurut Profesor Obstetrik dan Ginekologi di The University of Tennessee Nikki B. Zite, segala yang mengganggu kebolehan tubuh badan menyerap hormon akan mempengaruhi tahap keberkesanan ubat perancang.

    Mayo Clinic turut menyatakan bahawa cirit-birit atau muntah-muntah yang serius juga akan memberi kesan yang lebih kurang sama.

    Konklusinya, sila amalkan cara makan pil perancang kehamilan dengan betul dan elakkan perkara di atas supaya ia berkesan dengan lebih baik!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum Ā· Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid Ā· Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan