AWAS, 6 Golongan Wanita Ini Tidak Digalakkan Guna IUCD Untuk Rancang Kehamilan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Selain kondom dan pil perancang, ada juga pasangan yang menggunakan Intrauterine Device (IUD) atau lebih dikenali sebagai IUCD dalam kalangan masyarakat kita.

Persoalannya, apa itu IUCD dan bagaimana ia berfungsi? Selain itu, kita juga perlu tahu tahap keberkesanan dan risikonya. Jom kita ikuti artikel dengan lebih lanjut.

Apa itu IUCD?

Ia adalah sebuah alat mencegah kehamilan yang dipasang di dalam rahim wanita. Ia berbentuk seakan huruf “T” dan diperbuat daripada plastik.

Secara umumnya, terdapat 2 jenis IUCD iaitu:

  • Copper – Alat yang disaluti tembaga ini akan menyebabkan rahim dan tiub fallopia secara tidak langsung menghasilkan cecair yang boleh merosak atau membunuh sperma.
  • Mirena – Alat yang mengandungi hormon progesteron ini akan membuat mukus dan serviks tebal dan melekit agar sperma tidak dapat tembus ke rahim lalu merosak dan membunuh sperma. 

Sebelum memutuskan untuk menggunakan jenis IUCD, anda perlu tahu bahawa alat ini sangat berisiko tinggi kerana ia akan dipasang di dalam rahim anda.

Sebaiknya, anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang terbaik buat anda.

Bagaimana ia berfungsi?

Secara umumnya, alat ini akan dipasang di dalam rahim dengan tujuan merosak dan membunuh sperma yang ingin masuk ke dalam rahim.

Ini membolehkan anda dan pasangan menjalani dan menikmati kehidupan seks seperti biasa tanpa menghiraukan kemungkinan berlakunya kehamilan luar jangkaan.

IUCD yang disaluti tembaga akan bertanggungjawab untuk menghalang sperma daripada menyuburkan telur dan memasukinya.

IUCD yang disaluti dengan hormon progesteron pula berfungsi dengan cara yang sama, tetapi juga akan menebalkan mukus serviks, menipiskan lapisan rahim, dan dalam beberapa kes menghentikan proses ovulasi sama sekali.

Siapa yang tidak digalakkan menggunakannya?

artis korea

Selain wanita yang masih belum mempunyai anak, wanita juga tidak digalakkan untuk menggunakan kaedah perancangan keluarga ini sekiranya anda:

  • Mempunyai alahan terhadap tembaga
  • Mempunyai kehamilan di luar rahim
  • Menghidapi jangkitan kelamin
  • Menghidapi penyakit PID
  • Mengalami kanser rahim atau kanser serviks
  • Mengalami pendarahan faraj yang tidak normal

Keberkesanan IUCD

Kedua-dua jenis IUCD ini sebenarnya sangat berkesan dalam mencegah kehamilan.

Ia dipercayai oleh pakar akan mengurangkan peratusan anda untuk hamil kepada 1% sahaja jika ia dipasang pada kedudukan yang betul di dalam rahim.

Paling penting, IUCD jenis mirena juga telah terbukti mampu mengawal menorrhagia.

Sebaik sahaja ia diletakkan di dalam rahim, alat ini dapat bertahan dalam masa yang lama.

Selain itu, IUCD jenis tembaga boleh kekal dalam rahim sehingga 10 tahun lamanya dan IUCD jenis hormon progesteron boleh kekal 3 hingga 5 tahun, bergantung kepada jenama.

Ini adalah pilihan yang baik buat mereka yang belum lagi bersedia untuk memulakan keluarga.

Risiko IUCD

Apabila anda memutuskan untuk memasang IUCD dalam rahim, anda mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan seperti yang berikut:

  • Untuk beberapa bulan pertama, akan berlaku pendarahan yang tidak teratur pada faraj
  • Tempoh haid lebih lama dengan lebih kekejangan terutamanya jikaa anda memasang IUCD jenis tembaga
  • Atau sekiranya anda memasang IUCD jenis hormon progesteron pula, haid anda mungkin lebih ringan dan lebih pendek atau anda tidak langsung mengalami tempoh haid
  • Selain itu, anda mungkin berasa sakit kepala, loya, tumbuh jerawat dan kelembutan payudara
  • Anda juga mungkin akan mengalami lebih tinggi risiko kehamilan luar rahim dan keradangan pelvik

positif-hamil-atau-simptom-period

Juga, bagi sesetengah individu, mereka mungkin mengalami beberapa masalah yang jarang berlaku seperti:

Pemecatan: IUCD mungkin boleh terkeluar sendiri dari rahim wanita secara tidak sengaja. Kadang-kadang anda juga tidak tahu apa yang telah berlaku. Kemungkinan ia berlaku adalah 3 hingga 10 peratus untuk IUCD copper dan 3 hingga 6 peratus untuk mirena dalam tahun pertama pemasangannya. Anda perlu jumpa doktor untuk memeriksa dalam tempoh 3 bulan pertama selepas IUCD itu mula-mula dipasang di dalam rahim.

Penembusan: IUCD mungkin menolak dan menekan dinding rahim semasa ia sedang dimasukkan ke dalamnya.

Penyakit radang pelvik (PID): terdapat risiko jangkitan yang sangat rendah daripada bakteria masuk ke dalam rahim anda semasa IUCD dipasang.

Baiklah, sekarang kita sudah tahu apa itu IUCD dan ia memang berkesan untuk mencegah kehamilan namun masih mempunyai risikonya.

Jadi, sila berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menggunakannya!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Takut Nak Ambil Pil Perancang ‘Plan B’ Sebab Ada Kesan Sampingan? Usah Gusar, Baca Ini Dulu

    Tidak dinafikan bahawa memang wujud kesan sampingan pil perancang kecemasan. Pun begitu ketahuilah bahawa ia tidaklah seteruk disangka. Jom klik artikel!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 07/01/2021 . 3 minit bacaan

    Pakai IUD Untuk Cegah Hamil? Fahami Dulu Risikonya, Boleh Sebabkan Jangkitan & Mandul!

    Pemakaian alat perancang keluarga IUD adalah salah satu cara yang amat berkesan dalam mencegah kehamilan. Namun, ia juga boleh menyebabkan jangkitan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 22/12/2020 . 3 minit bacaan

    Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Lonjong? Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya

    Semasa kelahiran secara vakum, doktor menggunakan alat vakum membantu bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Proses Bersalin 15/12/2020 . 3 minit bacaan

    Guna Kaedah Pancut Luar Untuk Elak Hamil? Ini Pro & Kontra Jika Cik Abang Lakukannya

    Adakah anda sebagai suami isteri pernah terfikir dan tertanya sama ada teknik pancut luar itu berkesan atau tidak? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 10/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    pil perancang keluarga

    AWAS Wanita! Anda Berisiko Alami Masalah Darah Beku Jika Ambil Pil Perancang Jenis Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    IUD terkeluar seks kasar

    Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
    sakit belakang semasa mengandung

    Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan