7 Tabiat Untuk Dapatkan Hubungan Seks Yang Sihat, Suami Isteri WAJIB Amalkan!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Setiap kali berbicara tentang hubungan seks, segala tabiat yang diamalkan oleh pasangan suami isteri pasti akan diungkit bukan?

Manakan tidak, segala tabiat buruk seperti menghisap rokok atau mengambil alkohol diketahui ramai akan mendatangkan kesan kepada keintiman kalian!

Jadi, sangatlah wajar untuk anda dan pasangan mengelakkan tabiat buruk dan mula mengamalkan tabiat sihat untuk mendapatkan seks yang sejahtera.

Persoalannya, apakah tabiat yang dikaitkan dengan seks yang sihat ini? Ayuh sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Tabiat untuk menggalakkan hubungan seks yang sihat

hubungan seks

#1. Berhenti merokok segera

Buat anda yang belum tahu, nikotin yang terdapat dalam tembakau rokok berisiko menyempitkan saluran darah khususnya yang terdapat pada zakar. Kesannya, hubungan seks kalian pasti akan terjejas.

Oleh itu, jangan berdegil dan sila berhenti merokok segera. Ia bukan sahaja akan meminimumkan risiko ini malahan juga mampu meningkatkan libido anda dan pasangan.

#2. Hadkan pengambilan alkohol

Ya, tidak dinafikan bahawa pengambilan alkohol secara berkala mungkin boleh mendatangkan manfaat. Ini kerana kebanyakannya mengandungi flavonoids yang boleh membantu melawan penyakit jantung dan kanser.

Pun begitu, ia juga boleh menyebabkan kegelisahan dan kemurungan jika diambil secara berlebihan. Jadi, sila hadkan pengambilan alkohol demi hubungan seks yang lebih terjamin.

#3. Fleksibel terhadap hubungan seks

Tidak terdapat sebarang garis panduan yang mengatakan berapa kali atau berapa kerap seks perlu dilakukan. Ini bermakna ia sudah pasti adalah berbeza mengikut individu masing-masing.

Tahap libido seseorang itu juga sangat bergantung kepada faktor kesihatan, pekerjaan, usia atau tekanan kehidupan seharian. Jadi, usahlah kalian bersifat terlalu tertutup mengenai kehidupan seks.

Sebaliknya, anda dan pasangan disarankan untuk lebih bersikap fleksibel. Dengan ini, kalian mampu bersikap lebih bertolak ansur, bertoleransi dan berkompromi agar hubungan seks yang sihat dapat dikecapi.

#4. Lebih banyak lakukan eksperimen

Pasangan mana yang tidak akan bosan jika asyik melakukan hubungan intim dengan cara dan pada waktu yang sama sahaja bukan? Oleh itu, cuba untuk lebih banyak lakukan eksperimen!

Lakukan posisi seks yang tidak pernah dicuba pada lokasi yang unik seperti di dapur atau tandas. Untuk lebih unsur kejutan, mungkin kalian boleh memperkenalkan alatan seks semasa aksi di ranjang.

Dalam erti kata yang lebih mudah, jangan terperangkap dengan hubungan kelamin yang biasa sahaja. Cuba bawa kelainan dan keunikan terhadapnya agar hubungan seks yang sihat dapat dicapai.

hubungan seks

#5. Buang tabiat menonton pornografi

Menonton video lucah selepas berkahwin mungkin boleh membantu pasangan untuk mempelajari pelbagai teknik berasmara yang baharu untuk dicuba bersama pasangan.

Pun begitu, ia juga sebenarnya boleh mendatangkan mudarat kerana ia mungkin menjejaskan kemampuan lelaki untuk mengekalkan ereksi atau wanita untuk mendapatkan orgasma.

Oleh itu, sila buang tabiat ini. Sebaliknya, berkomunikasilah dengan pasangan untuk membincangkan perihal hubungan seks kalian berdua!

#6. Makan secara sihat untuk hubungan seks yang sihat

Diet yang kaya dengan makanan tinggi antioksidan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat penting untuk tahap kesihatan yang baik. Dalam masa yang sama, ia juga mampu meningkatkan libido sekali gus menghangatkan lagi perhubungan di kamar tidur kalian.

Antara jenis diet yang dicadangkan adalah The Mediterranean Diet, yang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran serta pelbagai makanan yang kaya dengan asid omega-3.

Selain itu, sila tambahkan suplemen seperti CoQ10 dan lycopene untuk membantu meningkatkan tahap libido anda dan pasangan. Pun begitu, sila dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

#7. Kerap bertemu dengan pakar terapi hubungan seks

Kadangkala, tidak semua masalah kehidupan ini dapat kita selesaikan sendiri dan masih memerlukan pendapat orang yang lebih pakar.

Disebabkan itu, adalah wajar untuk kalian kerap bertemu dengan pakar terapi seks sekiranya terdapat masalah mengenai kehidupan seks kalian berdua.

Ini dapat membantu kalian untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan mencadangkan pelbagai nasihat, amalan dan senaman yang mampu menghangatkan lagi aksi di ranjang.

Kesimpulannya, sila buangkan segala tabiat buruk dan amalkan tabiat baik untuk mendapatkan hubungan seks yang lebih sihat dan sejahtera. Lakukan ini dan kami jamin hubungan asmara kalian akan bertambah baik!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 26, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Mac 25, 2020

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut