Penyakit Ulser Peptik: Info Lengkap Mengenai Simptom, Punca & Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 12/01/2021 . 4 minit bacaan
Share now

Apabila pakar gastroenterologi menggunakan istilah ‘ulser’, lazimnya mereka merujuk kepada masalah ulser peptik.

Persoalannya, apakah itu ulser peptik?

Ulser merujuk kepada bukaan kulit atau luka manakala istilah peptik pula merujuk kepada masalah berkaitan dengan asid.

Jenis ulser peptik

Penyakit ulser perut boleh dibahagikan kepada dua bergantung kepada lokasinya.

  1. Ulser gastrik. Anda dikatakan mempunyai ulser gastrik apabila luka terbentuk pada permukaan lapisan organ perut anda. Kesakitan yang dialami pesakit bagi jenis ulser ini kebiasaannya menjadi teruk setiap kali waktu makan.
  2. Ulser duodenal. Jika terdapat luka pada bahagian atas usus kecil (duodenum), anda dikatakan menghidap masalah ulser duodenal. Kesakitan yang dialami pesakit biasanya reda dengan pengambilan makanan.

Menurut pakar, anda boleh mengalami kedua-dua jenis ulser dalam masa yang sama.

Gejala dan simptom

Lazimnya, mereka yang ada masalah ulser peptik boleh mengalami simptom sakit perut.

Terdapat juga simptom lain yang boleh menjadi petanda kepada ulser peptik seperti:

Diagnosis

penyakit ulser perut

Jika doktor mendiagnosis anda mengalami ulser peptik selepas melakukan pemeriksaan fizikal dan sejarah pesakit, doktor akan melakukan ujian untuk mengesan bakteria H. pylori.

Ia boleh dilakukan menerusi tiga cara:

  1. Ujian urea dalam nafas: Semasa melakukan ujian ini, anda akan diberikan satu minuman khas yang mengandungi bahan khusus bagi bakteria H. pylori. Kesan daripada tindak balas tersebut akan menghasilkan urea yang kemudiannya boleh dikesan melalui nafas pesakit.
  2. Ujian antigen dalam najis: Digunakan bagi mengesan kehadiran bakteria di dalam najis pesakit.
  3. Mengesan antibodi H. pylori melalui ujian darah.

Cara lain untuk mendiagnosis masalah ulser peptik adalah dengan penggunaan EGD atau esofagogastroduodenoskopi atas.

Doktor akan menggunakan skop yang dilengkapi dengan kamera bagi melihat jika terdapat ulser pada permukaan perut anda.

Ia akan dimasukkan ke dalam mulut pesakit sehingga sampai ke organ perut dan duodenum.

Punca dan faktor risiko

Rumusannya, penyakit ulser peptik adalah keadaan di mana berlakunya pencernaan tisu pelindung bagi organ perut dan duodenum.

Apabila lapisan pelindung organ terganggu, rembesan asid semasa proses pencernaan boleh menyebabkan kerosakan pada tisu.

Persoalannya, apakah yang boleh menyebabkan lapisan pelindung tersebut tercerna?

Punca ulser peptik

Dua punca lazim yang boleh mempengaruhi integriti lapisan pelindung perut dan duodenum adalah jangkitan H. pylori dan penggunaan ubat radang bukan steroid (NSAID).

Jangkitan Helicobacter pylori (H. pylori)

Kebanyakan pesakit yang mempunyai ulser peptik turut menghidap jangkitan H. pylori

Walau bagaimanapun, perlu juga diingatkan bahawa bukan semua yang dijangkiti akan mendapat masalah ulser.

Ada yang tidak menunjukkan sebarang simptom pun!

Setakat ini, kita masih belum jelas akan proses patologi yang membolehkan H. pylori mencerna lapisan pelindung perut dan duodenum bagi sesetengah pesakit namun tidak bagi sebahagian yang lain.

Apa yang kita tahu adalah, bagi mereka yang berisiko, bakteria tersebut boleh bercambah pada lapisan tisu perut sehingga berlakunya keradangan.

Keadaan ini menyebabkannya lebih mudah cedera akibat gangguan asid.

Faktor risiko bagi ulser yang disebabkan oleh jangkitan H. pylori

Walaupun saintis masih lagi tidak pasti bagaimana bakteria ini boleh tersebar, ia boleh berlaku melalui beberapa cara:

  1. Pengambilan makanan dan air yang tercemar.
  2. Penggunaan peralatan yang tidak bersih semasa memasak atau makan.
  3. Kontak dengan cecair badan individu berjangkit.

Penggunaan NSAID

NSAID adalah singkatan kepada ubat anti radang bukan steroid. Ia merupakan sekumpulan ubat bagi merawat masalah kesakitan, demam dan radang.

Antara NSAID yang lazim digunakan adalah:

  • Diclofenac
  • Naproxen
  • Aspirin
  • Ibuprofen

Kebanyakan pesakit yang menggunakan ubat yang tersenarai walaupun tanpa preskripsi doktor tidak mengalami sebarang kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, risiko untuk NSAID menyebabkan masalah ulser meningkat jika anda menggunakannya pada dos tinggi untuk satu tempoh yang panjang.

Selain daripada menyebabkan masalah ulser, NSAID juga menyebabkan ulser menjadi semakin teruk.

Ia berikutan mekanismenya yang boleh mengganggu proses pembekuan darah (ulser juga boleh berdarah).

Faktor risiko bagi ulser yang disebabkan oleh NSAID

Bagi pengguna NSAID, anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat ulser sekiranya anda:

  • Wanita
  • Berusia 70 tahun dan ke atas
  • Mengambil lebih daripada 2 jenis NSAID
  • Mengambil NSAID untuk satu tempoh masa yang panjang
  • Mempunyai masalah kesihatan kronik
  • Pengambilan ubat yang boleh meningkatkan ketumpatan tulang
  • Pengambilan ubat lain seperti steroid
  • Merokok
  • Pengambilan alkohol

Rawatan 

ulser peptik

Lazimnya, rawatan ulser peptik tertumpu kepada pemberian ubat-ubatan. Antaranya adalah:

  1. Antibiotik: Penggunaan antibiotik boleh membantu pesakit untuk pulih daripada ulser peptik akibat jangkitan bakteria, H. pylori. Bergantung kepada keadaan klinikal pesakit, doktor akan mempreskripsikan antibiotik yang bersesuaian berdasarkan kepada keputusan ujian makmal dan sejarah perubatan (alergi).
  2. Penghalang pam proton atau PPI (contoh, omeprazole) berupaya untuk mengurangkan jumlah asid di dalam perut. Keadaan ini boleh membantu ulser anda untuk pulih.
  3. Antagonis Reseptor H2: Mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan PPI. Ia boleh mengurangkan jumlah asid di dalam perut. Antara yang lazim dipreskripsikan adalah ranitidine.
  4. Antasid: Berfungsi meneutralisasikan asid dalam perut. Ia boleh membantu melegakan gejala dan simptom akibat ulser.

Langkah pencegahan

Antara langkah pencegahan yang boleh menurunkan risiko penyakit ulser peptik adalah:

  1. Berhenti merokok. Kajian menunjukkan bahawa perokok lebih mudah mendapat ulser peptik berbanding mereka yang tidak merokok.
  2. Hadkan pengambilan alkohol. Dinasihatkan bagi lelaki untuk mengambil 2 minuman sehari (maksimum). Wanita pula hanya boleh mengambil 1 minuman sehari.
  3. Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang tercemar. Bersihkan perkakas memasak dan cuci tangan anda secara kerap.
  4. Jadi lebih peka apabila anda mengambil ubat NSAID. Rujuk doktor anda untuk nasihat sekiranya anda perlu mengambil ubat tersebut dan risau akan risiko ulser.

Konklusi

Tanpa rawatan, penyakit ulser perut boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti masalah pencernaan, pendarahan dalaman dan jangkitan.

Jika anda mengalami simptom ulser peptik, rujuk doktor dengan kadar segera.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Dalam Sebulan Puasa, Orang Gastrik Kena AMBIL 9 Makanan Ini

Penghidap gastrik antara individu terkesan dalam bulan Ramadan. Jadi ini adalah 9 jenis makanan yang perlu diambil untuk atasi masalah gastritis.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat, Perayaan 29/04/2020 . 3 minit bacaan

Berat Badan Turun 50 kg? Biar Betul!

Tidak mustahil untuk anda turun 50 kg berat badan. Apa? 50 kg?! Bagaimana? Ikuti artikel ini untuk mengetahui berkenaan dengannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 03/10/2019 . 3 minit bacaan

Anda Gastrik? Ketahui Puncanya

Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut. Istilah yang lebih tepat bagi keadaan ini adalah gastritis.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Gastrik Bukan Sekadar Angin Dalam Perut, Ini 4 Punca Kenapa Ia Berlaku & 11 Cara Merawatnya

Anda selalu rasa perut masuk angin, loya dan selalu sendawa kalau lambat makan? Itu mungkin tanda gastrik angin. Ini 3 cara hilangkan gastrik angin.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gastrik, Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 03/09/2019 . 5 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ulser perut

AWAS Bahaya Jika Selalu Stres! Tekanan Boleh Buat Anda Terkena Ulser Perut

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 29/12/2020 . 3 minit bacaan
jenis kanser perut

Ketahui Jenis Dan Tahap Kanser Perut, Penentu Rawatan Yang Sesuai Dengan Barah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 21/10/2020 . 6 minit bacaan
pembedahan bariatrik

Bukan Rawat Obesiti Saja, Pembedahan Bariatrik Juga Beri Manfaat Kepada Pesakit Diabetes!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 4 minit bacaan
pantang larang gastrik

Jangan Suka Tahan Lapar Sampai Pitam, Pesakit Gastrik Kena Patuhi 6 Pantang Larang Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 minit bacaan