Kerap Meneran Punca Angin Pasang? Awas Ya, Lelaki & Wanita Pun Boleh Kena!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Apa itu hernia? Persoalan ini sering kali diajukan oleh segelintir masyarakat kita setiap kali berbicara tentangnya. Ini kerana ia lebih dikenali dengan nama tradisionalnya iaitu ‘angin pasang’.

Ramai juga yang percaya ia sejenis penyakit yang boleh berlaku kepada golongan lelaki sahaja. Ya, ia mungkin lebih berisiko kepada lelaki namun wanita juga boleh menghidapinya.

Bersempena Bulan Kesedaran Hernia Kebangsaan yang disambut pada Jun setiap tahun, marilah kita sama-sama memberi lebih perhatian kepada penyakit yang jarang berlaku namun berbahaya ini!

Apa itu hernia?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah kita belajar serba sedikit mengenai penyakit angin pasang ini.

Hernia adalah keadaan di mana kandungan pada satu-satu ruang tubuh badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa ia berada.

Kandungan yang dimaksudkan ini adalah sebahagian daripada usus atau tisu lemak dengan lapisan membran yang seterusnya akan membentuk kantung hernia.

Kesannya, ia akan membonjol keluar dan mengakibatkan rasa sakit terutamanya ketika penderita batuk, bersin, membongkok atau mengangkat objek berat.

Hernia mungkin tidak begitu berbahaya. Pun begitu, ia juga tidak akan pulih dengan sendiri dan boleh menjadi punca kepada komplikasi kesihatan yang lain.

Jadi, jangan ambil mudah dengan penyakit angin pasang ini dan segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjutan.

Ada berapa jenis angin pasang?

Angin pasang: Benjolan Pada Abdomen

Antara jenis hernia yang sering berlaku adalah seperti berikut:

#1. Inguinal hernia

Hampir 75% kes angin pasang yang dilaporkan adalah dari jenis ini. Ia boleh berlaku di sekitar bahagian kelangkang atau perut serta boleh dikategorikan kepada 2 iaitu:

  • Angin pasang tidak langsung – Boleh berlaku kepada semua lelaki peringkat usia. Ia disebabkan oleh kandungan bonjolan terkeluar melalui jalan yang pernah dilalui oleh testis semasa dalam peringkat janin dahulu. Kebiasaannya, jalan ini akan tertutup sebelum bayi lahir. Jika tidak, ia boleh menyebabkan hernia pada kemudian hari.
  • Angin pasang langsung – Boleh berlaku kepada semua golongan peringkat pertengahan usia serta orang tua. Ia disebabkan oleh dinding abdomen yang menjadi semakin lemah seiring dengan peningkatan umur. Kebiasaannya, ia akan berlaku pada kawasan perut dan sangat jarang turun sehingga ke dalam testis namun tidak mustahil terjadi.

#2. Femoral hernia

Sebahagian usus atau tisu lemak membonjol keluar dari kawasan asalnya ke kawasan sekitar paha.

#3. Umbilical hernia

Sebahagian usus atau tisu lemak membonjol keluar dari kawasan asalnya ke bahagian sekitar pusat.

#4. Hiatal hernia

Sebahagian usus perut terkeluar dari kawasan asalnya sehingga kaviti dada disebabkan oleh bukaan tidak normal pada diafragma.

#4. Incisional hernia

Bekas luka pembedahan yang terdahulu boleh menyebabkan dinding abdomen berubah dan menjadi lemah. Kesannya, tisu lemak mungkin boleh terkeluar dari tempat yang pernah dibedah.

Dalam pada itu, hernia juga boleh terjadi pada mana-mana bahagian yang mempunyai bukaan pada sekitar abdomen.

Puncanya, kerana dinding abdomen lemah akibat pelbagai faktor risiko.

Apa punca sebenar angin pasang?

Kebanyakan orang percaya bahawa hernia adalah disebabkan oleh terlalu banyak meneran terutamanya ketika proses membuang air besar atau kecil.

Ya, ia mungkin merupakan salah satu dari penyebabnya.

Namun terdapat beberapa lagi faktor risiko lain yang boleh menyumbang kepada peningkatan tekanan pada dinding abdomen sekali gus menyebabkan angin pasang.

sakit perut, hamil

Berikut adalah antaranya:

  • Dinding abdomen yang lemah
  • Obesiti
  • Kerap batuk
  • Kerap bersin
  • Selalu mengangkat objek berat
  • Penyakit paru-paru kronik
  • Ada cecair di dalam ruang abdomen

Secara umumnya, kesemua jenis angin pasang boleh dirawat melalui pembedahan untuk menutup segala bukaan yang boleh menyebabkan kantung hernia terkeluar dari kawasan asalnya.

Namun, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Oleh itu, cuba kurangkan segala faktor risiko seperti yang tertera di atas dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Wanita pun boleh kena hernia?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu apa itu hernia, jenis, punca dan rawatannya. Sekarang, kita beralih pula kepada soal jantina. Benarkah wanita boleh kena angin pasang?

Ya, bukan lelaki sahaja yang boleh mengalaminya, malahan wanita juga!

Ia adalah lebih kurang sama sahaja seperti hernia yang boleh berlaku kepada lelaki. Antara jenis angin pasang yang kerap terjadi kepada wanita termasuklah:

  • Inguinal hernia (kategori angin pasang langsung)
  • Femoral hernia
  • Umbilical hernia
  • Incisional hernia

Simptomnya juga sama iaitu rasa sakit ketika abdomen menerima tekanan berlebihan. Pun begitu, terdapat penambahan faktor risiko yang lain iaitu kehamilan.

Jadi, ternyatalah bahawa kedua-dua jantina berisiko untuk mengalami penyakit angin pasang. Jika kalian mengesyaki mempunyai simptom, segera berjumpa pakar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi? Jangan Terus Percaya, Baca Ini Dulu!

Kalian tahu apa itu kerak usus? Ada orang kata ia adalah punca sebenar perut boroi. Adakah ia fakta atau mitos? Klik untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 07/05/2020 . 3 minit bacaan

Pendarahan Gastrousus

Pendarahan gastrousus (GI) adalah satu simptom gangguan yang berlaku dalam saluran pencernaan anda. Ketahui lebih lanjut mengenainya disini

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 09/12/2019 . 4 minit bacaan

Betul Ke Produk Cuci Usus Berkesan Untuk Bagi Anda Kurus? Tak Bahaya Ke?

Pernah dengar pasal produk cuci usus tak? Bila usus dah berkerak, itu punca gemuk. Jadi tak nak gemuk, kena cuci usus. Haaa...senang bukan? Tapi betul ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 08/11/2019 . 2 minit bacaan

Aduh, Waktu Nak Melancong Lah Sembelit Pula! Ini 4 Petua Untuk Hilangkannya

Bagi mereka yang masih kurang jelas, bercuti sering membuatkan anda mengalami sembelit. Mengapa ini boleh terjadi? Ikuti petua hilangkan sembelit di sini

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 07/11/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

usus kecil

Selalu Buang Angin & Sakit Perut? Haaa… Itu Tanda Banyak Bakteria Dalam Usus

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
perut berangin semasa mengandung

Perut Berangin Sering Buat Mak Buyung Rasa Tidak Selesa? Ini Ada 5 Cara Mudah Nak Atasinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
perut masuk angin

Saja Suka-Suka Lambat Makan, Ini Akibat Yang Terjadi Pada Perut, Antaranya Berat Badan NAIK!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
berak berdarah

Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan