backup og meta

Selepas Bedah Hernia, Bila Boleh Bersama Pasangan? Pertimbangkan 4 Perkara Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/08/2023

    Selepas Bedah Hernia, Bila Boleh Bersama Pasangan? Pertimbangkan 4 Perkara Ini!

    Ia boleh berlaku kepada kedua-dua orang lelaki dan wanita, dan jalan untuk menyelesaikan masalah ini pula mungkin cuma ada satu iaitu dengan melakukan pembedahan hernia.

    Pasca pembedahan ini, adakah hubungan seksual bersama pasangan boleh diteruskan seperti biasa? Jom kita semua ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Pertama, hernia itu penyakit apa?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua mengetahui mengenai penyakit yang lebih dikenali sebagai angin pasang ini.

    Hernia adalah keadaan di mana kandungan pada satu-satu ruang tubuh badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa ia berada termasuklah pada alat sulit lelaki dan wanita.

    Kandungan yang dimaksudkan ini adalah sebahagian daripada usus atau tisu lemak dengan lapisan membran yang seterusnya akan membentuk kantung hernia.

    pembedahan hernia

    Kesannya, ia akan membonjol keluar dan mengakibatkan rasa sakit terutamanya ketika penderita batuk, bersin, membongkok atau mengangkat objek berat.

    Hernia mungkin tidak begitu berbahaya namun ia juga tidak akan pulih dengan sendiri dan boleh menjadi punca kepada komplikasi kesihatan yang lain.

    Jadi, jangan ambil mudah dengan penyakit angin pasang ini dan segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjutan yang berupa pembedahan hernia.

    Pembedahan hernia, rawatan yang efektif?

    Hernia perlu dirawat kerana ia mempunyai risiko komplikasi yang serius termasuklah:

    • Terbelit – Organ paling kerap mengalami hernia ialah usus dan jika ia terbelit, usus tersebut boleh tersumbat lantas menyebabkan masalah pada laluan najis
    • Terjerut – Keadaan ini adalah sangat serius dan perlu dirawat serta-merta sebelum organ terbabit mati akibat kekurangan darah dan oksigen

    Dalam hampir semua kes, pembedahan adalah pilihan terbaik kecuali jika pesakit tidak boleh menjalani pembedahan disebabkan masalah kesihatan lain.

    Terdapat 2 jenis pembedahan hernia yang utama iaitu; pembedahan terbuka atau pembedahan laparoskopik yang perlu ditentukan oleh doktor terlebih dahulu.

    Apa yang membimbangkan kebanyakan individu adalah adakah hubungan seksual bersama pasangan boleh diteruskan seperti biasa selepas pembedahan ini dilakukan?

    Kehidupan seksual pasca pembedahan hernia

    pembedahan hernia

    Hernia yang berlaku terutamanya pada alat sulit lelaki atau wanita pasti akan menimbulkan kebimbangan kepada penderitanya, untuk melakukan hubungan seksual bersama pasangan bukan?

    Adalah penting untuk kalian tahu bahawa kebanyakan penderita angin pasang tidak akan mengalami kesan jangka masa panjang selepas melakukan pembedahan memperbaiki kondisi ini.

    Apa yang mungkin akan berlaku adalah hanya kebengkakan atau kesakitan pada luka pembedahan selama beberapa hari selepas prosedur dijalankan.

    Ini bermakna anda dan pasangan sebenarnya sudah boleh menjalani kehidupan seksual seperti biasa selepas luka pembedahan ini sembuh sepenuhnya.

    Pun begitu, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengelakkan seks selama beberapa hari atau minggu bergantung kepada:

    • Lokasi hernia berlaku (terutamanya pada alat sulit)
    • Jenis pembedahan yang dijalankan
    • Usia dan keadaan kesihatan anda
    • Sama ada berlaku sebarang komplikasi semasa prosedur

    Dalam erti kata yang lebih mudah, anda dan pasangan boleh melakukan hubungan seksual seperti biasa selepas sembuh daripada prosedur yang dijalankan, melainkan dengan saranan dan larangan doktor!

    Antara cadangan yang perlu diberi perhatian

    pembedahan hernia

    Meskipun kebanyakan pakar menyatakan adalah okay untuk anda dan pasangan menjalani kehidupan seksual seperti biasa, namun masih ada perkara yang perlu diberi perhatian khusus.

    Ketahuilah bahawa akan berlangsung kebengkakan dan kesakitan pada lokasi pembedahan terutamanya jika ia berlaku pada alat sulit yang akan mengganggu projek asmara kalian.

    Jadi ada beberapa cadangan yang perlu anda dan pasangan fikirkan ketika berasmara iaitu:

    • Praktikkan posisi seks yang tidak akan memberi tekanan kepada lokasi pembedahan hernia dilakukan
    • Mulakan hubungan dengan pergerakan yang perlahan sehinggalah kalian mula berasa yakin
    • Letakkan bantal di bawah badan anda untuk memberikan sudut sesuai tanpa perlu badan berasa tertekan
    • Sentiasa berhubung dengan pasangan untuk berhenti sekiranya berlaku ketidakselesaan

    Untuk lebih maklumat dan informasi, sila berhubung dengan doktor pakar berhampiran anda untuk mengetahui mengenai kehidupan seksual yang terbaik pasca prosedur pembedahan penyakit ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan