backup og meta

Angkat Objek Berat Punca Angin Pasang

Angkat Objek Berat Punca Angin Pasang

Angin pasang (hernia) ialah kes yang sangat kerap ditemui oleh doktor bedah. Ia secara relatifnya bukan keadaan yang sangat serius dan boleh dirawat dengan baik jika tidak berlaku sebarang komplikasi.

Secara asasnya, 2 faktor yang menyebabkan angin pasang ialah:

  • Lapisan abdomen lemah berpunca daripada genetik atau luka (pembedahan).
  • Tekanan tinggi di dalam abdomen disebabkan batuk kronik, sembelit, organ membesar, atau kerap mengangkat barang berat.

Berhati-hati ketika mengangkat objek berat

Sukan rintangan seperti mengangkat berat semakin mendapat tempat dalam masyarakat. Sama ada untuk tujuan kesihatan atau kosmetik (bentuk badan yang cantik), sukan ini adalah sangat baik untuk kesihatan. Ia mengurangkan kadar lemak dan kolesterol serta merendahkan risiko penyakit jantung.

Walau bagaimanpun, berterusan mengangkat objek berat meningkatkan tekanan di dalam abdomen yang berisiko menyebabkan organ membonjol ke luar sehingga berlaku hernia. Hernia yang berpunca daripada sukan seperti ini turut dinamakan sebagai hernia sukan (sport hernia). Risiko juga meningkatkan disebabkan kecederaan yang dialami oleh otot abdomen semasa bersukan.

Jabatan Pembedahan Am Hospital Singapura ada berkongsi kaedah untuk mengelakkan hernia ketika mengangkat berat:

  • Panaskan badan sebelum memulakan aktiviti.
  • Angkat objek dengan berat yang sesuai mengikut kemampuan anda.
  • Sentiasa membongkokkan badan melalui lutut, bukan pinggang atau perut.
  • Jangan terlalu gopoh dan lakukan dengan perlahan.
  • Berhenti jika mengalami kesakitan.

Sesetengah pekerjaan meningkatkan risiko angin pasang

Selain bersukan, terdapat juga pekerjaan yang meningkatkan risiko angin pasang seperti pekerja buruh dan mereka yang mengangkat kotak di pasaraya atau beg dan bagasi di lapangan terbang. Golongan ini mungkin tidak mempunyai pilihan lain untuk mendapatkan sumber kewangan.

Pihak majikan seharusnya lebih peka dan menjaga kebajikan serta keselamatan pekerja. Pastikan beban barang yang diangkat tidak melebihi kemampuan pekerja sehingga boleh menjejaskan kesihatan. Jika berlaku sebarang masalah kesihatan dalam kalangan pekerja disebabkan oleh pekerjaan tersebut, rawatan perlu diberikan. Ini adalah selari dengan Seksyen 16 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to Prevent Getting Hernia When Practicing Sports – https://www.healthxchange.sg/men/prostate-health/how-to-prevent-hernia-when-practicing-sports

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 – http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/akta/563-02-akta-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-1994-akta-514/file

Versi Terbaru

15/04/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Antibiotik Perlu Makan Habis! Kalau Tidak, Sakit Susah Sembuh Kalau Jadi Lagi?

Banjir Datang Lagi, Ini Apa Yang Mesti & Tak Boleh Dibuat Semasa Musim Banjir!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/04/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan