Celah Jari Kaki Berkeruping & Gatal? Ini Petanda Kaki Makan Air, Cara Ubatinya Begini…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kaki atlet… anda mungkin jarang bahkan langsung tidak pernah mendengar nama ini. Untuk pengetahuan, ia adalah sejenis jangkitan kulat yang boleh berlaku pada kaki.

Sebenarnya, penyakit kaki atlet atau dalam bahasa mudahnya, kaki makan air adalah masalah kulit yang biasa terjadi pada kaki disebabkan oleh kulat.

Walaupun ia jarang menjadi serius, namun gejalanya boleh mengganggu.

Jika anda ingin mengenali penyakit jangkitan kulat ini dengan lebih lanjut, jom baca artikel ini!

Penyakit kaki atlet

Kaki atlet juga dikenali sebagai Tinea Pedis adalah jangkitan kulat berjangkit yang mempengaruhi kulit pada bahagian kaki.

Bukan hanya terhad pada kawasan kaki, ia juga boleh merebak ke kuku kaki dan tangan.

Di samping itu, kaki atlet disebabkan oleh pelbagai jenis kulat yang dikenali sebagai dermatophytes atau moulds.

Keadaan kaki yang sentiasa tertutup, panas, ataupun persekitaran lembap akan menjadi medium yang sesuai untuk perkembangan kulat.

Manakala, keratin, protein yang terdapat dalam rambut, kuku dan kulit akan menjadi ‘makanan’ kepada kulat.

Hati-hati, penyakit ini boleh berjangkit! Sentuhan dengan kulit yang dijangkiti atau pakaian tercemar dan tidak dibersihkan berisiko menyebarkan jangkitan.

Antara lokasi yang berisiko mendedahkan kalian terhadap jangkitan ini merangkumi tempat awam seperti sekolah, kolam renang dan pusat kecergasan.

Biasanya penyakit ini menjangkiti ruang antara jari kaki, namun ia juga boleh menjangkiti kuku kaki dan tapak kaki.

Sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana penyakit ini memperoleh namanya, ini kerana ia menjangkiti individu yang kakinya lembap dan berpeluh, seperti para atlet!

Tanda dan gejala

kaki atlet

Terdapat banyak kemungkinan gejala penyakit kulat ini, termasuklah:

  • Rasa gatal, menyengat, dan sensasi seakan terbakar di antara jari kaki atau tapak kaki
  • Lepuh di kaki
  • Kulit kaki retak dan mengelupas, paling kerap di antara jari kaki dan tapak kaki
  • Kulit kering di tapak kaki atau bahagian kaki
  • Warna kuku kaki tidak sekata, tebal, dan rapuh

Siapakah berisiko mendapat jangkitan kulat ini?

Tidak hanya menjangkiti golongan atlet, sebaliknya sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit ini. Tetapi, tingkah laku tertentu meningkatkan risiko untuk dijangkiti, contohnya:

  • Individu yang mengunjungi tempat awam tanpa memakai kasut, terutama bilik persalinan, tempat mandi awam, dan kolam renang
  • Berkongsi stoking, kasut, atau tuala dengan orang yang dijangkiti
  • Memakai kasut yang ketat dan tertutup
  • Membiarkan kaki basah untuk jangka masa yang panjang
  • Mempunyai kaki yang berpeluh
  • Mengalami kecederaan pada kulit atau kuku kaki

Ini cara merawat kaki atlet hanya di rumah!

1. Rawatan over-the-counter (OTC)

kaki atlet

Terdapat sebilangan rawatan OTC yang tersedia untuk penyakit jangkitan kulat ini.

Ia tersedia dalam pelbagai bentuk seperti semburan, krim, serbuk mahupun losen!

Berita baik, kebanyakan kes kaki atlet terbukti bertindak balas dengan baik terhadap rawatan OTC dan mungkin tidak memerlukan pilihan yang lain.

2. Hidrogen peroksida

Hidrogen peroksida secara efektif dapat membunuh kulat di permukaan permukaan kaki, termasuk bakteria permukaan yang berisiko menyebabkan jangkitan.

Cara penggunaan:

  • Tuangkan hidrogen peroksida terus ke kawasan yang terjejas
  • Peringatan, ia mungkin menyakitkan, dan akan menggelembung, terutama jika mempunyai luka terbuka
  • Lakukan ini 2 kali sehari sehingga jangkitan mula reda

3. Minyak tea tree

Minyak tea tree yang sememangnya terkenal dengan sifat antikulat dan antibakteria, menjadi sebab ia biasa digunakan untuk merawat banyak jenis jangkitan kulat termasuk kurap dan kandidiasis.

Satu kajian pada tahun 2002 menyatakan dengan menggunakan minyak pini setiap hari dapat merawat kedua-dua gejala kaki atlet dan kulat dalam tempoh masa beberapa minggu.

Caranya, campurkan minyak pembawa seperti minyak kelapa dengan minyak tea tree untuk hasilkan tahap kepekatan antara 25 sehingga 50% lantas sapukan ke kawasan yang terjejas 2 kali sehari.

4. Bawang putih

Bawang putih mungkin mempunyai aroma yang kuat bagi sesetengah orang, tetapi ia boleh menjadi rawatan semula jadi yang berkesan.

Satu kajian mendapati hanya dengan menggunakan bawang putih, ia menghasilkan penyembuhan sepenuhnya pada 79% peserta selepas 7 hari penggunaan! Hebat bukan?

Untuk menggunakan bawang putih bagi merawat kaki atlet, hancurkan 4 sehingga 5 ulas bawang putih.

Setelah dihancurkan, gosokkannya pada kawasan yang terjejas dan lakukannya sebanyak 2 kali sehari.

5. Mandi garam laut

Tahukah anda, garam laut mempunyai sifat antibakteria dan antikulat yang kuat, menjadikannya rawatan semula jadi yang bagus untuk penyakit ini.

Bukan itu sahaja, mandian ini mampu menghalang pertumbuhan dan penyebaran jangkitan kulat berlaku.

Cara yang paling berkesan untuk menggunakan rawatan ini adalah dengan melarutkan secawan garam laut ke dalam mandian kaki yang hangat.

Rendam kaki anda sekurang-kurangnya 20 minit, dan keringkan kaki anda bersih-bersih setelah selesai berendam.

6. Bedak talkum

Bedak talkum, tepung  jagung, atau bedak bayi juga dikatakan berfungsi untuk merawat masalah ini dengan memastikan kawasan yang terjejas sentiasa kering dan bersih.

Ia akan menyukarkan kulat untuk berkembang dan merebak dengan menjaga dan mengawal peluh serta kelembapan kaki.

Untuk menggunakan rawatan ini, sapukan bedak talkum atau bedak antikulat secara terus ke kawasan terjejas setiap kali sebelum memakai stoking.

Selamat mencuba!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Masalah Jangkitan Kulat Pada Alat Sulit Bukan Dialami Wanita Saja, Lelaki Pun Boleh Kena!

Suatu ketika dahulu, kita beranggapan bahawa hanya wanita yang boleh mendapat jangkitan yis. Kini, kita tahu ia juga boleh menjangkiti lelaki!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Biarkan Zakar & Miss V Bernafas! Ini Manfaat Jika Tak Pakai SELUAR DALAM Ketika Tidur

Sudah biasa memakai seluar dalam waktu tidur, sudah tiba masa untuk hentikan tabiat ini. Kenapa? Ternyata tidur tak pakai seluar dalam bermanfaat buat anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 30/11/2020 . 3 minit bacaan

Malu Nak Tanggal Kasut Sebab Kaki Berbau Busuk? Ini Cara Atasinya

Muka dah cantik tapi kaki berbau busuk, tentu ia memalukan. Tapi jangan risau, ada 5 cara menghilangkan bau kaki yang boleh dicuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 27/11/2020 . 3 minit bacaan

Malunya Ada Ketuat Pada Jari, Ini Cara Pantas Tradisional & Moden Untuk Hilangkannya!

Ketuat bukan hanya mengganggu penampilan seseorang, malah ia boleh jadi menyakitkan terutamanya yang terbentuk di jari tangan dan kaki.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

makanan penghilang stres

Kalau Nak Kurangkan Stres, Boleh Cuba 7 Jenis Makanan Penghilang Stres Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
bau mulut

Ini 5 Petua Hilangkan Nafas Berbau Lepas Makan Bawang, Confirm Tak Segan Lagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
punca tumit merekah

Ini Punca Tumit Merekah, Tapi Jangan Risau, Ada 5 Cara Mudah Merawatnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
jangkitan kulat

Mulut & Lidah Si Manja Ada Tompokan Putih? AWAS, Mungkin Itu PUNCA Bayi Sukar Menyusu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan