Tip Mengawal Kadar Gula Bagi Pesakit Diabetes Ketika Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Sepanjang berpuasa, banyak perubahan tubuh yang berlaku. Salah satunya adalah penurunan kadar gula dalam darah ketika berpuasa. Sebenarnya, semua ornag mengalami penurunan kadar gula dalam darah ketika puasa. Namun, hal ini tentu menjadi masalah besar apabila ia terjadi pada pesakit diabetes. Disebabkan itu, pelbagai perkara perlu diberi perhatian jika pesakit diabetes ingin berpuasa. Berikut adalah tip untuk mengawal kadar gula dalam darah ketika berpuasa bagi pesakit diabetes.

Tip mengawal gula dalam darah ketika puasa

Jumlah gula dalam darah yang tidak terkawal ketika puasa akan menyebabkan komplikasi pada pesakit diabetes seperti hiperglikemia dan hipoglikemia. Disebabkan itu, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pesakit diabetes jika ingin berpuasa pada bulan Ramadan.

Aturan hidangan makanan untuk mengekalkan kadar gula semasa puasa.

Sebenarnya ia bergantung pada bagaimana rancangan pemakanan yang ditetapkan pesakit diabetes samasa berpuasa. Perancangan pemakanan ini akan memberi kesan besar terhadap perubahan kadar gula dalam badan.

  • Karbohidrat, sekurang-kurangnya diambil antara 45-50% daripada jumlah keperluan kalori atau sekurang-kurannya 130 gram karbohirat setiap hari.
  • Serat, diperlukan kira-kira 20-35 gram sehari.
  • Protein, diperlukan kira-kira 20-30% daripada jumlah kalori setiap hari.
  • Lemak, perlu diambil kurang dari 35% daripada jumlah kalori setiap hari.

Pesakit diabetes perlu mengambil jumlah kalori bersesuaian dengan keperluannya. Misalnya, anda memerluan kalori sebanyak 1500-2000 kalori per hari, anda boleh membahaginya kepada kalori ketika bersahur, berbuka dan snek antara waktu tersebut. Anda boleh membahagikan keperluan kalori tersebut menjadi dua dan tinggalkan 100-200 kalori untuk snek.

Pemilihan makanan ketika sahur dan berbuka mempengaruhi kadar gula.

Bukan sahaja hidangan yang perlu diberi perhatian, namun pemilihan daripada makanan tersebut juga mempengaruhi kadar gula dalam darah semasa puasa. Berikut adalah panduannya.

  • Karbohidrat. Elakkan makanan yang mengandungi jumlah karbohidrat yang mudah seperti gula dan madu. Sebaliknya, gantikan semua makanan manis yang mengandungi gula dengan buah-buahkan. Walaupun pengambilannya adalah karbohidrat yang mengandungi serat, seperti beras mereah atau gandum.
  • Protein. Makanan yang disyorkan seperti ikan, susu rendah lemak, daging tanpa lemak. Elakkan makan makanan yang digoreng serta makanan yang mengandungi lemak jahat.
  • Lemak. Gunakan minyak yang mengandungi lemak tak tepu, seperti minyak kelapa sawit, minyak zaitun, minyak kanola. Bagi mengelakkan penggunaan mentega yang mengandungi tinggi lemak tepu.

Minum air secukupnya hingga 7 gelas supaya terhidrasi dengan baik, tetapi elakkan minuman manis. Banyakkan minum antara waktu berbuka dan sahur, jangan minum terlalu banyak semasa berbuka kerana bileh menyebabkan kembung.

Perkara lain yang perlu diberi perhatian

  • Melakukan senaman semasa berpuasa disyorkan untuk pesakit diabetes. Tetapi elakkan bersenam sebelum berbuka keran risiko tinggi hipoglikemia.
  • Berbuka dimulai dengan meminum air terlebih dahulu untuk memulihkan cecair dalam badan, Tambahna pula, pesakit diabetes boleh memakan buah. Sebaiknya makan ketika waktu bersahur. Ini membantu menstabilkan gula dalam darah semasa puasa.
  • Lakukan pemeriksaan gula dalam darah sebelum dan 2 jam selepas berbuka, sebelum sahur, dan ketika tengah hari. Jika kandungan gula terlalu rendah iaitu kurang daripada 70 mg/dL makan anda harus membatalkan puasa dan segera berjumpa doktor.
  • Sekiranya anda mengambil ubat atau perlu sentiasa disuntin insulin, sebaiknya anda berbincang mengenai jadual pengambilan ubat denga doktor sebelum membuat kaputusan untuk berpuasa.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    stevia

    Stevia: Adakah Ia Alternatif Gula Terbaik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 07/06/2018 . 9 minit bacaan