backup og meta

Kes Diabetes Di Malaysia Dijangka Meningkat 7 Juta Menjelang 2025, Ini Nasihat Pakar!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 minggu lalu

    Kes Diabetes Di Malaysia Dijangka Meningkat 7 Juta Menjelang 2025, Ini Nasihat Pakar!

    Semua orang tahu maksud diabetes – kondisi di mana kadar gula dalam darah tinggi daripada normal. Di Malaysia, jumlah pesakit Diabetes kian meningkat dan mencapai tahap yang membimbangkan.

    Persoalannya, apakah punca dan faktor risiko masalah ini terjadi? Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

    Dilema masalah diabetes di negara kita

    Seorang daripada lima orang dewasa di Malaysia didiagnosis menghidap diabetes. Secara umum dan kasar, angka ini sudah pasti akan membuat kita semua berfikir sejenak serta mungkin lebih berwaspada.

    Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, kadar diabetes di negara kita telah mencapai tahap berbahaya dan berisiko meningkat daripada 3.9 juta pada 2019 kepada 7 juta orang pada 2025.

    Dalam erti kata lain, kira-kira 34.38% daripada penduduk negara kita kini telah mencapai paras gula darah tinggi (HbA1c) melebihi 6.5%, di mana ia merupakan ambang untuk mendiagnosis kondisi diabetes.

    statistik kencing manis
    Statistik kencing manis terkini di Malaysia.

    Apa yang lebih membimbangkan, bukan hanya pada simptom diabetes tetapi kesan atau komplikasinya juga.

    Laporan Pendaftaran Diabetes Kebangsaan 2013-2019 mencatatkan peningkatan komplikasi yang menjejaskan kualiti hidup pesakit kencing manis di Malaysia, seperti:

    Punca dan faktor risiko kondisi diabetes

    Seperti mana kita semua tahu, maksud diabetes itu akan terjadi apabila kadar gula dalam darah terlebih tinggi daripada yang sepatutnya. Namun, adakah ia terjadi akibat ambil gula terlalu banyak sahaja?

    Sebenarnya, terdapat beberapa faktor risiko kenapa Malaysia dikenali sebagai negara obes. Ia gara-gara tabiat lazi dalam diet, budaya dan gaya hidup masyarakat kita sendiri yang kurang sihat.

    Contohnya, menu di Asia umumnya atau Malaysia khususnya, kaya dengan makanan yang tinggi karbohidrat di dalam bentuk nasi, mi dan roti sekali gus menjadi punca peningkatan indeks glisemik.

    Ditambah dengan faktor genetik dan gaya hidup yang kurang atau tidak aktif, maka tidak hairan jika ramai pakar mula menjangka bilangan pesakit diabetes akan meningkat ke 7 juta menjelang 2025!

    maksud diabetes
    Punca dan faktor risiko kondisi kencing manis.

    Jadi, jangan hanya ambil tahu maksud diabetes tanpa mengambil langkah mencegahnya. Apa yang kita boleh lakukan?

    Utamakan perubahan dalam diet pemakanan

    Maksud diabetes itu sendiri adalah berkait rapat dengan diet di mana anda mungkin mengambil terlebih atau terlalu bergantung kepada gula lantas membawa kepada peningkatan kadar glukosa.

    Jadi, semua rakyat Malaysia haruslah mengambil langkah mencegah dengan cara membuat perubahan dalam tabiat pemakanan. Kuncinya, bukan hanya mengurangkan gula sahaja malah karbohidrat.

    Apa pula kata pakar tentang perubahan dalam pemakanan bagi pesakit penyakit kencing manis?

    Terdapat bukti yang baik bahawa perubahan kecil pada cara dan masa pengambilan karbohidrat boleh membantu mengurus tindak balas glisemik seterusnya – Profesor Dr Christiani Jeyakumar Henry, Penasihat Kanan Majlis Penyelidikan Bioperubatan (BMRC) di A*STAR.
    maksud diabetes
    Lakukan perubahan dalam pemakanan jika ada diabetes.

    Menurut beliau lagi, terdapat 3 nasihat utama untuk mereka yang ingin lari daripada kesan dan maksud diabetes:

    1. Utamakan sarapanBersarapanlah seperti seorang raja, makan tengah hari seperti putera raja dan makan waktu malam seperti orang miskin. Secara ringkasnya, makan pada pagi dan tengah hari yang lazat dan makan malam yang rendah karbohidrat boleh membantu menguruskan paras gula darah dengan lebih baik sepanjang hari.
    2. Kawal karbohidrat dalam diet – Makan sedikit buah, sayur dan protein sebelum karbohidrat boleh membantu mengawal tindak balas glisemik badan. Begitu juga asid amino yang terdapat dalam pati ayam. Boleh dimakan 30 minit sebelum hidangan kaya karbohidrat dan mempunyai kesan yang sama.
    3. Ambil masa ketika makan – Ambillah masa anda semasa makan. Suapan kecil memberi impak besar kepada paras gula dalam darah. Daripada penuhkan sudu anda, cuba gunakan penyepit makanan dan penyedok minuman.

    Konklusinya, anda bukan sahaja perlu tahu maksud diabetes dan simptom diabetes sahaja. Malahan, ketahuilah berapa bacaan diabetes dan jenis rawatan diabetes yang terbaik bagi menjaga diri, masyarakat dan negara!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan