4 Jenis Simptom Diabetes Yang Mudah Diabaikan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Penyakit diabetes atau lebih mudah dikenali sebagai kencing manis ini bukan sahaja dihidapi oleh golongan yang berusia, malah saban tahun ia semakin menular tanpa mengira usia dan jantina termasuk kanak-kanak dan remaja. Malangnya, masih ramai yang mungkin tidak menyedari simptom diabetes yang berlaku terhadap dirinya atau keluarga sehingga mengabaikannya.

1. Simptom diabetes pada wanita

Kebanyakan wanita lazimnya mengalami simptom kencing manis ini sama seperti golongan lelaki. Namun, tanpa disedari sebenarnya terdapat beberapa tanda-tanda unik yang berlaku pada wanita sekiranya mereka mengalami kencing manis ini. Tanda-tanda unik ini adalah:

  • Jangkitan yis faraj
  • Jangkitan salur kencing
  • Disfungsi seksual wanita
  • Sindrom ovari polisistik

2. Simptom diabetes pada lelaki

i) Mati pucuk

Mati pucuk adalah ketidakupayaan untuk mencapai atau mengekalkan ereksi. Menurut statistik, 20% hingga 75% daripada pesakit diabetes lelaki mempunyai masalah mati pucuk (disfungsi ereksi).

Selain itu, mati pucuk juga mungkin tanda-tanda masalah kesihatan lain termasuk tekanan darah tinggi, merokok, ubat-ubatan, penyakit buah pinggang, dan keadaan sistem peredaran arah atau saraf.

ii) Kerosakan sistem saraf autonomi (ANS)

Diabetes boleh merosakkan ANS dan membawa kepada masalah seksual. ANS ini mengawal pelebaran atau pengecutan saluran darah anda. Jika saluran darah dan saraf pada zakar tercedera oleh paras gula darah yang terlalu tinggi, disfungsi ereksi boleh berlaku. Penyakit saluran darah memperlahankan aliran darah ke dalam zakar. Ini merupakan satu lagi penyebab biasa mati pucuk di kalangan lelaki yang menghidap diabetes.

iii) Ejakulasi pramatang

Ejakulasi pramatang mempengaruhi 15-30% lelaki melebihi 18 tahun. Manakala pesakit diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidapi masalah disfungsi seksual ini. Kejadian ejakulasi pramatang didapati berpadanan dengan tempoh diabetes dan keparahannya. Masalah ini lebih mungkin dilaporkan oleh pesakit yang telah menghidapi kencing manis lebih dari 10 tahun. Selain itu, mereka yang mempunyai kawalan glisemik yang lemah (HbA1c> 7%) adalah 10 kali lebih mungkin melaporkan ejakulasi pramatang berbanding pesakit dengan HbA1c <7%.

iv) Ejakulasi sonsang

Lelaki yang menghidap diabetes juga boleh menghadapi ejakulasi songsang akibat daripada air mani yang dilepaskan ke dalam pundi kencing. Simptom boleh termasuk kekurangan air mani yang dilepaskan semasa ejakulasi.

v) Masalah pundi kencing dan saluran kencing

Masalah urologi boleh berlaku terhadap lelaki menghidap diabetes disebabkan kerosakan saraf. Tanda-tandanya termasuk pundi kencing terlalu aktif, pembuangan air kecil tidak terkawal, dan jangkitan saluran kencing.

3. Simptom diabetes pada kanak-kanak

Penyakit diabetes jenis 1 dikenali juga sebagai kencing manis kering. Ia disebabkan oleh pankreas tidak berupaya menghasilkan insulin secukupnya. Diabetes jenis ini sering dihidapi oleh kanak-kanak.

Dari semasa ke semasa, jumlah insulin badan berkurangan sehingga kering. Apabila insulin tidak mencukupi dalam badan, paras glukosa darah akan meningkat dengan cepat dan boleh menyebabkan simptom:

  • Lemah dan keletihan melampau
  • Rasa sangat dahaga
  • Kerap buang air kecil
  • Sakit perut
  • Loya atau muntah-muntah
  • Penglihatan kabur
  • Luka sukar sembuh
  • Cepat marah atau perubahan emosi yang cepat
  • Perubahan atau kehilangan haid

4. Simptom diabetes ketika hamil

Ibu hamil yang menghidap kencing manis sepanjang tempoh kehamilan adalah perkara biasa dan ianya hanya bersifat sementara. Kebanyakan daripada ibu hamil yang menghidapnya tidak mempunyai apa-apa simptom. Namun, sesetengahnya mungkin mengalami:

  • Dahaga yang luar biasa
  • kerap membuang air kecil dalam jumlah yang besar (dibezakan daripada membuang air kecil juga kerap tetapi biasanya tanda awal kehamilan)
  • Keletihan (yang mungkin sukar untuk membezakan daripada keletihan kehamilan normal)
  • Gula dalam air kencing (dikesan bila jumpa doktor)

Oleh itu, apabila anda mengesan simptom awal diabetes, anda boleh mengelakkan komplikasi seperti kerosakan saraf, buah pinggang, mata dan jantung. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pesakit Diabetes Tak Boleh Makan Lobak Merah Sebab Manis, Betul Ke?

    Pasti ramai yang tidak tahu khasiat lobak merah bukan? Selain baik untuk mata, sayur ini juga bagus untuk individu yang mempunyai diabetes.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pernah Dengar Kencing Manis 1.5? Baca Ini, Mana Tahu Dalam Diam Anda Mengalaminya!

    Kencing manis (diabetes) merupakan penyakit kronik yang lazim didiagnosis di Malaysia. Namun, tahukah anda, ada diabetes jenis 1.5?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Buat Pesakit Diabetes, Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlupa Ambil Suntikan Insulin!

    Ada ketika, anda mungkin terlupa untuk menyuntik dos suntikan insulin anda. Ketahui cara suntik insulin yang betul jika terlupa lakukannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 25/08/2020 . 3 minit bacaan

    Masalah Mati Pucuk Boleh Diatasi! Mungkin 5 Minyak Pati Ini Boleh Membantu?

    Suami mati pucuk? Anda dan pasangan mungkin boleh cuba 5 minyak pati ini untuk menyelesaikan masalah disfungsi erektil. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kencing manis jenis 2

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit klamidia

    Benarkah Jangkitan Klamidia Boleh Jadi Punca Kepada MATI PUCUK? Ini Jawapannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    luka kencing manis

    Luka Lambat Sembuh? Hati-hati, Ia Mungkin Tanda Anda Menghidap Kencing Manis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan