backup og meta

Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 22/06/2022

    Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

    Bagi ibu-ibu di luar sana yang sedang hamil, tahu tak, anda berisiko untuk mendapat GDM sewaktu hamil? Adakah anda tahu apa itu GDM? Jika belum, anda juga perlu tahu apa itu kencing manis untuk lebih memahaminya. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.

    Apa itu GDM?

    Kami pasti anda mesti tertanya-tanya apa itu GDM. Sebelum kami menerangkan maksud GDM, anda mestilah mengetahui terlebih dahulu mengenai apa itu kencing manis.

    Bagi mereka yang tidak tahu apa itu kencing manis, kencing manis ialah satu keadaan di mana insulin dalam tubuh badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik untuk memproses gula dalam darah.

    Apabila ini berlaku, gula darah akan kekal dalam darah dan tidak dapat diserap keluar untuk kegunaan sel tubuh.

    Hal inilah yang menjadikan seseorang itu mengalami diabetes atau gula darah tinggi dalam darah.

    Apa itu GDM? GDM adalah ringkasan daripada istilah gestational diabetes mellitus atau diabetes gestasi.

    Ia adalah keadaan kencing manis yang berlaku sewaktu hamil sahaja.

    Semasa seorang wanita sedang hamil, hormon yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang tubuh daripada menggunakan insulin dengan berkesan.

    Gula darah kemudiannya akan berkumpul dalam darah dan tidak diserap oleh sel.

    Jika kencing manis biasa berlaku disebabkan oleh tabiat pemakanan, kencing manis gestasi pula berlaku disebabkan hormon plasenta semasa hamil.

    Apakah simptom jika seseorang wanita hamil itu mengalami GDM?

    apa itu gdm

    Kebanyakan wanita hamil tidak mempunyai simptom khusus yang boleh dilihat untuk menentukannya mengalami GDM.

    Namun, wanita hamil mungkin akan lebih kerap haus dan membuang air kecil jika alami GDM. 

    Siapakah wanita yang berisiko untuk mendapat GDM semasa hamil?

    Boleh dikatakan semua wanita yang sedang hamil berisiko untuk mengalami GDM.

    Namun, ada beberapa faktor atau perkara lain yang boleh meningkatkan risiko seseorang wanita untuk mendapat keadaan ini.

    Antara faktor-faktor tersebut ialah:

    • Ahli keluarga lain pernah mempunyai sejarah mengalami kencing manis
    • Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti
    • Wanita yang berusia lebih daripada 25 tahun adalah lebih berisiko
    • Pernah melahirkan bayi sebelum ini dengan berat lebih daripada 4 kilogram
    • Mengalami pradiabetes
    • Mempunyai gaya hidup yang tidak aktif sebelum hamil
    • Mempunyai sindrom ovari polisistik (PCOS)

    Apa itu GDM? Apakah kesan jika alami GDM ini?

    Kesan atau komplikasi GDM ini boleh berlaku kepada dua pihak iaitu ibu yang hamil dan juga bayi yang dikandung.

    Antara kesan yang boleh berlaku terhadap bayi dalam kandungan ialah:

    • Bayi akan mempunyai berat badan yang berlebihan
    • Bayi akan lahir lebih awal atau terpaksa dikeluarkan lebih awal disebabkan faktor saiz bayi
    • Bayi akan mengalami kesukaran untuk bernafas
    • Akan menyebabkan bayi meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan
    • Bayi cenderung untuk mendapat diabetes setelah dewasa kelak
    • Bayi akan mengalami keadaan hipoglisemia atau keadaan paras gula darah yang sangat rendah

    Kesan yang berlaku kepada ibu hamil yang mengalami GDM pula adalah seperti berikut:

    Apakah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan keadaan ini?

    apa itu gdm

    Semua wanita yang hamil berisiko untuk mendapat diabetes gestasi ini.

    Namun, sekiranya anda mengamalkan gaya hidup yang sihat sebelum hamil, anda mungkin kurang berisiko untuk mengalami GDM pada kelahiran akan datang atau mendapat diabetes jenis 2.

    Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko GDM ialah:

    • Jaga berat badan anda. Jika anda merancang untuk hamil lagi pada masa akan datang, cuba untuk mengurangkan berat badan anda sebelum mula hamil. Dengan ini, risiko anda untuk mendapat GDM akan berkurangan
    • Amalkan gaya hidup sihat. Gaya hidup yang sihat juga boleh membantu mengurangkan risiko anda untuk mendapat diabetes gestasi pada masa akan datang. Latih diri anda untuk mula bersenam setiap hari secara perlahan-lahan. Jika anda tidak biasa dengan berjoging, mulakan dengan hanya berjalan kaki sahaja
    • Makan makanan yang sihat. Makanan yang sihat juga amat penting bagi mengurangkan risiko mendapat diabetes gestasi. Makan makanan yang tinggi serat serta rendah kalori dan juga lemak. Banyakkan makan sayur-sayuran dan juga buah-buahan
    • Jangan tambah berat badan anda. Berat badan bertambah sewaktu hamil adalah sesuatu yang normal. Namun, jangan menambahkan lagi berat badan anda melebihi apa yang telah disarankan oleh doktor

    Kesimpulan

    Sekarang anda sudah tahu apa itu GDM secara ringkas. Semoga panduan ini dapat membantu anda untuk lebih sedar mengenai diabetes gestasi ini. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 22/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan