Negeri Kedah Memiliki Populasi Pesakit Diabetes Paling RAMAI, Jangan Abai Tanda Yang Muncul Ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Laporan yang menyatakan bahawa Perlis merupakan negeri yang mempunyai pesakit diabetes paling ramai adalah tidak benar. Menurut kajian yang dijalankan oleh Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), seramai 33,090 individu telah mendapat diagnosis rasmi kencing manis di Perlis. Ia sekali gus meletakkan negeri tersebut di bawah negeri Kedah pada kedudukan kedua. 

Penting sangat ke kita nak tahu perihal negeri diabetes? Ikuti artikel ini untuk penjelasan selanjutnya.

Pengambilan lebihan nutrisi makro di negeri diabetes

kencing manis

Semua sedia maklum bahawa Kedah merupakan negeri pengeluar beras terbesar di Malaysia. Maka, tidak hairanlah jika kebanyakan penduduk menyajikan hidangan nasi setiap kali tiba waktu makan. Nasi mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi.

Pengambilannya secara kerap boleh menyebabkan lebihan kalori terutamanya buat mereka yang mengamalkan gaya hidup sedentar. Ini boleh menyumbang kepada masalah obesiti yang kian meningkat saban tahun. 

Obesiti merupakan penyakit yang boleh menyebabkan komplikasi seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan kanser. Malaysia merupakan pada kedudukan pertama di Asia Tenggara yang mempunyai jumlah pesakit obesiti paling tinggi.

Ia boleh dipengaruhi oleh pelbagai jenis faktor namun antara faktor yang penting adalah gaya pemakanan tidak seimbang. Lihat sahajalah jumlah kalori makanan yang kebiasaannya dijual di gerai-gerai makan.

Kajian yang dijalankan oleh Yi Yi Lee pada tahun 2019 menunjukkan populasi orang dewasa di Malaysia (terutamanya lelaki), mengambil makro nutrisi karbohidrat, protein dan lemak melebihi apa yang dianjurkan oleh Saranan Pengambilan Nutrisi (RNI) Malaysia.

Tambahan pula, mereka mengambil jumlah serat yang sedikit sekali gus meningkatkan risiko untuk mendapat obesiti dan kanser usus.

Serat dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa ke dalam darah. Ia juga berperanan mengawal kadar kolesterol di samping memudahkan pergerakan makanan melalui sistem penghadaman.

Makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, oat dan kekacang mempunyai kepekatan serat yang tinggi. Pengambilannya pada kadar yang disarankan oleh Panduan Pemakanan Malaysia (MDG) iaitu 5 hidangan sehari, boleh menghindarkan individu daripada risiko penyakit kronik termasuk obesiti dan kencing manis.

Ujian saringan kencing manis

kencing manis

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Kencing manis boleh dirawat dengan mudah jika ia dikesan pada peringkat awal. Secara umumnya, menurut Panduan Pengamalan Klinikal (CPG) Malaysia, mereka yang tidak mempunyai faktor risiko perlu menjalani ujian saringan bermula pada usia 30 tahun.

Ujian tersebut boleh diambil di mana-mana klinik kesihatan dan jika didiagnosis, rawatan susulan akan diberikan secara berperingkat.

Mereka yang mengalami simptom kencing manis juga perlu menjalani ujian saringan kencing manis. Antaranya adalah:

  • Kencing yang banyak/kerap (polyuria)
  • Cepat haus (polydipsia)
  • Kenaikan selera makan (polyphagia)
  • Kerap terbangun untuk kencing pada waktu malam (nocturia)
  • Kelesuan
  • Hilang berat badan secara drastik

Antara faktor yang meningkatkan risiko untuk seseorang individu mendapat kencing manis adalah:

  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kencing manis
  • Sejarah penyakit jantung dalam keluarga
  • Obesiti
  • Mempunyai masalah hipertensi
  • Tinggi kolesterol
  • Wanita yang pernah melahirkan anak dengan berat melebihi 4 kg atau wanita yang pernah didiagnosis dengan penyakit diabetes gestasi
  • Wanita yang mempunyai masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
  • Hidup sedentar (jarang membuat sebarang aktiviti fizikal)
  • Mereka yang mengambil ubat yang boleh menaikkan paras gula di dalam darah seperti ubat antipsikotik dan ubat antiretroviral (untuk rawatan HIV)

Cegah dan rawat kencing manis

kencing manis

Penting ke untuk kita tahu negeri mana paling ramai pesakit diabetes? Apabila kita mempunyai maklumat berkenaan dengan gaya pemakanan penduduk di sesetengah negeri, pelan tindakan untuk menurunkan kadar kencing manis boleh diusulkan.

Ini termasuklah aktiviti kempen, program kesedaran dan ceramah kesihatan bagi meningkatkan tahap pengetahuan penduduk terhadap pencegahan penyakit kencing manis. 

Negeri Kedah perlu diberikan penekanan berkaitan dengan pencegahan diabetes. Oleh sebab ia merupakan negeri yang sinonim dengan pengeluar beras, pendidikan berkenaan dengan kalori makanan perlu diberikan kepada penduduk untuk menggalakkan tabiat pemakanan yang sihat.

Mereka yang didiagnosis juga perlu dinasihatkan untuk mengubah gaya pemakanan dan kekerapan aktiviti fizikal bagi memberikan kebaikan kesihatan yang optimum.

Konklusi

Kencing manis merupakan antara penyakit kronik yang kerap ditemui di Malaysia terutamanya di Kedah. Pada sudut pandangan masyarakat ia kelihatan biasa namun komplikasinya boleh menurunkan kualiti hidup serta-merta.

Kebutaan, kerosakan buah pinggang, penyakit jantung dan masalah hormon; ini adalah komplikasi kencing manis yang boleh dihindari jika anda mula mengamalkan gaya hidup sihat. Tidak kiralah negeri mana sekalipun yang mempunyai individu teramai menghidap penyakit, namun marilah sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat agar rakyat Malaysia tidak terbelenggu dek penyakit kronik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nikmati Pencuci Mulut Tanpa Risau, Penghidap Kencing Manis Jenis 2, Ini Untuk Anda!

    Menikmati pencuci mulut menjadi sukar sekiranya anda menghidapi diabetes kerana jika tidak kena gaya ia akan dapat membuatkan kondisi anda bertambah teruk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Diabetes 02/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pernah Dengar Kencing Manis 1.5? Baca Ini, Mana Tahu Dalam Diam Anda Mengalaminya!

    Kencing manis (diabetes) merupakan penyakit kronik yang lazim didiagnosis di Malaysia. Namun, tahukah anda, ada diabetes jenis 1.5?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Dahaga Selepas Penat Bersukan, Yang Mana Lebih Sesuai Diminum? Air Kosong @ Isotonik?

    Ada yang keliru, adakah patut mengambil minuman isotonik seperti 100plus selepas bersukan atau cukup sekadar air biasa? Ini fakta mengenai air isotonik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/08/2020 . 3 minit bacaan

    Buat Pesakit Diabetes, Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlupa Ambil Suntikan Insulin!

    Ada ketika, anda mungkin terlupa untuk menyuntik dos suntikan insulin anda. Ketahui cara suntik insulin yang betul jika terlupa lakukannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 25/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kencing manis jenis 2

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    luka kencing manis

    Luka Lambat Sembuh? Hati-hati, Ia Mungkin Tanda Anda Menghidap Kencing Manis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    khasiat lobak merah

    Pesakit Diabetes Tak Boleh Makan Lobak Merah Sebab Manis, Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan