Kaitan Diabetes dan Kemurungan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Menguruskan diabetes jenis 1, diabetes jenis 2 atau penyakit autoimun kronik boleh menjadi sangat mencabar.  Kewaspadaan berterusan yang diperlukan untuk menguruskan gula dalam darah, menentukan khidmat penjagaan kesihatan yang diperlukan, kesan sampingan ubat-ubatan, dan keadaan kesihatan lain yang berkaitan boleh membawa kepada tekanan perasaan dalam pesakit diabetes.  Jika dibiarkan, kemurungan boleh berlaku, yang menjejaskan lagi keadaan kesihatan pesakit.

Kaitan diabetes dan kemurungan

Kajian mendapati risiko kemurungan lebih tinggi dalam pesakit diabetes berbanding populasi biasa. Hubungan antara diabetes jenis 2 dan kemurungan didapati saling terkait secara dua hala, dengan kemurungan boleh menambah risiko diabetes dan sebaliknya.

Kemurungan dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2 mempunyai risiko sebanyak 2 kali ganda untuk berlaku berbanding dalam orang biasa. Sementara pesakit diabetes jenis 1 mempunyai risiko 3 kali ganda mengalami kemurungan berbanding mereka dengan metabolisme gula yang normal.

Bagi pesakit diabetes jenis 2, tekanan menguruskan penyakit mungkin menjadi antara punca menyebabkan kemurungan. Sementara itu, mereka yang menghidap diabetes jenis 1 – yang bukan disebabkan faktor pemakanan atau gaya hidup, tetapi akibat pankreas yang tidak dapat menghasilkan insulin- juga mencabar untuk diurus, yang menyebabkan seseorang berisiko untuk mengalami simptom kemurungan.

Kemurungan sendiri pula boleh meingkatkan risiko mengalami diabetes jenis 2 sebanyak 60%. Hal ini mungkin disebabkan sikap tidak mengambil berat terhadap diri sendiri, kurang tidur, kurang bersenam dan tidak mengamalkan diet yang sihat. Selain itu, rawatan untuk kemurungan sendiri didapati mungkin menyebabkan kesukaran mengawal gula dalam darah. Penggunaan antidepresan yang berterusan boleh meningkatkan risiko diabetes. Jadi, terdapat kemungkinan diabetes bukan terkait dengan kemurungan, sebaliknya kerana ubat antidepresan.

Penyelidik juga mendapati bahawa pesakit diabetes jenis 2 yang menggunakan insulin menghadapi risiko lebih tinggi untuk mengalami kemurungan berbanding orang yang mengambil ubat-ubatan bukan insulin atau hanya perlu mengubah diet atau gaya hidup. Ini kerana mereka mungkin mengalami tekanan tambahan dalam menguruskan pengambilan insulin harian.

Faktor Risiko yang Berkaitan dengan Diabetes dan Kemurungan

Terdapat banyak faktor persekitaran yang boleh memberi kesan kepada risiko mengalami kedua-dua keadaan tersebut. Ini termasuklah:

  • Kemiskinan
  • Kesukaran zaman kanak-kanak
  • Persekitaran sosial yang buruk
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Tekanan perasaan si ibu sebelum kelahiran

Jika anda atau orang yang anda sayangi menghidap diabetes, adalah penting untuk mengetahui tentang risiko mengalami kemurungan. Jika anda menghidap diabetes, pastikan anda memberitahu doktor  jika anda mula sedar bahawa anda kehilangan minat pada perkara yang anda sukai atau mengalami putus asa atau mood sedih. yang lebih rendah. Maklumkan doktor anda jika keluarga anda mempunyai sejarah kemurungan atau anda berasa tertekan menguruskan masalah diabetes anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ibu Hamil Alami Tekanan? Hati-hati, Jika Kesihatan Mental Tak Dijaga, Ada Risiko Pada Janin Nanti

    Tekanan dialami oleh ibu mengandung bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Pernah tak terfikir mengenai reaksi janin saat ibu menangis? Jom ketahuinya..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 10/12/2020 . 3 minit bacaan

    Asyik Buka IG Tengok Berapa ‘Like’ Selepas Post Gambar? Ini Ada Kaitan Dengan Masalah Jiwa!

    Pernahkah anda mendengar tentang fenomena FOMO? Fenomena ini terlahir daripada ketagihan atau penggunaan media sosial yang terlalu kerap.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 10/12/2020 . 3 minit bacaan

    Masalah Darah Beku Secara Tiba-tiba Boleh Membawa Maut! Ini 7 Puncanya

    Penyakit darah beku boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Jika tidak dicegah, anda boleh diserang penyakit seperti sakit jantung dan strok!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Anemia, Pusat Kesihatan 08/12/2020 . 3 minit bacaan

    Cuba Sensitif, Golongan OKU Juga Berdepan Dengan Cabaran Mental, Sokongan Kita Bawa Perubahan!

    Hidup dengan kecacatan, fizikal atau intelektual, mampu mempengaruhi kesejahteraan seseorang yang mengalaminya, malah kesihatan mental tidak terkecuali.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 03/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat diet mediterranean

    WOW! Percaya Atau Tidak, Ada Satu Jenis Diet Yang Boleh Bantu Kita Lawan Depresi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    tahun baharu

    Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
    ketidakseimbangan hormon

    Cik Abang Selalu Letih & Badan Menyusut? Itu Tanda Hormon Tak Seimbang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/12/2020 . 3 minit bacaan
    mulut kering

    Salah Satu Petanda Hidap Diabetes Adalah Mulut Kering! Jaga-jaga Jika Anda Alaminya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/12/2020 . 3 minit bacaan