
Ada ke kaitan antara kesan tekanan dengan masalah diabetes yang dialami? Adakah ia berbahaya? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.
Kesan tekanan bagi individu dengan masalah diabetes
Stres atau tekanan menyumbang kepada pelbagai masalah daripada pening kepala, merosakkan mood kepada masalah tidur mahupun penyakit jantung.
Jika anda salah seorang daripada 2.5 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah diabetes, sebarang perkara yang membuatkan diri stres juga boleh mempengaruhi tahap gula dalam darah
Kajian daripada American Diabetes Association (ADA) menunjukkan bahawa kesan tekanan sama ada fizikal atau mental boleh mempengaruhi tahap gula dalam darah.
Rachel Johnson, R.D., ahli diet berdaftar yang pakar dalam pengurusan diabetes di Abbott menjelaskan bahawa faktor stres fizikal seperti penyakit, pembedahan atau kecederaan, biasanya menyebabkan tahap gula dalam darah meningkat.
Pada akhirnya ia mengakibatkan kemunculan tekanan mental atau emosi bergantung kepada jenis diabetes yang anda alami.
Akibat tindak balas kepada stres, peningkatan tahap gula dalam darah dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2 adalah perkara biasa.
Walau bagaimanapun, bagi pesakit diabetes jenis 1, tekanan mental boleh meningkat atau menurunkan tahap gula dalam darah, menurut ADA.
Hubungkait antara kesan tekanan dengan dan tahap gula dalam darah
Jadi, apa yang sebenarnya berlaku dalam tubuh apabila anda stres? Apabila anda berasa tertekan, anda berasa kesan hormon tubuh yang terlibat dalam respon “fight atau flight“, kortisol, adrenalin.
Ia dikeluarkan apabila tubuh merasakan ancaman, tubuh anda mengeluarkan hormon yang melepaskan glukosa tambahan atau gula dalam darah untuk meningkatkan tenaga.
Ini berlaku kepada sesiapa sahaja, tetapi apabila seseorang mempunyai masalah diabetes, peningkatan gula ini mungkin berlaku lama kerana tubuh mempunyai masalah mengambil dan menggunakan glukosa.
Kesan tekanan juga boleh mempengaruhi tahap gula dalam darah secara tidak langsung dengan menyebabkan anda lupa mengenai rutin penjagaan diabetes.
Apabila anda stres, sangat mudah untuk lupa melakukan ujian gula dalam darah atau pengambilan ubat atau insulin pada waktu yang tepat. Tekanan mental (serta umumnya kesibukan dengan jadual) juga boleh menjejaskan tahap aktiviti anda serta apa yang anda makan.
Kesan tekanan disebalik gangguan gula dalam darah
Salah satu cara terbaik untuk menentukan sama ada terdapat hubungan antara stres dan gula adalah dengan menggunakan buku laporan (logbook) diabetes.
Setiap hari, catat purata tahap tekanan anda pada skala 1-10 (1 tiada tekanan dan 10 adalah sangat marah atau tertekan).
Selepas seminggu atau dua, lihat kembali jika anda melihat sebarang hubungan atau corak antara tahap tekanan harian dan pengurusan gula darah.
Bincangkan hasilnya dengan doktor anda atau pakar diet berdaftar untuk menentukan pilihan terbaik untuk menguruskan paras gula dalam darah anda.
Hari ini, institusi penjagaan kesihatan tempatan dan swasta serta jenama diabetes seperti Glucerna menawarkan sumber yang membolehkan anda bercakap secara langsung dengan seorang pakar diet untuk mendapatkan cadangan bersesuaian.
Di samping itu, perhatikan juga jadual harian anda sebagai cara lain untuk mengurangkan tekanan.
4 cara mengurangkan tekanan mental
- Tarik nafas
Senaman pernafasan yang mendalam dan terkawal mengurangkan tahap biomarker fizikal tekanan semasa menangani rasa marah.
Cuba bernafas perlahan-lahan sambil merehatkan otot anda selama lima hingga 20 minit pada satu masa apabila anda berasa tertekan.
- Semak jadual anda
Cari cara untuk anda menyelaraskan jadual bagi meningkatkan kecekapan atau mengurangkan beban kerja. Ingat, tidak mengapa sesekali mengatakan “tidak” dari semasa ke semasa.
- Dapatkan tidur secukupnya
Kurang tidur juga boleh menyebabkan tekanan emosi.
Ia didapati bahawa orang dengan diabetes jenis 2 yang tidur kurang dari 4.5 jam malam mempunyai paras gula dalam darah yang lebih tinggi daripada mereka yang tidur sekitar 6.5 hingga 7.4 jam pada waktu malam.
- Bersenam
Senaman yang kerap (pilih apa sahaja senaman yang anda suka) dikaitkan dengan pengurangan tekanan, meningkatkan kecerdasan serta tumpuan dan meningkatkan tahap tenaga.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengesyorkan untuk bersenam selama 150 minit atau lebih, seperti berjalan laju setiap minggu atau 30 minit setiap hari.
Bagaimanapun, semak dengan anda doktor sebelum memulakan rutin senaman.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.