Bagaimanakah Diabetes Menjejaskan Kulit Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/10/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Diabetes boleh mempengaruhi kulit dalam banyak cara. Ia berkemungkinan membuatkan seseorang berasa sangat tidak selesa. Malah, terdapat kecenderungan yang ramai penghidap diabetes akan mengalami penyakit kulit pada sesetengah tahap dalam hidup mereka. Sesetengah keadaan tertentu mungkin berlaku hanya kepada sesetengah orang yang menghidap diabetes, yang lain hanya orang biasa yang mengalami diabetes. Perbandingan jumlah keadaan ini boleh, mujur, boleh dirawat atau dicegah dengan mengekalkan pengawalan glukosa dalam darah dan menjaga kulit anda secara berhati-hati.

Kegatalan kulit

Juga dikenali sebagai pruritus. Terdapat banyak punca kegatalan kulit termasuk kurang aliran darah, kulit kering atau jangkitan yis. Apabila kurang aliran darah sebagai punca kegatalan, anda mempunyai peluang yang tinggi untuk merasainya di tapak kaki dan kaki bawah. Anda boleh memakai losyen bagi memastikan kulit anda kekal lembap dan lembut serta mengelakkan kegatalan yang disebabkan daripada kulit kering.

Jangkitan bakteria

Bagi mereka yang mempunyai diabetes tidak terkawal, jangkitan kulit Staphylococcus boleh menjadi sangat biasa dan sangat teruk. Apabila folikel rambut terengsa, bakteria ini boleh menyebabkan keradangan benjolan atau bisul. Ketumbit dan jangkitan kulit adalah contoh jangkitan lain.

Jangkitan kulat

Dengan paras glukosa dalam darah yang tinggi, penghidap diabetes lebih cenderung untuk mengalami jangkitan kulit kulat biasa daripada organisma seperti Candida dan Tinea.

Jangkitan kulat boleh dilihat di mana-mana, seperti:

  • Tapak kaki (Tinea pedis)
  • Tapak tangan (Tinea manuum)
  • Tubuh badan (Tinea corporis)
  • Pangkal paha (Tinea cruris)

Tinea pedis, seperti yang diberitahu di atas, biasanya muncul di celah jari-jari kaki atau tapak kaki. Ia mungkin gatal, kemerahan, bersisik mahupun lesi yang berisi cecair. Anda berkemungkinan untuk mendapatnya jika anda berjalan kaki ayam pada lantai tercemar. Anda disyorkan untuk memakan selipar atau kasut di kawasan umum bagi mengelakkan tinea pedis. Tinea manuum dibezakan oleh papul – jerawat kecil yang timbul atau bengkak – vesikel atau bersisik, biasanya pada tangan yang dominan. Ia dikaitkan dengan pendedahan lesi kaki atlet (tinea pedis). Tinea corporis, atau kurap, dalam bentuk bulatan lesi berwarna merah atau merah jambu dengan sempadan yang tidak jelas dan bersisik. Tinea cruris boleh menyebabkan lesi warna merah menjadi keperangan, bersisik dan gatal yang meliputi pangkal paha dan kadang-kadang merebak ke kawasan pubik dan paha atas.

Kulit yang mengalami Candidiasis mempunyai kecenderungan untuk berlaku pada pelipat kulit seperti, bawah payudara, pangkal paha, bawah lengan dan antara punggung. Pustul adalah tanda pertama bagi keadaan ini dan akhirnya boleh menyebabkan kawasan kulit menjadi lembut dan menebal.

Rawatan bagi kesemua jangkitan kulat permukaan ini adalah hampir sama. Anda boleh menghilangkan jangkitan ini dengan menyapukan krim anti-fungal dua hingga tiga kali setiap hari selama dua hingga empat minggu. Pastikan bahagian yang terjejas sentiasa kering dan gunakan serbuk ubat pada pelipat kulit bagi mengurangkan geseran dan kelembapan. Ubat oral anti-fungal sangat disyorkan sekiranya jangkitan tersebut tidak respon dengan rawatan yang disebut sebelum ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Minum Air Dengan Mencukupi, Jaga Kebersihan Diri Antara Langkah Yang Terbaik Untuk Mengelakkan Kencing Kotor

    Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi dan hilangkan simptom kencing kotor. Antaranya adalah minum air dan jaga kebersihan diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 4 minit bacaan

    Diganggu Rasa Tak Selesa Disebabkan Kencing Kotor, Ini Langkah Yang Boleh Tanganinya!

    Jika anda kerap mengalami sakit atau masalah kencing kotor secara berulang-ulang, anda perlu tahu beberapa langkah untuk mengurangkan ketidakselesaan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Diagnosis Dan Rawatan Kencing Kotor, Pastikan Anda Bersedia Sebelum Berjumpa Doktor!

    Ada beberapa langkah yang doktor akan lakukan sebagai cara merawat kencing kotor. Rawatan selalunya akan diberikan di dalam bentuk antibiotik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Mengapa Saya Sering Dijangkiti UTI? Ketahui Punca Dan Faktor Risiko Penyakit Saluran Kencing

    Tahukah anda, kencing kotor mempunyai punca dan penyebab yang berbeza? Selalunya, punca kencing kotor ialah jangkitan bakteria E. coli.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gangguan buah pinggang

    Inflamasi Buah Pinggang Disebabkan Glomerulonephritis, Jom Ambil Tahu Mengenai Kondisi Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
    Penyakit ureter  

    Apa Itu Penyakit Saluran Kencing “Ureter”? Ini Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Boleh Membantu Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 6 minit bacaan
    masalah kencing berdarah

    Terkejut Bila Keluar Darah Semasa Kencing? Ini Simptom, Punca Dan Rawatan Awal Yang Boleh Dilakukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
    jenis penyakit

    Kenali 3 Jenis Lain Penyakit Saluran Kencing: Hematuria, Penyakit Ureter & Glomerulonephritis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 6 minit bacaan