Fakta Ringkas Mengenai Strok

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Strok, atau juga dikenali sebagai angin ahmar adalah sejenis penyakit yang melibatkan salur darah di dalam otak. Ia bukan satu penyakit yang asing di Malaysia. Malah, ia merupakan punca kematian ke-3 tertinggi di Malaysia.

Mari ikuti fakta ringkas mengenai strok.

1. Strok menyebabkan otak sesak nafas

Semasa serangan strok, saluran darah di dalam otak tersumbat menyebabkan darah tidak sampai ke tisu otak. Darah yang berfungsi membawa oksigen gagal membekalkan makanan serta oksigen kepada otak sehingga ia mengalami ‘sesak nafas’.

Jika keadaan ini terus dibiarkan tanpa rawatan, sel-sel otak mungkin boleh mati. Apa yang lebih bahaya adalah bahawa sel-sel otak adalah berbeza daripada sel lain di dalam badan manusia. Ia tidak boleh berkembang dan hidup semula selepas mati. Sekali telah mati, selamanya tidak akan dapat diganti.

2. Diagnosis perlu dibuat seawal mungkin

Strok biasanya sudah boleh dikesan melalui simptom. Namun, diagnosis perlu disahkan melalui beberapa ujian termasuk ujian darah, pengimbas CT atau MRI.

Seperti yang disebutkan di atas, sel-sel otak yang mati tidak akan boleh diganti. Oleh itu, diagnosis awal adalah sangat penting dalam mengurangkan kecederaan dan bahagian yang terjejas.

3. Simptom bergantung kepada bahagian yang terjejas

Otak manusia mempunyai bahagian-bahagian berbeza yang menjalankan fungsi tertentu. Bahagian ini termasuk:

  • Frontal – emosi dan pemikiran.
  • Temporal – pendengaran.
  • Occipital – penglihatan.
  • Parietal – deria rasa dan kawalan pergerakan.
  • Cerebellum – imbangan koordinasi.

Mana-mana bahagian yang terjejas akan memberikan simptom bertentangan dengan fungsinya. Contohnya, jika bahagian parietal mengalami strok, pesakit akan menunjukkan simptom hilang kawalan pergerakan. Jika bahagian occipital pula, penglihatan akan terjejas.

Bahagian yang paling biasa terjejas ialah parietal.

4. Rawatan bergantung kepada jenis strok

Terdapat dua jenis strok – iskemik dan hemoragik. Iskemik ialah kurang oksigen, manakala hemoragik adalah pendarahan.

Iskemik adalah jenis paling biasa di mana salur darah tersumbat menyebabkan oksigen tidak sampai kepada otak. Dalam kes hemoragik pula, pendarahan berlaku di dalam otak disebabkan salur darah yang pecah. Bagi jenis ini juga, darah tidak sampai dengan efektif kepada sel-sel otak.

5. Pencegahan adalah rawatan terbaik

Cara terbaik untuk mencegah adalah melalui gaya hidup sihat dan merawat penyakit-penyakit tertentu yang menjadi faktor risiko. Ini termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes.

Sekali terkena serangan strok, proses pemulihan mengambil masa berbulan-bulan dan mungkin sehingga bertahun-tahun. Oleh itu, semua orang haruslah beringat ketika memilih makanan dan jangan lupa untuk mengamalkan senaman berkala. Selain itu, pemeriksaan kesihatan juga harus dilakukan secara berkala.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin juga berminat:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mahu Rawat Luka Di Rumah? Guna 5 Bahan Ini Untuk Hentikan Pendarahan! Pasti Berkesan!

    Ada kecederaan berlaku di rumah? Untuk pastikan luka cepat kering, cuba gunakan 5 bahan ini untuk rawat luka. Pasti berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Gatal Tapak Tangan, Apa Puncanya? Bukan Bermaksud Dapat Duit Ya!

    Pernahkah anda rasa gatal pada bahagian kulit sekitar tapak tangan anda? Orang dulu-dulu kata ini tanda hendak dapat duit, tapi betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Sediakan Sarapan Pagi Yang Sihat, Mudah & Cepat? Cuba Ini Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

    Nak jadi sihat tidak semestinya perlu makan makanan yang tidak sedap. Ini senarai makanan sihat yang boleh anda guna sebagai resepi sihat di rumah anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Tak Tau, Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

    Tahukah anda, bahawa diabetes yang dialami boleh menyebabkan seseorang lelaki itu mengalami masalah ejakulasi lelaki iaitu ejakulasi retrogred?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rawatan penyakit jantung

    Tidak Semestinya Sakit Jantung Perlu Dibedah, Ada Cara Lain Untuk Rawat Penyakit Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    proses bersalin normal

    Risau Terberak Ketika Meneran Waktu Bersalin? Usah Malu, Ada Kebaikannya Perlu Ibu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    hilang ingatan

    Penggemar Minuman Keras Akan Cepat Hilang Ingatan! Ada 9 Lagi Tabiat Lain Yang Buat Anda Jadi Pelupa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    alergi nasi

    Tak Boleh Makan Nasi? Percaya Atau Tidak, 10% Orang Asia Sebenarnya Alergi Terhadap Nasi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan