home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Strok Tingkatkan Risiko Demensia (Nyanyuk)

Strok Tingkatkan Risiko Demensia (Nyanyuk)

Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko demensia atau nyanyuk. Walau bagaimanapun, pesakit strok atau angin ahmar didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalaminya, berdasarkan laporan kajian terbaru.

Kaitan strok dan demensia

Penyelidik dari Universiti Exeter baru-baru ini menjalankan kajian yang diterbitkan dalam Alzheimer & Dementia: Journal of the Alzheimer’s Association, untuk meneroka hubungan antara masalah nyanyuk dan strok. Mereka melakukan perbandingan yang melibatkan 48 kajian terdahulu yang memeriksa hampir 2 juta pesakit dengan sejarah strok.

Setelah menganalisis hasilnya, mereka mendapati bahawa pesakit strok lebih berisiko didiagnosis dengan demensia. Malah, sejarah strok menimbulkan risiko sebanyak 70 peratus. Bagi mereka yang baru mengalami strok, kemungkinan mengalami masalah nyanyuk adalah dua kali ganda.

Walaupun saintis tidak memahami sepenuhnya hubungan antara kedua-dua masalah kesihatan tersebut, mereka percaya ciri-ciri strok, seperti kerosakan otak, boleh menjadi penyebab.

Pencegahan demensia

Memandangkan kedua-dua masalah nyanyuk dan strok ini biasa berlaku, kaitan antara keduanya ini adalah penemuan penting. Oleh itu, penambahbaikan pencegahan dan rawatan selepas strok mungkin memainkan peranan penting dalam pencegahan demensia, menurut saintis yang terlibat.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 15 juta orang mengalami strok setiap tahun. Sementara itu, kira-kira 50 juta orang di seluruh dunia mengalami demensia, jumlah yang dijangka akan menjadi hampir dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun akan datang, mencapai 131 juta menjelang 2050, laporan penyelidik.

Ciri-ciri strok, seperti lokasi dan tahap kerosakan otak, boleh membantu menjelaskan perubahan dalam risiko demensia yang diperhatikan dalam kajian-kajian yang dianalisis, kata para penyelidik. Mereka juga menyatakan bahawa terdapat beberapa kemungkinan bahawa risiko demensia mungkin lebih tinggi terhadap lelaki selepas strok.

Pun begitu, kebanyakan orang yang mengalami strok tidak mengalami masalah nyanyuk, jadi penyelidikan lanjut juga diperlukan untuk menentukan sama ada perbezaan dalam penjagaan dan gaya hidup selepas strok boleh mengurangkan risiko demensia. Begitu juga kajian terhadap faktor seperti etnik dan tahap pendidikan terhadap risiko demensia berikutan strok.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.ajc.com/news/world/stroke-can-double-the-risk-dementia-study-says/sfUN6I9zmaKFR2IqgqdHML/

https://psychcentral.com/news/2018/09/01/stroke-can-double-risk-of-dementia/138322.html

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 15/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor