- Kurangkan penyediaan makanan yang kaya dengan lemak dan minyak kerana ia boleh meningkatkan plak lemak di dalam arteri (saluran darah).
- Kurangkan juga penyediaan makanan yang tinggi kandungan gula dan garam kerana boleh meningkatkan risiko strok berulang.
- hadkan penggunaan santan, minyak masak, sos salad dan juga krim ketika menyediakan makanan untuk pesakit strok.
- Utamakan penyediaan makanan dengan cara yang sihat seperti merebus, mengukus dan memanggang berbanding menggoreng.
- Kadangkala, pesakit mengalami masalah untuk menelan makanan. Jika berlaku, berikan makanan yang lembut, dicincang atau dikisar. Dalam kes yang lebih parah, tiub nasogastrik mungkin diperlukan.
- Pastikan bancuhan susu khas mengikut sukatan yang di sarankan oleh pegawai dietetik, diikuti.
Jika timbul ketidakpastian berkaitan dengan aspek pemakanan pesakit, berhubung dengan Pegawai Dietetik untuk mendapatkan jumlah kalori dan jenis makanan paling sesuai dengan pesakit.
Susun jadual ubat-ubatan pesakit
Selain aspek pemakanan, menyusun dan memantau pengambilan ubat juga merupakan aspek penting dalam penjagaan pesakit strok. Apabila berjumpa dengan doktor, pastikan anda maklum tentang jenis ubat yang diberikan, waktu pengambilan, dos dan juga tanda-tanda kesan sampingan ubat-ubat yang diambil. Antara ubat yang kerap diberikan adalah ubat pencair darah, ubat kolesterol (statin), insulin untuk diabetes dan ubat-ubat tekanan darah tinggi. Seeloknya, sediakan buku khas untuk merekod ubat-ubatan beserta jadual pengambilan. Ini sangat membantu dalam memastikan ia diambil pada kadar dan waktu yang betul. Apabila berlakunya kesan sampingan atau masalah dengan pengambilan suatu ubat, berbincang dengan doktor anda agar pengubahsuaian dapat dilakukan. .
Pengubahsuaian susun atur rumah
Pengubahsuaian ini dillakukan bagi mempermudahkan pergerakan semua orang di dalam rumah khususnya untuk pesakit strok dan juga untuk penjaga yang menguruskannya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen